ummu iman``
But I feel drained;
Thinking so much about my carelessness and feeling
Sorry towards others.
But yeah,
I have to be realistic.
That’s impossible.
I should make up my mind
And learn to solve problems realistically
And give myself a chance to improve
And do better next time.

Stop being judgemental to my own self.
I am growing up;
And making mistakes is a part of it.
I should appreciate all that I have experienced;
All that I have learnt.
We can never be assured
That going back to the past will help us do something better and successfully.

No.
In this case, it is not time that matters,
But the will to learn and treat our mistakes,
Faults and weaknesses truthfully;
As the way it should be

So, there must be a second chance for me, Insha’Allah.
“If I can’t learn from good examples, I will learn from mistakes.”
And that’s exactly what I will do now;
To learn from mistakes, Insha’Allah.
ummu iman``

Ujian adalah tarbiah dari Allah, kesenangan yg datang takkan selamanya, begitulah selepas kesusahan ada kesenangan. Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan, setelah kabus berlalu pasti cerah kembali.

Hidup ini perlu di teruskan. Ujian yang datang bukan hanya untuk saja-saja, tapi ada yg menunggu di penghujungnya halwah. Aku tertanya adakah ujian yang aku terima ini sehebat para sahabat di zaman Rasullah S.A.W? Aku renung kembali, adakah ujian aku terima ini sudah cukup untuk aku tergolong dalam golongan orang yang sudah kuat untuk pergi berjihad?

Aku lemah, aku sangat lemah. Pertama kali aku terima ujian seperti ini. Aku memperbanyakkan mengingatiNya, kerana aku yakin tiada yang dapat membantu aku ketika itu kecuali Dia. Aku teringat firman Allah dalam kitab suciNya:

Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan dgn kesanggupannya.

Mafhumnya: "Allah tidak akan memberi ujian pada hambaNya, melainkan dengan tingkat kemampuannya".

Alhamdulillah, aku tidak bertindak melulu. Aku tenangkan fikiran ku. Aku mencari jalan penyelesaian bagi masalah aku ini. akhirnya aku jumpa. Tapi sudah terlambat... Aku terima dengan hati yang terbuka. Mungkin itu takdir dan ketentuanNya. Aku yakin bahawa janji Allah itu adalah benar. firman Allah lagi dlm kitab azimNya:

Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan*Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan.

Sukar bagi aku untuk menerima ujian ini pada mulanya. Akhirnya aku akur...

Ya Allah Engkau lah tempat aku bergantung, dan tempat aku meminta pertolongan, maka Engkau perkenankan lah permintaan ku...

ummu iman``

Ini cerita seekor kerang...

Cerita pengajaran...

Cerita sastera...

Cerita kita.

Seekor makhluk Allah yang hidup dalam dunianya yang tersendiri. Begitu sukar ditafsir oleh pancaindera manusia.
Kehidupannya sama seperti kita; seandainya kita adalah kerang.

Angin taufan yang melanda pantai laut Mediteranean bulan itu amat kuat sehingga meniupkan tiupan angin yang bukan kepalang, lalu angin itu ditafsir menjadi gulungan ombak yang menggila sepanjang pantai. Ia takut, risau dengan keselamatannya. Lantas ia tetap menyorok dalam cangkerangnya. Lama ia begitu, biarpun kelaparan tetap bertahan. Tanpa melihat keluar walau sejenak pun. Adakalnya ia bergolek-golek; dek kerana hempasan ombak setinggi langit baginya. Lalu ia berdoa, semoga tetap bertahan.

Kembali muhasabah erti sebuah kehidupan. Terkenang ia akan sebulan yang lalu, pantai itu begitu tenang. Pantai yang terletak di salah sebuah daerah Mesir; Dumyat. Keriangan petang itu bersama rakan-rakannya yang lain masih terasa hingga kini. Tika itu, seluruh ahli keluarganya berkumpul bersama-sama, makan bersama-sama dan gelak ketawa silih berganti. Alangkah riangnya hati. Semua kerang membuka luas cangkerangnya, begitu banyak makanan yang dapat diperoleh. Dia dapat melihat seluruh dunianya; dunia terumbu karang.

Namun kini, segalanya berubah. Ingatkan panas hingga ke petang, namun hujan di tengah hari. Pernah sekali ia cuba melihat keluar dalam ngauman ombak tatkala itu. Astaghfirullah... Segala-galanya hancur, mati dan binasa. matanya terpaku kepada sekujur cangkerang; seolah biasa melihatnya. "Maak!.." Itu sahaja kalimah yang terlafaz pada mulutnya. Dalam linangan air mata ia cuba mendekati tubuh itu. Mati. Tiada apa yang boleh diusahakan. Dia lantas menoleh ke sekelilingnya, segala-galanya hancur! cangkerang siput, kerang da
n ketam bergelimpangan di sana-sini. Ia amat takut, trauma melihatnya. Dia lantas pergi dari situ, meninggalkan sekujur tubuh kaku insan tercinta.

Tiba-tiba ia terlihat seekor kerang yang masih teguh cangkerangnya, cantik, indah. Ia cuba mendekati perlahan-lahan, dengan harapan menemukan kerang hidup yang lain. Ombak menghempas lagi. Cepat-cepat ia masuk ke dalam perlindungannya. Setelah reda ia cuba membuka kembali pintu cangkerangnya. "Ya Allah!..." Alangkah terkejutnya ia, kerang tadi yang begitu indah luarannya terbuka luas mulutnya. Hanyir dan busuk. Kelihatan beberapa ekor ulat sedang memamah jasadnya. Ulat itu menggelitik-gelitik. Menggelikan, matanya melihat, otaknya mentafsir lalu meghasilkan satu emosi yang kurang menyenangkan. Ia mual dan termuntah di situ. Kerang itu sedih dan duka. hatiya benar-benar menangis, pilu mengenangkan nasib diri. Lalu atas tikar kesedihan itu ia bermunajat kepada Ilahi. Biar betapa kuat ombak menghempas, ia tetap bertahan. Ya tetap bertahan dalam cangkerangnya.


Begitulah juga kehidupan seorang manusia wahai sahabatku. Kit
a ini ibarat kerang. Dunia kita ialah pantai. Adakalanya arus laut terlalu tenang, indah, senang dan perlahan. Lantas kita lupa, kita alpa dengan kesenangan yang hanya sementara. Kita juga lupa bahawa kita hanyalah kerang yang lemah, menumpang dalam pentas kehidupan. Sungguh, zaman remaja kita amatlah hebat ombak cabarannya wahai sahabatku, walaupun kita tidak menyedari hakikat ini. Fenomena-fenomea kebejatan sosial dan kehancuran akhlak adakalanya tidak disedari oleh kita.

Jarum-jarum thaghut telah mencucuk hati kita melalui media-media, majalah, surat khabar dan internet. Maka ramai yang hatinya mati, seperti matinya kerang-kerang, siput-siput dan ketam-ketam dalam kisah di atas. Hanyalah bahtera iman yang akan melayarkan kita ke destinasi yang abadi. Perkasakanlah iman dengan al-Quran dan solat malam. Sentiasa berdamping dengan Quran, kerana ia akan menyalakan semangat perjuangan. Manakala solat malam (qiamullail) akan memantapkan hati, meneguhkan jiwa dan melancarkan lidah.

Adakalanya kita perlu beruzlah (mengasingkan diri) dalam cangkerang keimanan kita. Ombak di luar sana amat hebat sahabatku. Berlindunglah dalam cangkerang keimananmu. Semoga hati kita sentiasa bersih dan suci. Kerang itu masih di situ. Berteleku dalam munajatnya di hadapan wajah Tuhan. Kerang itu teguh dan kuat, tatkala yang lain kalah, ia dapat bertahan. Kisah kerang; analogi kehidupan insan. Ada yang kalah dan mati, ada yang hidup dan tetap bertahan. Sekiranya seekor kerang dapat bertahan di pantai ombak ganas yang membinasakan, mampukah kita bertahan dalam arus dunia keremajaan?


ummu iman``

Dalam hidup kita, pasti ada kekhilafan. Maafkanlah perkara yang lalu, kerana semua tu adalah takdir yang tak mungkin dapat diubah. Masa hadapan menanti di depanmu, kuatkan semangat. Letakkan dirimu di tempatnya dan cubalah untuk memahami, insyaAllah setiap kesabaran itu takkan sia-sia. Andai ada dosaku pada sesiapa, kumohon kemaafan, andai ingin sampaikan ketidakpuasan, kita boleh berbincang. Kita semua bersaudara, maka maafkanlah saudaramu.... ^_^
ummu iman``

assalamualaykum...

maaf sahabat-sahabat..blog ini dalam proses pemulihan..harap bersabar dengan ketidakselesaan apabila membuka blog ini..sekian terima kasih ^_^
ummu iman``
ummu iman``

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pili
h seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.

Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
ummu iman``

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.


Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta
.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.



isk3.. T_T
ummu iman``
ummu iman``
“ Perjuangan seorang perempuan tidak sama selepas ia berkahwin dan berkeluarga,” pujuk suami di satu hari. Ketika itu, saya agak terusik hati dengan kata-kata beberapa muslimah muda bahawa muslimat yang dulunya aktif di kampus tetapi hilang setelah berumahtangga sebagai ‘hampeh’ dan ‘pancit’.

“ Biarkan mereka. Manusia seringkali memusuhi perkara yang tidak diketahuinya. Apa yang perlu As ingat, seorang ibu yang mengasuh anak-anaknya dan mendidik mereka dengan asuhan agama juga sedang berjuang. Masing-masing ada cara dan situasi tersendiri dalam berdakwah kepada mad’u yang berada di luar rumah. Ada yang turun ke padang bertemu masyarakat dan orang awam, ada menerusi penulisan, juga ada yang melalui ceramah dan lain-lain lagi. Siapa yang paling ikhlas di antara mereka hanya diketahui oleh Allah swt. Akan tetapi, yang tercela adalah mereka yang merendahkan cara dan usaha orang lain. Jadi jangan mencela dan jika dicela, abaikan saja. Serahkan kepada Allah swt menentukannya, ” bicara suami lagi mengubat luka di hati.

Benar kata-kata suami. Dan saya juga tidak menafikan walau siapa pun seorang wanita itu, dia tetap seorang isteri dan ibu. Itu adalah tanggungjawab asas dan tiada sebab untuk mengabaikannya atas alasan ingin menunaikan tanggungjawab yang lain.


“Jangan jadikan perjuangan di luar rumah sebagai ‘excuse’ kepada tanggungjawab di dalam rumah. Bahkan ia perlu dilakukan sekaligus, dengan cara masing-masing dan tentunya menurut kadar yang dimampui mengikut situasi yang ada. Jangan diletakkan perjuangan Islam itu dalam ‘bentuk’ yang stereotype dan mendakwa itulah satu-satunya cara untuk berjuang “ jelas suami panjang lebar.

Sesungguhnya tugas membangun generasi yang menyintai akhirat dalam dunia yang bersifat kebendaan hari ini bukan sesuatu yang mudah dan boleh dilepas tangan begitu sahaja. Tidak cukup sekadar menghantar anak ke sekolah agama atau menggaji guru untuk mengajar anak mengaji al Quran, maka soal halal haram, penerapan akhlak dan nilai-nilai mulia telah langsai. Belum lagi. Kerana ia masih memerlukan pemantauan dan perhatian. Perhatian seorang bapa lebih-lebih lagi seorang ibu.


SEHARUM KASIHMU

Saya masih menatap jambangan wangi penuh warna warni. Hadiah dari seorang lelaki bernama suami. Dia menghulurkannya kepada saya dengan senyuman dan ucapan ringkas, selamat hari lahir.

Saya menerima dengan hati yang berbunga. Saya pandang wajahnya dan kemudian melihat pula kepada empat cahaya mata di depan saya. Setiap sinar mata mereka mewakili harapan dari seorang suami, meletak amanah di bahu saya untuk mendidik mereka agar menjadi penyelamat dari kedahsyatan ‘Yaumul Hisab’.

Dan detik saya menyambut ulangtahun ke-34 ini, saya semakin menginsafi diri. Masih banyak usaha perlu dilaksana. Ada berbagai lagi ilmu perlu digali. Semuanya untuk mencari redha Ilahi agar di sana nanti saya akan tetap bersama suami di kelilingi bidadari syurga, hadiah buat suami tercinta. Ameen, amen Ya Rabbal ‘alamin.

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam :أَلاَ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْؤُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ،فَالْإِمَامُ الْأَعْظَمُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْؤُولٌعَنْ رَعِيَتِهِ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَمَسْؤُولٌ عَنْ رَعِيَتِهِ، وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى أَهْلِ بَيْتِزَوْجِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْؤُولَةٌ عَنْهُمْ، وَعَبْدُ الرَّجُلِرَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْؤُولٌ عَنْهُ، أَلاَ فَكُلُّكُمْرَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْؤُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِMaksudnya :

Ingatlah setiap kalian adalah pengembala dan setiap kalian akan ditanya tentang pengembalaannya, seorang suami/ayah pengembala atas ahli rumahnya dan dia akan ditanya tentang pengaturannya di dalam keluarganya dan seorang isteri/ibu merupakan pengurus atas ahli rumah suaminya dan anak-anaknya dan dia akan ditanya tentang pengurusannya… (Riwayat Al-Bukhari, kitabul ahkam hal 77-90).


Saya terus memuhasabah diri.


sumber: dari sini
ummu iman``
ummu iman``

Salam sayang buat kalian di luar sana..bagaimana imanmu hari ini??Moga sentiasa istiqamah dengan setiap yang kalian lakukan..Terasa sangat cepat masa berlalu..tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita,seperti kebiasaannya tahun berganti tahun,bulan berganti bulan,hari berganti hari.

Sesuatu yang susah bukan untuk menjadi seorang pemaaf?.Pemaaf adalah suatu kata yang mudah di ucapkan tapi susah di-implementasikan.

Definisi secara bebas Pemaaf adalah sebutan bagi seseorang yang mudah sekali memaafkan kesalahan orang lain baik itu yang disengaja ataupun tidak disengaja, sedar atau tidak sedar, besar atau kecil. Pemaaf juga disejajarkan dengan sifat-sifat manusia yang lain seperti, penyabar, penyayang, pengasih dan lain-lain.

Seorang pemaaf tidak akan memilih-milih kesalahan-kesalahan mana saja yang boleh dimaafkan dan kesalahan-kesalahan mana saja yang tidak boleh untuk dimaafkan. Secara arif dia akan memaafkan semua kesalahan-kesalahan orang lain kepada dirinya tanpa syarat.Seperti sifat-sifat manusia yang lain, sifat pemaaf yang dimiliki manusia tidak datang secara sendirinya. Walaupun sifat dasar manusia itu sebenarnya adalah seorang pemaaf.

Untuk menjadikan sifat pemaaf itu tumbuh dalam diri seseorang maka sifat itu haruslah di-latih secara rutin dan terus menerus. Salah satunya adalah dengan latihan dan mempraktekan "pemaaf" itu dalam kehidupan sehari-hari. Kerena dengan demikian "pemaaf" akan menjadi suatu kebiasaan bagi diri seseorang dan memaafkan adalah bukan sesuatu yang aneh dalam hidupnya.

Tips lainnya adalah seperti apa yang pernah disampaikan oleh Rasulullah SAW. Beliau bersabda apabila ingin menjadi pemaaf makan ingatlah dua perkara dan lupakanlah dua perkara. Perkara apakah yang dimaksud oleh Rasul SAW itu??

pertama, ingat-ingatlah kebaikan orang lain dan lupakanlah kebaikan kita kepada orang lain.kedua, ingat-ingatlah keburukan kita kepada orang lain dan lupakanlah keburukan orang lain kepada kita.

Bila dua perkara ini sudah menjadi sebahagian dari sikap kita dalam pergaulan sehari-hari, insyAllah kita akan menjadi seorang yang pemaaf.


"Taqabalallah minna waminkum, Taqabalallahu Ya Kariim - Mohon Maaf Zahir dan Batin.