skip to main | skip to sidebar

UIA``

UIA``

date``

time``

Salat times for Kuantan, Pahang, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Get Your Prayer Times Widget!

thank u ^_^

hit counter
free web counter

followers``

mood``

My Unkymood Punkymood (Unkymoods)

pingu``

ikan``


pusaka``

  • ► 2013 (4)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (2)
  • ► 2012 (20)
    • ► December (1)
    • ► October (1)
    • ► September (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► May (7)
    • ► March (6)
  • ► 2011 (26)
    • ► December (2)
    • ► October (12)
    • ► April (2)
    • ► February (3)
    • ► January (7)
  • ► 2010 (57)
    • ► November (1)
    • ► September (4)
    • ► August (11)
    • ► June (1)
    • ► May (3)
    • ► April (10)
    • ► March (16)
    • ► February (11)
  • ▼ 2009 (185)
    • ► November (5)
    • ► October (5)
    • ► September (6)
    • ► August (3)
    • ► July (17)
    • ► June (38)
    • ► May (46)
    • ▼ April (37)
      • ::yang diimpi...:
      • ::kehidupan dan kematian::
      • ::maafkan anak mu::
      • ::duhai wanita::
      • ::counting days::
      • ::syukur::
      • ::mimpi::
      • ::aku ini siapa Ya Allah?::
      • ::walimah::
      • ::renungkan duhai wanita::
      • ::tag lagi!!::
      • ::sungguh!aku ingin sekali!!::
      • ::ALLAH knows::
      • ::selangor 4-1 kelantan::
      • ::tag,tig,tug::
      • ::my 'to do' list::
      • ::berjemaah atau tidak??::
      • Posting3... :)
      • alhamdulillah
      • ::testing again..::
      • ::tika itu..::
      • ::nasyid minggu ini::
      • ::wearing hijjab??::
      • ::the difficulity of these times::
      • ::6 jenis wanita malang::
      • ::antara DIA dan 'dia'::
      • ::qalbun syakirun::
      • ::buli balik::
      • ::halaqah cinta::
      • ::insomnia::
      • ::ya Tuhan..::
      • ::akhirnya..::
      • ::bila tiada kenderaan..::
      • ::kejayaan dan kegagalan::
      • ::drakula berbaju biru::
      • ::ruby-faiz::
      • ::si kecik chumel::
    • ► March (9)
    • ► February (12)
    • ► January (7)
  • ► 2008 (31)
    • ► December (28)
    • ► November (3)

tautan``

  • ISMA``
  • PEMBINA PUSAT``
  • PEMBINA JOHOR ^_^
  • PEMBINA PAHANG``
  • DR DANIAL``
  • DR ASRI``
  • USTAZ ZAHARUDDIN``

sahabat-sahabat``

  • Berbahagia dengan TakdirNYA
    best motorcycle for business in kenya Heritage sikh motor kenya liberty source
    3 years ago
  • Norhayati's Thoughts & Ideas
    You are contagious - Vanessa
    8 years ago
  • Di sebalik tabir sekeping hati...
    Be Kind to Unkind People, They Need it Most!
    8 years ago
  • OpticalIllusions...
    wannabeincestual: Mom contemplating if she should go out to...
    10 years ago
  • Memori Kehidupan, Aspirasi Sebuah Perjuangan
    Trip Musafir ke Miri, Sarawak!
    10 years ago
  • titipan mifqiah (^_^)
    Alhamdulillah..graduate!!
    10 years ago
  • ...
    Gambar Lutfi
    11 years ago
  • Ke Arah Mencapai Mardhotillah
    DIMANA LAGI TEMPAT MENGHARAP....
    11 years ago
  • HASANAH
    Persediaan Menyambut Anak - Trimester Pertama
    11 years ago
  • small cottage
    It's a boy!
    11 years ago
  • dari HATI ke HATI
    Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi
    11 years ago
  • APEXTO EFFECTS
    Abg helmi
    11 years ago
  • The_Caliph
    Al kisah viva voce
    11 years ago
  • Kisah Aku...
    Hi new life!
    12 years ago
  • apa yang aku fikirkan...
    Zahirkan Keprihatinan
    12 years ago
  • Expect the unexpected...
    Ubat
    12 years ago
  • MoMenTo SuTeRa
    Hukuman mati
    12 years ago
  • Laman Kehidupanku
    Syukur
    12 years ago
  • Cahaya Mulia ...
    S.Y.U.K.U.R
    12 years ago
  • "A tree was once a seed"
    13 years ago
  • CaHaYa_InsPiRaSi
    Tentang Dia
    13 years ago
  • sarcastic
    sudikah awak terima saya sebagai suami awak??
    13 years ago
  • Kerinduan Syurga
    Menjadi Kanak2 Lebih Indah
    13 years ago
  • ``[Time Flies]``™
    Happy Eid 1432H!
    15 years ago
  • Haza Jihady
    Pakar Audit
    15 years ago
  • Suara HATI
    Taknak baby meragam sgt?
    15 years ago
  • DUNIA PEDULISME
    BERATKAH UJIAN KITA?
    15 years ago
  • The patron is here to help you out!
    Hii!!
    15 years ago
  • aku adalah aku,
    kembara dakwah ke Laos dan Thailand...
    15 years ago
  • setitis tinta
    Kenangan Terindah Part II
    15 years ago
  • ~ Nur malam ~
    Selamat...
    15 years ago
  • jalan mujahadah
    ::lilin seorang murabbi::
    17 years ago
  • ~ Life's Anecdote ~
  • *____eiZaZsaJiDa_____ *
  • .:: | Hikayat Si Janggut Perang | ::.
  • ❁ Ù†ُورٌ عَÙ„َÙ‰ Ù†ُورٍ ❁
  • Enjoy Cooking
  • sugar 2 spice
  • Messages From The Heart
  • My Own Newspaper ^_^ ~ - Home
  • ~incepti0n of my life~
  • M.Y S.E.C.R.E.T R.E.C.I.P.E
  • h a f i z d a s a r . c o m
  • Bicara Minda Luahan Hati
  • A Little Reminder..
  • Menyingkap Tirai Rahsia
  • .::WaSsUp??::.
  • dhuhasakeenah2

release tension``


To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!



ni ala taichi sikit la…

sebagai intro dan warming up..



tiru la macam ni…

untuk melegakan bahu dan leher..



wa..wa..aaa



gerak kekanan kemudian ke kiri..



gerak ke kiri kemudian ke kanan



ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..



tepuk kuat kuat kat dahi..

ni untuk hilang mengantuk..



dah tu buat gerakan tangan dan badan…

buat macam happy aje..



kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…

buat macam takde masalah…



buat secara agresif pula…

jangan peduli apa orang lain kata..




hilangkan semua stress…



pusingkan kepala…



tengok muka kat cermin

sambil goyang2.. lawa tak…



akhir sekali

buat joget kucing…


--------------


kalau tak hilang juga stress tu
ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..


Sekian~

traffic``

life``

Allah did not promise that life would be easy,but He promised that He will be by our side,in every step we take...to support and help us...as long as we are in His path...seeking and hoping...dying to gain His love and mercy....

::yang diimpi...:

Thursday, April 30, 2009

"Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia - si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami."
Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu.Aku bulatkan tekad di hatiku.Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan,anak yang taat kepada kedua ibu bapaku dan semestinya aku ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang,kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami,semuanya kerana Allah.

Bukan cinta manusia yang ku kejar.Aku hanya mengejar cinta Allah.Cinta manusia hanya bertindak sebagai pemangkin sahaja

Ditulis oleh nur afzan`` at Thursday, April 30, 2009 0 komenan  

::kehidupan dan kematian::

Al-fatihah untuk Allahyarham Faridah Hanim binti Hamzah yang telah pergi menemui penciptanya pada 29hb April 2009
Semoga arwah ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman.
Amenn
Insyallah

Ditulis oleh nur afzan`` at Thursday, April 30, 2009 0 komenan  

::maafkan anak mu::

Wednesday, April 29, 2009

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, kesepian dan kesunyian dalam diri ini makin bertambah dan ianya pasti akan terus bertambah tanpa diminta. Keseorangan sepanjang perjalanan yang berliku. Begitula keadaan diri ini.Rasa seronok untuk terus menerokai bidang yang aku ceburi sudah tidak ada lagi. Perasaan excited itu sudah hilang. Yang ada hanya impian untuk menghabiskan pembelajaran di sini secepat mungkin dan diganti dengan kehidupan sebenar di negeri kelahiranku. Yang pasti tahun ini tidak ada ruang untuk aku melakukan kesilapan bagi memastikan masa yang sedia ada panjang disini ditambah lagi. Hanya doa yang mampu aku pinta bagi memastikan diriku terus bersemangat menghadapi segala dugaan ini.

Aku setuju.Dunia ini hanya sementara,hanya mainan semata,seperti sebuah pentas dan kitalah pelakonnya.Aku sedar siapakah diriku ini.Aku redha dengan ketentuanMu Ya Allah..tapi..kali ini,aku tewas.Tanpa dipinta,air mata ini terus mengalir menyembah bumi setitis demi setitis..Aku tewas membendungnya kali ini..ahh!!aku terlalu cengeng barangkali.. T_T

Buat ayahku,maafkan anakmu ini,tidak pernah sekalipun aku menghadiahkan kegembiraan buatmu T_T

Ditulis oleh nur afzan`` at Wednesday, April 29, 2009 1 komenan  

::duhai wanita::

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya:

Rasulullah s.a.w telah bersabda:

Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyaklah istighfar. Karena, aku melihat kaum wanitalah yang lebih banyak menjadi penghuni Neraka. Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih banyak menjadi penghuni Neraka? Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? Rasulullah s.a.w bersabda: Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mengerjakan shalat pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.

(HR. Bukhari, Muslim)

Ditulis oleh nur afzan`` at Wednesday, April 29, 2009 0 komenan  

::counting days::

Tuesday, April 28, 2009

tak sabar nak balik UIA ahad ni lalala~..internet slow arini macam ciput,adehh so maleh nak tulih ... :p semalam jenjalan terjumpe gambar ni..so aku kutip letak kat blog aku hehe



ni gambar KOM(Kuliyyah of Medicine).dulu berangan nak masuk sini,tapi tak dak rezeki..ngeh3 ^_^ c ya!!

Ditulis oleh nur afzan`` at Tuesday, April 28, 2009 0 komenan  

::syukur::

assalamualaykum..

alhamdulillah..kalimah ini saja yang dapat diungkapkan bila cek result tadi..alhamdulillah semua lulus,saya expect satu subjek fail(physiology)..alhamdulillah..walaupun ada rase sikit perasaan terkilan
(adehh kenapa harus ada perasaan ini???)..tapi aku tetap bersyukur,sebab kebanyakkan sahabat-sahabatku yang lain banyak fail untuk subjek molecular biology..kesian kat depa sebab nanti nak cover lab lagi..whatever pun,buat sahabat-sahabat di luar sana dan diri ini yang sentiasa ada perasaan terkilan yang hadir tanpa diundang,ingatlah...janji Allah itu pasti,bukan sekarang rezeki kita,mungkin akan datang..

p/s:ingat!!jalan ke depan,bukan ke belakang..sama macam bawak kereta,nak tengok belakang kena guna cermin(muhasabah)

Ditulis oleh nur afzan`` at Tuesday, April 28, 2009 5 komenan  

::mimpi::


Aku berlari,dan terus berlari tanpa sedikit pun menoleh ke belakang.Habis lencun bajuku seolah-olah disimbahi peluh.Aku seperti melarikan diri dari sesuatu.Aku terus membaca surah-surah yang aku hafal dari Al-Quran.Tapi yang peliknya,setiap surah yang aku baca,ayatnya lintang-pukang.Aku semakin takut.Aku terus berlari.Kumat-kamit mulutku cuba melafazkan apa-apa ayat yang ku ingat,tapi semuanya tetap seperti sebelumnya.Aku menangis.Aku merintih.Aku menjerit.

*************************************************************

Aku terjaga.Astagfirullah....Ya Allah,ujian apakah ini?

Mimpi tersebut seolah-olah memberikan indikator akan perjalanan hidup yang aku lalui sekarang.Pertama sekali, sebelum tidur pastikan kita berwudu'. Sebelum kita mati buat sementara waktu, mintalah ampun sebanyak mungkin dari ALLAH, mana tahu mati sementara (tidur) bagi kita ini akan menjadi saat ajal kita ditarik? Berdoalah dan berzikirlah sebanyak mungkin.

Keduanya,sebelum tidur kalau boleh,bacalah surah-surah yang di amalkan oleh Rasulullah s.a.w

Ketiganya,peliharalah hatimu,agar hafalanmu kekal lekat di hati dan juga mindamu T_T

Ditulis oleh nur afzan`` at Tuesday, April 28, 2009 0 komenan  

::aku ini siapa Ya Allah?::

Monday, April 27, 2009

Aku yang dahulu,bukannya seperti aku yang sekarang.aku dahulu dengan t-shirt lengan pendek,tudung pendek,jalan pun macam ala-ala gengster sikit,adehh:p..itulah aku sahabat-sahabat.belum lagi berbicara soal disiplin..sungguh!!aku sangat nakal..selalu tidak turun prep,bawa hp ke asrama..ish3..terlalu banyak peraturan yang aku langgari..

Namun,alhamdulillah,Allah masih sayangkan aku.aku dikurniakan hati yang terlalu cepat rasa bersalah bila melanggar suruhanNya.Sudah cukup bertuah aku dikurniakan hati yang suka kepada kebaikan,walaupun kadang-kala sukar untuk aku melakukannya..inilah hadiah paling berharga yang pernah aku dapat.Moga hadiah ini kekal sehingga aku mati dan moga jua,aku mati dalam keadaan husnul khatimah.. T_T

Allah telah meletakkan kehidupan dunia ini sebagai pentas ujian bagi orang-orang beriman.Amat banyak peristiwa yang menerpa kehidupan aku bagai badai yang tak kunjung berhenti. Namun, sebagai hamba Allah SWT, aku seharusnya meyakini bahawa setiap kali jiwa didera oleh berbagai ujian kehidupan, pada ketika itu sesungguhnya Allah SWT sedang memanggil aku untuk segera mengadu kepadaNya dalam sujud dan tangis yang menghiba dan meminta. Sujud dan tangis itulah yang meningkatkan darjat iman kita dan menjadikan kita manusia yang kian dekat dengan Allah SWT dan semakin dicintaiNya.

Kadang-kadang aku terfikir."Di manakah kedudukan aku di sisiMu Ya Allah?""Aku ni siapa Ya Allah pada pandaganMu?" dan pelbagai lagi soalan yang bermain-main di kotak pemikiranku..aku seolah-olah melihat dosa-dosaku yang sangat banyak dan nyawa yang akan di ambil tanpa sebab yang logik.layakkah aku untuk menjamah syurgaMu??mencium bau syurga pun belum tentu aku dapat lakukannya T_T Bisa saja Allah mengambil nyawaku sebelum aku sempat menghabiskan penulisanku..ahhh!!

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala yang mewajibkan rahmatMu, segala yang mengharuskan turunnya ampunanMu, keuntungan dari segala kebaikan, dan keselamatan dari segala dosa. Aku memohon kepadaMu agar Engkau tidak membiarkan satu dosa pun padaku kecuali Engkau mengampuninya, tidak juga satu kesusahan pun kecuali Engkau menghilangkannya, dan tidak pula sesuatu hajat yang Engkau redhai kecuali Engkau menunaikannya untukku"

p/s:moga dapat dijadikan ibrah(pengajaran) kepada antum dan diri ini yang hina T_T







Ditulis oleh nur afzan`` at Monday, April 27, 2009 0 komenan  

::walimah::

assalamualaykum..

Jangan salah sangka,bukan walimah saya,tapi walimah salah seorang warga UIA Kuantan iaitu ukhti Amalina dan akhi Syahid..walaupun mereka tak kenal saya,tapi saya kenal mereka adehh..So,disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada mereka berdua.Moga perkahwinan kalian dilimpahi rahmat olehNya serta mawaddah wa rahmah,amenn,insyallah.. ^_^

Ditulis oleh nur afzan`` at Monday, April 27, 2009 0 komenan  

::renungkan duhai wanita::

Ditulis oleh nur afzan`` at Monday, April 27, 2009 0 komenan  

::tag lagi!!::

Tagged by soleha(sahabat kat alam maya juga)

Try to answer them with one word

1.Does anyone know your password
-yup

2. What was the last thing you ordered at McDonalds?
-none

3. Are you an emotional person?
-sometimes ^_^

4. Do you like your name?
-yup

5. Do you believe in love at first sight?
-dunno

6. Ever felt jealous of your friend?
-sometimes

7. What was the last thing you did?
-blogging

8. Who is right next to you?
-alone

9. Who were the last persons you ate with?
-my familia

10. What song are you listening to right now?
-antara dua cinta(saujana)

11. Hows the weather right now ?
-panas

12. Last person who called you today?
-none

13. Last song you sang?
-none

14. Do you like anyone?
-secreto

15. Lost a friendship over something?
-perhaps

16. Last beverage you drank?
-fresh orange

17. Last food you ate?
-mee bandung Muar

18. What did you do last night?
-crying ^_^

19. Faked being sick to miss school?
-definitely

20. Last person you talked to?
-abah

21. Last person you made fun of?
adikku

22. What are you wearing right now?
jubah

23. Are you too quiet to ask anyone out?
-kekadang

24. What is the first thing you notice about the opposite/same sex?
-macam-macam

25.Where are you right now?
-home

26. What date and day is it?
-27 april 2009-monday

27. Did you go anywhere today?
-nope

28. What did you do there?
-……….

29. Where else are you going today?
-no where

30. Are you watching TV?
-yup

31. Are you mature or immature?
-kekadang matured,kekadang cam bebudak,adehh :p

32. Are you closer to your mom or dad?
-dad

33. When was your last kiss?
-yesterday(cium nenek ^_^ )

34. What school do you go to?
-…………

35Whats the most annoying thing people say to you?
-secreto

36. Do you like music?
-sangat

37. Do you want to get married?
-mestilah

48. to whom?
-lelaki la,adehh ape punye soalan la :p

p/s:aku tak mo tag sesapa,nanti aku kene tag semula,pnt nak jwb :p

Ditulis oleh nur afzan`` at Monday, April 27, 2009 0 komenan  

::sungguh!aku ingin sekali!!::

Hari ini,aku termenung sendiri. Termenung memikirkan betapa banyaknya masa di dunia ini yang telah aku sia-siakan. Banyak amal yang telah aku lalaikan mahupun yang sudah lama tidak kulakukan.Banyak tanggugjawab yang telah ku abaikan. Banyak waktu yang aku habiskan untuk perkara dunia, entah ketika melakukannya telah berniat kebajikan ataupun tidak. Tiba-tiba aku merasa sangat takut tidak diterima menjadi salah seorang penghuni syurga T_T

Ya Tuhan,alangkah malangnya aku jika Engkau tidak menerima aku sebagai penghuni syurgaMu..alagkah malangnya aku Ya Allah..

Moga.. andai masih ada peluang hidup yang diberi Allah SWT esok, aku akan menjadi hamba yang lebih baik dari hari ini. Aku ingin sekali masuk syurga ya Allah. Aku ingin sekali menjadi kesayanganMu.. Sungguh, aku ingin sekali!! T_T

Ditulis oleh nur afzan`` at Monday, April 27, 2009 0 komenan  

::ALLAH knows::



by Zain Bhikha and Dawud Wharnsby Ali

When you feel all alone in this world
And there’s nobody to count your tears
Just remember no matter where you are
Allah knows
Allah knows.

When you’re carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows


No matter what inside or out
There’s one thing of which there’s no doubt
Allah knows
Allah knows

And whatever lies in the heavens and the earths
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows


When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows


When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of Paradise
And you see your child take a first breath of life
Allah knows
Allah knows

No matter what inside or out
There’s one thing of which there’s no doubt
Allah knows
Allah knows


And whatever lies in the heavens and the earths
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows


When you lose someone close to your heart
See your whole life fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

See we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
Through the ups and the downs
Never fret never frown
Allah knows
Allah knows


No matter what inside or out
There’s one thing of which there’s no doubt
Allah knows
Allah knows


And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

Every grain of sand
In every desert land
He knows

Every shade of palm
Every closed hand
He knows

Every smirk and tear
On every eye lash
He knows

Every thought I have
Every word I share
He knows
Allah knows

Buat diriku dan semua insan yang sedang merasakan kelelahan dalam lembaran perjuangan anda, ketahuilah bahawa Allah SWT sedang memandang kita dengan pandangan kasih sayangNya. Semoga kita semua termasuk dalam golongan orang yang beriman dan bertuah menerima anugerah SyurgaNya yang abadi. Ameen

Ditulis oleh nur afzan`` at Monday, April 27, 2009 0 komenan  

::selangor 4-1 kelantan::

Sunday, April 26, 2009

aktiviti mengigit-gigit tulang sampai hancuss...
bagila selori ayam kat dia neh,gerenti habis,nampak tu,tinggal tulang je..licin
se'ketul' budak sedang minum se'orang'air haha :p
baru perasan gambar di ambil oleh mamarazi,adehh :p

ni gambar adik aku yang nombor 3,saja je promote,manalah tau ada orang nak datang meminang,single lagi neh..jual...jual..jual...
hehe
(mesti aku kene belasah pasni,adehh :p)


p/s:gambar dan tajuk tak da kaitan langsung..cehh


Ditulis oleh nur afzan`` at Sunday, April 26, 2009 1 komenan  

::tag,tig,tug::

Friday, April 24, 2009

aku di tag oleh seorang sahabat yang kenal kat alam maya,so ni jawapan aku :p

1.What have you been doing recently?
Baca blog kak nurul-srikandiharakah

2.Do you ever turn your cell phone off?
Time stuck baru off

3.What happened at 10am today?
breakfast

4.When did you last cry?
Exam week,time nak study Physiology,tak hbs study lagi masa tu T_T tak tau la cam ner result nanti..

5.Believe in fate/destiny?
Yup

6.What do you want in your life now?
Belajar semua ilmu Allah,insyallah ^_^

7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
Yup,sbb aku yang selalu payungkan siti,walaupun die lagi tinggi,kan siti kan3? :p

8.What’s your favourite thing to do on the bed?
Reading and dreaming

9.What bottoms are you wearing now?
Tah

10.What’s the nicest things in your inbox?
Semuanya nice-nice hehe

11.Do you tend to make the relationship complicated?
Dunno

12.Are you wearing anything borrowed from anyone?
Nope

13.What was the last movie you caught?
Cite hantu-MIRROR

14.What are you proud of?
being a Muslim

15.What does the oldest text msg in your inbox say?
Mesej dari Asmaa’-sifat 6 sahabat..malas la tulih kat sini,panjangla huhu

16.What was the last song you sang out loud?
Aku rela-algebra(sangat suka lagu ni -_- )

17.Do you have any nicknames?
Jajan,jan,zan,adik

18.What does the newest text say and from who?
.............

19.What time did you go to bed last night?
3.35am

20.Are you currently happy?
yup

21.Who gives you the best advise?
Allah,thank you Allah :)

22.Do you eat whipped cream straight from the can?
Nope

23.Who did you talk on the phone last night?
Abah call suh makan,how nice my father heheh :p

24.Is something bugging you now?
nope

25.Who was the last person to make you laugh?
Mr F-die suka bagi pantun hahaha

aku nak tag:
zaiton
citi fatimah :)
kak azy
zila
innnsan
kak linda
kak sajidah
nieys@nisa sarawak


Ditulis oleh nur afzan`` at Friday, April 24, 2009  

::my 'to do' list::

Thursday, April 23, 2009

Habiskan membaca:

Tafsir al-Munir(juzu' Amma)
Tafsir Wanita
Novel Vermillion Eye-bosan

Habiskan menghafal:

Surah ad-Dukhanasyik terbengkalai je ngafal
Surah al-Saff

Cuba istiqamah:

Solat sunat dhuha
Solat taubat sebelum tidur
Tak tidur pas subuh- isk3 susah nak buat T_T
Makan sayur hari-hari
Siram pokok bunga hari-hari
Beramah mesra ngan mak cik sebelah umah-ape mende ni??

uwaaa~ susahnya nak wat semua ni..aja2 fightin' hee~ ^_^

p/s:mohon doa dari antum juga ye

Ditulis oleh nur afzan`` at Thursday, April 23, 2009 0 komenan  

::berjemaah atau tidak??::

assalamualaykum..

apa yang terlintas di fikiran anda tentang jemaah?

Pada zaman hingusan saya dulu,apa yang saya sangkakan,jemaah adalah usrah(adehh betapa ceteknya ilmu saya ketika itu :p ). Jemaah itu adalah organisasi yang menjalankan dakwah Islamiah melalui pelbagai cara dan sistem yang berbeza.

Tidak dinafikan kadang-kala saya pening-pening lalat untuk memilih yang terbaik.Apakah yang menjadi asas sebuah jemaah? Jawapannya fikrah dan manhaj (sistem). Apakah yang membezakan antara jemaah? Wasilahnya atau wadah perjuangannya. Ada yang menjadikan tarbiah sebagai wadah, ada pula yang memilih politik, sosial dan pelbagai aspek lagi.(saya pernah menyertai jemaah X dan Y,ternyata pendekatan mereka berbeza)

Kenapa wujudnya pelbagai jemaah? Usah pelik. Allah sendiri telah menyatakan dalam Quran bahawa manusia ini diciptakan dengan kepelbagaian. Masing-masing ada kecenderungannya yang unik dan tidak ada manusia yang serupa.

Bagaimana untuk menilai jemaah apa yang sesuai untuk disertai? Jawapannya ialah dengan memperlengkapkan diri kita dengan ilmu. kita lihat begitu banyak percanggahan antara jemaah ditambah lagi dengan fenomena 'jemaah aku yang sempurna dan terbaik'. Lebih teruk lagi, berlakunya perebutan dalam soal perkaderan ahli sehingga melupakan adab dan ukhuwah yang sepatutnya terjalin sesama muslim.Jika ini berlaku,maka tercabutlah salah satu nikmat dalam persaudaraan Islam iaitu berkasih sayang ^_^

Pengalaman saya sendiri ketika mula-mula menyertai jemaah,ada seorang ikhwah bersikap begini.sacara jujurnya saya agak kurang menyenangi sikapnya.maka,saya mengambil keputusan untuk berterus-terang dengannya.alhamdulillah,ikhwah tersebut dapat menerima teguran saya.tidak dinafikan,saya juga begitu dahulu(masa jahil lagi tentang jemaah :p )

Dalam apa-apa hal, kita seharusnya kurang menyalahkan orang lain tetapi cuba berusaha menyelesaikan masalah itu dengan alternatif yang mampu dilaksanakan di peringkat individu. Carilah ilmu yang dapat meningkatkan kefahaman haraki. Dalam masa yang sama, perkukuhkan kefahaman berkaitan ilmu-ilmu asas Islam. Bergurulah dengan guru yang benar-benar mursyid dan bergurulah dengan lebih dari seorang guru,agar kita dapat melihat sesuatu perkara itu dari pelbagai sudut

Sama juga dengan pengurusan organisasi, setiap ahli mestilah sedar dan bertindak mengikut objektif terkumpul atau dalam kata lain, objektif organisasi. Setiap ahli seharusnya mengenepikan sebarang tujuan atau objektif yang tidak selari dengan objektif utama yang ingin dicapai.

Seperti dalam sebuah kapal, hanya seorang yang boleh jadi pengemudinya (ketua/ameer) untuk menuju ke destinasi yang telah ditetapkan. Andai ada penumpang yang ingin ke tempat lain, mana mungkin kapal mengubah haluannya demi yang seorang itu. Andai ada pula yang merasakan diri lebih baik dari pengemudi yang mahir itu, mungkin perjalanan itu akan jadi lebih panjang dan payah.

Apakah hukum menyertai sebuah jemaah? Hukumnya adalah wajib. Analoginya, seperti sekumpulan kambing, mereka akan lebih selamat dari serigala yang ingin menyerang. Bayangkan kalau seekor kambing mengada-ngada nak pergi jauh sikit, apakah nasibnya? Apatah lagi kalau ia masih lagi anak kambing. Serigala di sini merujuk kepada dakyah yang disebarkan musuh Islam dan cabaran-cabaran yang seorang da’ie akan hadapi. Dengan menyertai sesebuah jemaah atau organisasi, kerja kita akan menjadi lebih tersusun dan berkesan. Kita akan belajar lebih banyak berbanding jika kita belajar bersendirian apatah lagi jika berguru dengan buku.

Boleh ke tak kita menyertai lebih dari satu jemaah? Tidak. Kerana kita akan larut dalam percanggahan manhaj dan prioriti. Setiap jemaah punya pembawaannya yang tersendiri. Kita sendiri yang akan pening untuk mengadaptasikan diri dalam keadaan yang berbeza dalam jemaah yang berbeza. Lainlah kalau kita sesumpah .Buatlah pilihan dan menyumbanglah sebanyak mungkin demi penyebaran syiar Islam. Allah tidak akan menilai hasilnya, tetapi Allah menilai usaha itu sendiri. Moga niat itu lillahi taala agar semua amalan kita diterima dan bukan sia-sia.

Perjalanan ini masih panjang. Kembali ke hakikat kejadian diri, kita hambaNya yang jahil dan dhaif. Semoga Allah membimbing kita untuk membuat pilihan yang terbaik di sisiNya kerana pandangan Allahlah yang paling utama. Hakikat akal dan ilmu manusia, ia hanya ibarat setitis air lautan yang terbentang di muka bumi ini. Berhentilah berselisih, hargai persamaan dan sama-sama kita bekerja demi Allah, demi menegakkan syiar Islam mengikut cara yang kita rasakan terbaik

^_^

Ditulis oleh nur afzan`` at Thursday, April 23, 2009 3 komenan  

Posting3... :)

Salam, posting pertama ni.. :)

Ditulis oleh ::abu iman:: at Thursday, April 23, 2009 0 komenan  

alhamdulillah

assalamualaykum,

alhamdulillah,dah bleh nak upload gambar,dah tau dah cam ner nak atasi masalah ni..laptop ni agak 'kurang sihat' sikit,dat's why banyak masalah yang timbul..nway,hepi blogging~!!


Ditulis oleh nur afzan`` at Thursday, April 23, 2009 0 komenan  

::testing again..::

testing 123

Ditulis oleh nur afzan`` at Thursday, April 23, 2009 1 komenan  

::tika itu..::

Tuesday, April 21, 2009

Usai solat,aku termenung sejenak,memikirkan liku-liku kehidupan yang bagaimana entah pengakhirannya..kehidupan yang lebih banyak warna hitam dari warna putih..dia di sana sedang buat apakah agaknya?kadang-kala rasa rindu yang teramat sangat menggamit hati ini,tapi apakan daya,aku harus mengawal perasaan itu,aku dan dia belum punya ikatan yang sah lagi untuk melabuhkan perasaan ini..Astagfirullah..Ya Allah,Engkau campakkanlah perasaan ini jauh-jauh,ia amat menyesakkan saluran pernafasanku(??)

Aku pejamkan mata rapat-rapat..rindunya pada mak.pemergianmu di saat aku memerlukan kasih sayang..sehingga kini aku seakan tidak percaya mak telah pergi bertemu penciptanya,Yang Maha Agung di sana..arghh~ hidup perlu diteruskan..aku harus membayar penat lelah abah dalam membesarkan aku adik-beradik..

28 April 2009-Result exam akan keluar,tak tahulah macam mane keadaan result aku nanti..aku berserah je apa-apa pun keputusannya nanti..pasti ada hikmahnya nanti..

Apa-apa pun,do not put the blame on Him because this is just a test,a trial to show that you may have been carried too much away by the worldly affairs,that the world is not forever,to observe how patient you are while receiving His tests...He sends messages in various ways to remind us..

THANK YOU ALLAH.. -_-

p/s:masih tak dapat nak upload gambar,tak tahula apa masalahnya..huhu T_T

Ditulis oleh nur afzan`` at Tuesday, April 21, 2009 0 komenan  

::nasyid minggu ini::

Monday, April 20, 2009

Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti

Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...

p/s:kekeringan idea dah ni :p

Ditulis oleh nur afzan`` at Monday, April 20, 2009 0 komenan  

::wearing hijjab??::

Assalamualaykum..

Alhamdulillah praise be to Allah for giving us the chance to live another wonderful day.All went well today,hermm but it is quite bored here-lonely T_T

Today,i would like to write a topic about hijjab.Why is it hijab is so so so important for us??
First,we have to remember that the purpose of hijab in Islam is not to cut women out from participating in the activities of the society or to keep men and women utterly segregated or to make it hard for women to function normally in life. Rather the purpose of hijab is to help women maintain their DIGNITY and HONOR as free persons and to help them fulfill their obligations smoothly and comfortably.

So the requirements of hijab are never oppressive or restrictive in any way; here are the requisites of hijab or proper Islamic attire for women:

1. It should cover her whole body except face and hands.

2. It should be loose-fitting.

3. It should not be transparent or revealing.

4. It should not be an attire specifically worn by men only.

So long as your attire fulfills the above conditions, you don’t have to worry. Remember Allah has not revealed religion to make life difficult; rather it is intended to make it easy and comfortable for us.

Allah says:

"He has not laid upon you in religion any hardship" (Al-Hajj 22: 78).

"Allah wishes to lighten the burden for you; for certainly man has been created weak!" (An-Nisaa’ 4: 28).

Ditulis oleh nur afzan`` at Monday, April 20, 2009 0 komenan  

::the difficulity of these times::

"For in its innermost depth youth is lonelier tha old age"

I read this in some book and I've always remembered it,and found it to be true.Is is true that grownups have a more difficult time here than we do?NO..I know it isn't.Older people have formed their opinions and don't waver before they act.It's twice as hard for us young ones to hold our ground,and maintain our opinions,in a time when all ideals are being shattered and destroyed,when people are showing their worst sides,and do not know whether to believe in truth and right and God.

Anyone who claims that the older ones have a more difficult time here certainly does not realize to what extent our problems weigh down on us,problems for which we are probably much too young,but which thrust themselves upon us continually until after a lobg time,we think we've found a solution,but the solution doesn't seem able to resist the facts which reduce it to nothing again.That is the difficulity in these times:ideals,dreams, and cherished hopes rise within us only to meet the horrible truth and be shattered..

^_^

Ditulis oleh nur afzan`` at Monday, April 20, 2009 0 komenan  

::6 jenis wanita malang::

Sunday, April 19, 2009

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

p/s:saya tak leh nak upload gambar,huhu sangat membosankan T_T

Ditulis oleh nur afzan`` at Sunday, April 19, 2009 0 komenan  

::antara DIA dan 'dia'::

Cinta-Mu ingin selalu dekat dalam hatiku,
Cintanya adalah inspirasi yang bertaut dalam fitrah-Mu,
Padang pasir duniawi menjerluskan kakiku,
Melangkah di pasir yang berbutir mempesona,
Ya ILAHI...
Bantulah daku bangkit dari lompang dan cela dunia ini,
Bersama cinta-Mu dan cintanya,
agar ia menjadi bagai benteng kekuatan,
menghunus di lembah pasir yang kelam dan dalam,
Pimpinlah kami dalam kalimah LAILAHAILLAH di akhir pengembaraan ini...

amenn...

Ditulis oleh nur afzan`` at Sunday, April 19, 2009 0 komenan  

::qalbun syakirun::

"sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat Tuhan,maka bererti dia beruasaha untuk hilangnya nikmat itu..dan,sesiapa yang bersyukur atas nikmat bererti dia telah mengikat nikmat itu dengan ikatan yang kuat dan kukuh"

Seringkali kita meminta perkara yang macam-macam seolah-olah itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita seringberdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit.

Tentunya kita mengharap-harapkan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang-kurangnya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil?Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi.

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak.

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong.

“Dan sedikit sahaja dari kalangan hamba-Ku yang bersyukur” (Saba 34: 13)

Benar sekali, setelah begitu banyak kebaikan yang Allah curahkan kepada manusia, sedikit sahaja yang mahu berterima kasih kepada-Nya. huhu ini peringatan untuk diri sendiri juga..

p/s:belajarla untuk berkata CUKUP..

Ditulis oleh nur afzan`` at Sunday, April 19, 2009 0 komenan  

::buli balik::

assalamualaykum..
huhu..i miss my blog,dah lame tak merapu kat sini :p hari ni kehidupan berjalan seperti biasa,alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk menhirup udara di dunia ini,yang penuh arghhh ranjau dan durinya uhuk3 !_!


hari ni kene buli ngan abah and ibu saya kat dapur,kena masak sorang2..quite bosan coz tak de teman berbicara..huhu..nway at least saya tak perlukan ibu untuk tanya brape banyak nak letak garam,saya sangat fobia ngan garam haha,kene start build keyakinan dari sekarang -_-
ape2 pun,memasak itu best,sesape yang jarang turun ke dapur,rajin2kanla diri anda ya.since blog ni makin banyak merapu dan merepek,untuk entry selepas ni saya akan hidangkan anda(hidangkan??) dengan entry yang boleh menambahkan ilmu sikit hoho..see ya!! ^_^

Ditulis oleh nur afzan`` at Sunday, April 19, 2009 0 komenan  

::halaqah cinta::

Tuesday, April 14, 2009



mendengar amanat dari kak syu

muke-muke lapor :p
assalamualaykum..
malas menulis,biar gambar yang berbicara..esok insyallah nak balik Johor..doakan aku selamat,amenn~

Ditulis oleh nur afzan`` at Tuesday, April 14, 2009 0 komenan  

::insomnia::


assalamualaykum..

jam dah menunjukkan jam 2.45pagi..mata aku masih segar lagi,tak menguap langsung,bagus mata aku ni,time baca buku punyelah kuyu,tapi bile wat benda2 tak berfaedah segar je huhu aduhai mate..

aku tak sedap hati ni nak blek sok..huhu kawan aku nyer bakal kakak ipar eksiden tak tau kat mane,yang aku tau beliau patah kaki dan tangan,dan kalo tak silap aku beliau jugak akan kahwin bulan 6 ni..huhu takut la pulak..Ya Allah,mintak dijauhkan perkara yang buruk dari aku !_!
"Ya Allah tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau menjadikannya mudah.Engkau menjadikan suatu kepayahan menjadi mudah apabila Engkau kehendaki ia mudah"
p/s:kalau aku 'pergi' dulu,maafkan aku ya..isk3

Ditulis oleh nur afzan`` at Tuesday, April 14, 2009  

::ya Tuhan..::

Monday, April 13, 2009

Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!

Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....


Yang lebih agung dari malaikat!
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!


"saling berpesan-pesan la ke arah kebaikkan"

Ditulis oleh nur afzan`` at Monday, April 13, 2009 0 komenan  

::akhirnya..::

alhamdulillah..at last habis juga exam untuk sem ni,dan masih tak percaya aku telah menghabiskan setahun di UIA ni,alhamdulillah..syukur..

insyallah 15hb ni aku blek ke Johor ngan roomate aku dan kawan2 dia yang lain,tak tau la cuti ni nak wat ape..huhu..erkk sebenarnya tak tau nak tulih ape,nak sambung tgk cite hehe ^_^ those yang tak habis exam lagi,gud luck ya!! jangan tensi2 :p

Ditulis oleh nur afzan`` at Monday, April 13, 2009 3 komenan  

::bila tiada kenderaan..::

Saturday, April 4, 2009

sukarnya keadaan bile tiada kenderaan,apatah lagi bile ada appointment kat luar.. T_T
asyik mintak tolong orang je hantarkan,tak sedap hati pulak..huk3 aku penah suarakan kat abah aku nak bawak motor abang aku ke sini..tapi...seribu satu alasan yang aku dapat.....

Ditulis oleh nur afzan`` at Saturday, April 04, 2009 1 komenan  

::kejayaan dan kegagalan::

Friday, April 3, 2009

"tak semua yg kita kecapi hari ini akan berkekalan selamanya...dan tak semua yg kita harapkan akan menjadi kenyataan...itulah pentingnya pengalaman dan pengetahuan untuk meneruskan hidup ini....mcm mana teruk pun kita pernah gagal dlm kehidupan ini baik dari segi apapun...tp semua itu bknlah kegagalan jika diteliti dgn penuh mendlm...itu sebenarnya satu langkah kejayaan dlm hidup kita...tp apapun..jgn tunduk bila kita jatuh...terus bgn dan berjalan...sakit mcm manapun...bgn jg!!...kerna semua luka dan bisa itu mampu sembuh dgn sendirinya dan yg pasti di pengakhiran akan bertemu sebuah senyuman...insyaallah..."


(copy paste dari blog bear)

Ditulis oleh nur afzan`` at Friday, April 03, 2009 0 komenan  

::drakula berbaju biru::

beberapa hari lepas aku dengan rela hatinye gi la menapak ke klinik dalam UIA ni..kalau nak diikutkan aku malas nak g,sbb nye..nanti doktor mesti bagi 'oleh2' suh makan kat bilik,dah la aku ni memang jenis penakut makan ubat,serius!!

sampai je kat klinik,aku terus bukak kad matrik n bagi kat akak tu..aku pandang die,akak tu pandang aku balik,aku pandang die lagi,aku hadiahkan la ngan senyuman(chewaahh..)

tetiba,akak yang pakai baju biru(uniform nurse kot) pun bersuara..

"tak bleh jumpe doktor sekarang"

"nape???" aku wat muke blur

"eh,tak bace ke kat luar tu?"agak tinggi suara beliau

"huh"aku wat muke blur lagi..

aku pun terus keluar n carik la ape2 notis yang tertampal kat luar..bingo!!rupe2nya hari ni adalah Hepatitis B Vaccination Day untuk budak2 Kuliyyah of Medicine..aku ketuk la dahi aku,adoilahhh~ cam ner la bleh tak perasan tadi...

aku pun blek la,tapi sebelum tu singgah kat cafe jap beli makanan 'brunch' aku..dalam perjalanan pulang tadi,aku rasa agak terkilan dengan cara layanan nurse tadi,pas aku keluar dari klinik tu dia ada bebel lagi,tapi aku pekakkan telinga je..aku akui memang salah aku sbb tak alert ngan notis yang ditampal,tapi kalo dah sakit,bom jatuh kat sebelah pun aku wat2 tak perasan taw!

kul 12 thari aku datang lagi,nasib baik akak garang tu tak da..ngah leka tgk tibi,tetibe ternampak plak kat nurse garang tu,ishh!! tak blek lagi rupenye..yang peliknya dia layan student lain biasa je,tapi bile terpandang aku,macam drakula mata..aishh~ muke mafia sangat ke aku ni??erkk takpun aku chumel sangat kui3... -_-

iklan:tetibe blackout...uwaaa~

at last,tibe la turn aku jmpe doktor,pas doktor cek sume,doktor tanye soalan cepucemas..

"nak ubat untuk makan tak?"

aku cepat2 geleng

"ok2..saya bagi ubat bla bla bla je ye"

aku cepat2 angguk pulak

aku amek ubat n terus keluar tinggalkan klinik dan nurse drakula tadi..huwaaa3

moral of the story:setiap notis yang ditepek kat dinding sila baca ye,kalo tak nanti ada drakula ngamuk

Ditulis oleh nur afzan`` at Friday, April 03, 2009 0 komenan  

::ruby-faiz::

uwaaaa~ tenet sangat slow macam siput huhu..tak pela sekeping je la dulu..ni gambar time akad nikah ruby-faiz kat kemamang..tgk gambar tangan je la dulu ea hik3

Ditulis oleh nur afzan`` at Friday, April 03, 2009 0 komenan  

::si kecik chumel::

assalamualaykum..



dah lame tak hapdet,buat seketika waktu ni,aku terpaksa ketepikan minat aku untuk membebel disini :p



tadi jenjalan tengok blog orang,tapi ada satu blog ni aku takkan miss tengok n baca..aku suke tengok gambo2 dalam tu,sebab anak die sangatttt~ kiut,waseem namanya..n gaya bahasa yang digunakan dalam blog tu sangat sempoi,n tak skema

Ditulis oleh nur afzan`` at Friday, April 03, 2009 0 komenan  

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License