skip to main | skip to sidebar

UIA``

UIA``

date``

time``

Salat times for Kuantan, Pahang, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Get Your Prayer Times Widget!

thank u ^_^

hit counter
free web counter

followers``

mood``

My Unkymood Punkymood (Unkymoods)

pingu``

ikan``


pusaka``

  • ► 2013 (4)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (2)
  • ► 2012 (20)
    • ► December (1)
    • ► October (1)
    • ► September (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► May (7)
    • ► March (6)
  • ► 2011 (26)
    • ► December (2)
    • ► October (12)
    • ► April (2)
    • ► February (3)
    • ► January (7)
  • ► 2010 (57)
    • ► November (1)
    • ► September (4)
    • ► August (11)
    • ► June (1)
    • ► May (3)
    • ► April (10)
    • ► March (16)
    • ► February (11)
  • ► 2009 (185)
    • ► November (5)
    • ► October (5)
    • ► September (6)
    • ► August (3)
    • ► July (17)
    • ► June (38)
    • ► May (46)
    • ► April (37)
    • ► March (9)
    • ► February (12)
    • ► January (7)
  • ▼ 2008 (31)
    • ▼ December (28)
      • ::memori::
      • ::du'a::
      • ::faith or fashion::
      • ^_^
      • ::reunion::
      • ::ucapkanlah..::
      • ::N.A.S.I.H.A.T::
      • ::my big bro::
      • ~coming soon~
      • ::speechless::
      • ::maksud taqwa menerusi surah al-hajj::
      • ::sem baru::
      • ::nilaikan anda di mana::
      • ::iklan 2::
      • ::iklan::
      • ::aurat::
      • ::zauj,zaujah::
      • ::pesanan buat wanita cantik::
      • ::d.e.n.g.u.e::
      • ::kematian::
      • ::buhsan+ujan=buhjan::
      • ::salam aidiladha::
      • ::kisah pemuda beribu-bapakan babi::
      • Aplikasi pengepam telaga untuk kegunaan masjid
      • ::lelaki IDAMAN saya::
      • ::hooray!!::
      • ::minat baru::
      • ::b.o.r.e.d::
    • ► November (3)

tautan``

  • ISMA``
  • PEMBINA PUSAT``
  • PEMBINA JOHOR ^_^
  • PEMBINA PAHANG``
  • DR DANIAL``
  • DR ASRI``
  • USTAZ ZAHARUDDIN``

sahabat-sahabat``

  • Berbahagia dengan TakdirNYA
    best motorcycle for business in kenya Heritage sikh motor kenya liberty source
    3 years ago
  • Norhayati's Thoughts & Ideas
    You are contagious - Vanessa
    8 years ago
  • Di sebalik tabir sekeping hati...
    Be Kind to Unkind People, They Need it Most!
    8 years ago
  • OpticalIllusions...
    wannabeincestual: Mom contemplating if she should go out to...
    10 years ago
  • Memori Kehidupan, Aspirasi Sebuah Perjuangan
    Trip Musafir ke Miri, Sarawak!
    10 years ago
  • titipan mifqiah (^_^)
    Alhamdulillah..graduate!!
    10 years ago
  • ...
    Gambar Lutfi
    11 years ago
  • Ke Arah Mencapai Mardhotillah
    DIMANA LAGI TEMPAT MENGHARAP....
    11 years ago
  • HASANAH
    Persediaan Menyambut Anak - Trimester Pertama
    11 years ago
  • small cottage
    It's a boy!
    11 years ago
  • dari HATI ke HATI
    Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi
    11 years ago
  • APEXTO EFFECTS
    Abg helmi
    11 years ago
  • The_Caliph
    Al kisah viva voce
    11 years ago
  • Kisah Aku...
    Hi new life!
    12 years ago
  • apa yang aku fikirkan...
    Zahirkan Keprihatinan
    12 years ago
  • Expect the unexpected...
    Ubat
    12 years ago
  • MoMenTo SuTeRa
    Hukuman mati
    12 years ago
  • Laman Kehidupanku
    Syukur
    12 years ago
  • Cahaya Mulia ...
    S.Y.U.K.U.R
    12 years ago
  • "A tree was once a seed"
    13 years ago
  • CaHaYa_InsPiRaSi
    Tentang Dia
    13 years ago
  • sarcastic
    sudikah awak terima saya sebagai suami awak??
    13 years ago
  • Kerinduan Syurga
    Menjadi Kanak2 Lebih Indah
    13 years ago
  • ``[Time Flies]``™
    Happy Eid 1432H!
    15 years ago
  • Haza Jihady
    Pakar Audit
    15 years ago
  • Suara HATI
    Taknak baby meragam sgt?
    15 years ago
  • DUNIA PEDULISME
    BERATKAH UJIAN KITA?
    15 years ago
  • The patron is here to help you out!
    Hii!!
    15 years ago
  • aku adalah aku,
    kembara dakwah ke Laos dan Thailand...
    15 years ago
  • setitis tinta
    Kenangan Terindah Part II
    15 years ago
  • ~ Nur malam ~
    Selamat...
    15 years ago
  • jalan mujahadah
    ::lilin seorang murabbi::
    17 years ago
  • ~ Life's Anecdote ~
  • *____eiZaZsaJiDa_____ *
  • .:: | Hikayat Si Janggut Perang | ::.
  • ❁ Ù†ُورٌ عَÙ„َÙ‰ Ù†ُورٍ ❁
  • Enjoy Cooking
  • sugar 2 spice
  • Messages From The Heart
  • My Own Newspaper ^_^ ~ - Home
  • ~incepti0n of my life~
  • M.Y S.E.C.R.E.T R.E.C.I.P.E
  • h a f i z d a s a r . c o m
  • Bicara Minda Luahan Hati
  • A Little Reminder..
  • Menyingkap Tirai Rahsia
  • .::WaSsUp??::.
  • dhuhasakeenah2

release tension``


To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!



ni ala taichi sikit la…

sebagai intro dan warming up..



tiru la macam ni…

untuk melegakan bahu dan leher..



wa..wa..aaa



gerak kekanan kemudian ke kiri..



gerak ke kiri kemudian ke kanan



ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..



tepuk kuat kuat kat dahi..

ni untuk hilang mengantuk..



dah tu buat gerakan tangan dan badan…

buat macam happy aje..



kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…

buat macam takde masalah…



buat secara agresif pula…

jangan peduli apa orang lain kata..




hilangkan semua stress…



pusingkan kepala…



tengok muka kat cermin

sambil goyang2.. lawa tak…



akhir sekali

buat joget kucing…


--------------


kalau tak hilang juga stress tu
ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..


Sekian~

traffic``

life``

Allah did not promise that life would be easy,but He promised that He will be by our side,in every step we take...to support and help us...as long as we are in His path...seeking and hoping...dying to gain His love and mercy....

::memori::

Wednesday, December 31, 2008

Memori semalam hadir bersama
Sebuah kisah luka
mengingatkan aku akan
Keagungan Tuhan
Sengketa yang melanda
Membuatkan aku sesal sendiri
Perlukah ianya berakhir sebegini
Kini ku sedar setelah lama
Ku mencari sebuah persahabatan
Perjalanan kita ini masih jauh
Penuh dengan onak duri
Penuh cabaran
Dan jua rintangan
Perjalanan yang jauh ini
Perlukan teman-teman yang
Memahami yang sejati
Mampu membimbing diri ini
Silaturahim yang telah
Terjalin kini
Bersamalah kita hargai
Walaupun kita terkadang
Bersengketa
Itukan lumrah
Mendewasakan kita
Pengalaman yang dilalui semlam
Mengajar kita hakikat kehidupan
Suka duka kita tempuhi bersama
Menjadi kenangan indah kekal
Untuk selamanya

Ditulis oleh nur afzan`` at Wednesday, December 31, 2008 1 komenan  

::du'a::

Monday, December 29, 2008


Allahumma inna nas'aluka imaanan Kaamila... Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna...

Ditulis oleh nur afzan`` at Monday, December 29, 2008 0 komenan  

::faith or fashion::


APE BENDE TU AURAT??

..."aurat is the body parts that should be covered from the view of men"...
..."aurat tu aurat la"..
..."aurat is the areas of ur body that u have to cover except for the face and open palms for the sake of modesty according to the Quran"..
..."i think it comes from the word aurah in Arabic which means humility"..

WHY??

..."the Quran has stressed the importance of covering the aurat"...
..."because eversince the actress Wardina started wearing it"...
..."it was the school rule,so all the students would look uniformed".


FAITH OR FASHION??
..."as a person who is concious,i decided to wear the tudung"..
..."i baru blek dari umrah,so what would people say"..
..."at that time there were many types of tudung,tudung Wardina,Wahida and now they have tudung Mawi"...
..."it is something that i choose to accept about my religion"...


HOW DO YOU FEEL??

..."tak rase ape pun"...
..."i feel safe and confident"..
..."i feel closer to Allah SWT"...
..."it is just fashion accessory"...


hoho ape yang aku merepek kat atas ni?? ^_^ ni just sebahagian pendapat je..di mana kita??adakah kita menutup aurat dengan sempurna??kat pasaran sekarang ni macam-macam tudung ade,lawo tu memangla lawo,tp...JARANG!!..

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)

Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

Dalam kes lain pula,ada yang bertudung,TAPI pakai lengan pendek pula..kan tangan tu aurat..hoho mesti ponteng kelas agama dulu-dulu -_-

ape lagi yang kita nampak pakaian zaman sekarang ni?bertudung,TAPI bajunye sendat,sempit dan nipis..bertudung TAPI amat longgar dan menanyangkan jambul dan hujung rambutnya..bertudung TAPI hanya pakai buat pergi pejabat je..kat pasaraya and lain-lain tempat tudung 'hilang'..bertudung TAPI tudungnya dilemper ke belakang,maka terdedahla dadanya dari ditutupi tudung..bertudung TAPI naik motor dan tayang betis,ada ke?aku tak penah nampak lagi la..tu je kot..rasenya banyak lagi trend-trend tudung zaman sekarang ni..banyak sangat,malas nak tulis ^_^

aku bukannya nak cakap perempuan yang pakai tudung labuh dan bertudung besar tu baik..aku ulang lagi sekali-aku bukannya nak cakap perempuan yang pakai tudung labuh dan bertudung besar tu baik,TIDAK SAMA SEKALI..tapi,as a muslim,wajib ke atas kamu menutup yang wajib ditutup..banyak dalam ayat-ayat dalam Quran yang menerangkan tentang aurat ni,banyakkkkk sangat...

sempena Maal Hijrah ni,aku menyeru kepada diri aku yang jahil lagi hina ini dan sahabat-sahabat sekalian supaya kita berhijrahla kepada yang lebih baik..yang belum menutup aurat dengan sempurna tu,sempurna-sempurnakanla..biar sedikit-sedikit,asalkan istiqamah..wallahu'alam

p/s:entry ni adalah general untuk semua,aku tak tujukan kepada sesiapa..erkk kalau ada salah ape-ape kat atas ni,dialu-alukan untuk menegur ye,maklumlah..aku budak baru belaja ^_^

Ditulis oleh nur afzan`` at Monday, December 29, 2008 2 komenan  

^_^


Ditulis oleh nur afzan`` at Monday, December 29, 2008 0 komenan  

::reunion::

Sunday, December 28, 2008

sahabat-sahabat

sahabat-sahabat



maaf kerana terdelete beberapa entry hoho.. ^_^ maaf sangat-sangat


Ditulis oleh nur afzan`` at Sunday, December 28, 2008 0 komenan  

::ucapkanlah..::

Saturday, December 27, 2008

Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1 . Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang
malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa
renung-renungkan A_A

Ditulis oleh nur afzan`` at Saturday, December 27, 2008 0 komenan  

::N.A.S.I.H.A.T::

Assalamualaykum

saya berkongsi lagi hari ni, dari seorang sahabat=)

Nasihat merupakan salah satu santapan jiwa yang hadir dalam 3 wajah.
Pertama : nasihat dalam rupa nasihat. Sering diabaikan lantaran penerimanya mengamalkan dasar anak ketam.
Kedua : nasihat yang datang dalam rupa sindiran. Madunya tersembunyi dalam pahit bahasa berbunga.
Ketiga : nasihat berbentuk falsafah dan madah. Manisnya penuh simbolik. Wujud kemanisan setelah dirungkai oleh penjelasan dan huraian penuh ilmu.Bersabar dan istiqamahlah dalam memahami kesemuanya=)


Dari Abu Ruqayyah Tamiim bin Aus Ad Daari, sesungguhnya Nabi shalallahu alaihi wa salam bersabda:"Agama itu adalah nasihat." Kami bertanya: "Untuk siapa?" Sabda beliau: "Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, para pemimpin umat Islam, dan bagi seluruh kaum muslimin." (HR Muslim).

Ditulis oleh nur afzan`` at Saturday, December 27, 2008 0 komenan  

::my big bro::

assalamualaykum..
semalam jenguk-jenguk ke blog kak mar,terdetik pula di hati ni untuk menulis tentang abang aku yang sorang ni..actually aku ada 4 orang adik-beradik,semuanya hero..aku sorang je heroin ^_^ dulu masa kecik-kecik aku memang kasar,gengster pun ye jugak.selalu buli orang kat sekolah haha.walaupun gengster,tapi takut jugak nak cabut gigi..tapi bile dah makin membesar ni,sifat kasar tu dah hilang dah,alhamdulillah..kalau tak,tak taula ape jadi sekarang ni.


beza umur aku ngan abg aku 2 tahun je..kami memang rapat mase kecik-kecik,tapi bila die dapat masuk boarding school,kami agak renggang sikit..lepas die SPM pulak,die dapat tawaran wat A-Level kat GMI(German-Malaysian Institute) selama 2 tahun dalam bidang mechanical engineering..aku admit memang dia pandai,rajin..aku selalu kene marah ngan die kalo malas belajar..-_- tah macam mane,malam tadi mase YM ngan abg aku,aku luahkan masalah aku kat die,ni la first time aku cerita masalah aku kat die(rasenye) hoho..bile dah lepaskan kat die segala masalah aku,rase lega sangat..walaupun die bukan seorang penasihat yang baik,tapi aku bangga ade abg mcm dia..die sorang yang simple,so solution yang die bagi kat aku pun simple jugak..die just pesan,biarlah ape pun orang nak buat kat kita,tapi jangan buat perkara yang same kat orang lain ~_^

aku sangat rindukan dia..tak taula bile die balik Malaysia lagi..miss him so much :(

Ditulis oleh nur afzan`` at Saturday, December 27, 2008 0 komenan  

Labels: zaman kanak-kanak riang

~coming soon~

hati ini bagai di tarik-tarik untuk menulis tentang dunia pesyen sekarang ni..mata dah pedih,dah genyeh banyak kali ni..tau tak genyeh tu ape?kalau tak tau semak kat kamus dewan -_- so,sambung esok je la...

to be continued ^_^

Ditulis oleh nur afzan`` at Saturday, December 27, 2008 0 komenan  

::speechless::

Friday, December 26, 2008

Pada jalan yang berliku..moga ALLAH luruskan langkah kita
Ketika langit dunia runtuh..moga Allah teguhkan aqidah kita
Jika kesusahan datang..moga ALLAH kuatkan hati kita
Pada hati yang gelisah,moga ALLAH curahkan ketengan dalam diri kita
Moga kasihnya sentiasa bersama kita
INSYALLAH...
amenn~

Ditulis oleh nur afzan`` at Friday, December 26, 2008 0 komenan  

::maksud taqwa menerusi surah al-hajj::

assalamualaykum..

Menurut Ab Rahman al-Sa'diy dlm tafsirnya Taysir al-Karim al-Rahman, kita perlu bertaqwa kepada Allah yg telah menganugerahkan buat kita nikmat2 yg banyak zahir & batin, maka wajarlah sebagai balasannya kita meninggalkan laranganNya seperti syirik, fisq, dan maksiat.Hendaklah kita mentaati perintahNya.Mnrt al-Kalbi dalam tafsirnya al-Tasheel, kektaqwaan menatijahkan perkara-perkara berikut :

Mendapat hidayah
Mendapat bantuanNya
Mendapat perlindungan
Mendapat Kasih syg
Mendapat Keampunan
Mendapat Pelepasan
Mendapat Rezki
Kemudahan urusan
Dilipatgandakan nilai amalan
Diterima amalan
Mendapat KejayaanMendapat Kegembiraan / ceria
Masuk syurga & selamat dari neraka

Tanda-tanda taqwa menurut al-Kalbi lagi ialah:

Takut hukuman akhirat
Takut hukuman dunia
Hendakkan balasan akhirat
Hendakkan bls dunia
Takut hari hisab dgn kesusahannya
Malu terhadap Allah inilah dia maqam muraqabah
Sentiasa hendak mensyukuriNya
Mengetahui kedudukannya berbanding dgn kuasa Allah
Mengagungkan Allah, itulah dia maqam hebat
Cintakan Allah

Tingkatan taqwa menurut al-Kalbi dlm tafsirnya terbahagi kepada 5 iaitu:

Takut kpd Kufr, ini maqam Islam
Takut melakukan maksiat, ini adalah maqam taubat
Takut melakukan hal yg syubhat, ini merupakan maqam wara'
Takut melakukan hal yg harus, ini tkt org yg zuhud
Takut jika terfikir selain daripada Allah.Ini merupakan tkt org yang sampai kpd musyahadah.

renung-renungkan dan selamat beramal ^_^

Ditulis oleh nur afzan`` at Friday, December 26, 2008 0 komenan  

Labels: tazkirah

::sem baru::

Sunday, December 21, 2008

assalamualaykum..
alhamdulillah aku selamat sampai kat bumi Kuantan ni pada jam 5.15petang.tak banyak berubah walaupun aku dah tinggalkan dalam jangka masa yg agak panjang..sampai je kat bilik,letak beg dan terus menapak ke cafe untuk cari makanan.mana tidaknya,tak makan tengahari lagi huhu..kesian perut aku..

pas makan terus je kemas segala harta karun yang baru di ambil dari Johor haha..banyak betul barang aku,sampai senget bahu ni.. ^_^ pas tido kejap tibe-tibe tersedar,mase tu suasana sangat bising..tengah golek-golek teringat pulak cekodok yang tinggal lagi 4 ketul kat atas meja,sayang pulak kalau tak makan..aku gagahkan jugak kaki ni untuk melangkah ke meja study..huhu

bile perut kenyang hati pun senang..lalalalaaa~ konon-konon nak study physiology,tapi aku tengok kulit buku je dah nak termuntah dah..sok kelas mule kul 8 pagi,perasaan malas,ngantuk and excited bercampur-baur..excited ke?:p yang pasti,esok Dean Kuliyyah of Science yang akan ajar kitorang student biomed..tak tau la cam ner cara beliau mengajar..harap-harapnya best la

sem baru,dimensi baru dan aku akan bukak buku baru..semuanye nak baru-baru belaka..aku nak lupekan perkara yang dah lepas dan jadikan ianya sebagai pengajaran untuk kehidupan aku lepas ni..ohh ya!!the most important thing is-TRUST NOBODY..i hate those people yg selfish..argghhh i hate them very much..(biarlah diorang cik imani oi,yg nak benci2 ni nape plak..suke2 hati je nak benci orang :p haha) tah aku ni,biarlah mereka..asalkan mereka bahagia udah ler..




























Ditulis oleh nur afzan`` at Sunday, December 21, 2008 0 komenan  

::nilaikan anda di mana::

Friday, December 19, 2008

Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT.

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur 'masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN' dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'


Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu
sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati

1. Para Nabi

2. Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6.Imam atau Pemimpin yang Adil

7.Tukang Azan

8.Wanita yang mati kelahiran/beranak

9.Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:


' Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga.Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. '


Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'


renung-renungkan dan selamat beramal ^_^

Ditulis oleh nur afzan`` at Friday, December 19, 2008 2 komenan  

Labels: tazkirah

::iklan 2::

Monday, December 15, 2008


Ditulis oleh nur afzan`` at Monday, December 15, 2008 1 komenan  

::iklan::

......
............
.................

Ditulis oleh nur afzan`` at Monday, December 15, 2008 1 komenan  

::aurat::


Aurat : Apa Sudah Jadi ?
Oleh :Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-

"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"

Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.

" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.
Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"
"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.."
sambungnya.
"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.
" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.
"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.
" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.

"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"
"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.

"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"
"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan"
Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.

Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?.

Benar, mungkin sesorang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.

BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?

Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)


Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

BANTAHAN KAUM WANITA

"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.
"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.
"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.

"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"

"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.

"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.
"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya

"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur"

wallahualam..^_^

Ditulis oleh nur afzan`` at Monday, December 15, 2008 0 komenan  

::zauj,zaujah::


sekian time kaseh ^_^

Ditulis oleh nur afzan`` at Monday, December 15, 2008 1 komenan  

::pesanan buat wanita cantik::


assalamualaykum..


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.


Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandangn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!


wallahualam...^_^

Ditulis oleh nur afzan`` at Monday, December 15, 2008 0 komenan  

::d.e.n.g.u.e::

Sunday, December 14, 2008

assalamualaykum..

tergerak hati untuk meng'copy' tentang denggi kali ini..harap ianya dapat memberi sedikit sebanyak input untuk antum semua,insyallah ^_^

What is dengue fever?
Dengue fever is a disease caused by a family of viruses that are transmitted by mosquitoes. It is an acute illness of sudden onset that usually follows a benign course with headache, fever, exhaustion, severe joint and muscle pain, swollen glands (lymphadenopathy), and rash. The presence (the "dengue triad") of fever, rash, and headache (and other pains) is particularly characteristic of dengue.

Dengue (pronounced DENG-gay) strikes people with low levels of immunity. Because it is caused by one of four serotypes of virus, it is possible to get dengue fever multiple times. However, an attack of dengue produces immunity for a lifetime to that particular serotype to which the patient was exposed.

Dengue goes by other names, including "breakbone" or "dandy fever." Victims of dengue often have contortions due to the intense joint and muscle pain, hence the name breakbone fever. Slaves in the West Indies who contracted dengue were said to have dandy fever because of their postures and gait.

Dengue hemorrhagic fever is a more severe form of the viral illness. Manifestations include headache, fever, rash, and evidence of hemorrhage in the body. Petechiae (small red or purple blisters under the skin), bleeding in the nose or gums, black stools, or easy bruising are all possible signs of hemorrhage. This form of dengue fever can be life-threatening or even fatal.

What areas are at high risk for contracting dengue fever?

Dengue is prevalent throughout the tropics and subtropics. Outbreaks have occurred in the Caribbean, including Puerto Rico, the U.S. Virgin Islands, Cuba, and Central America. Cases have also been imported via tourists returning from areas with widespread dengue, including Tahiti, the South Pacific, Southeast Asia, the West Indies, India, and the Middle East.

Dengue fever is common and may be increasing in Southeast Asia. Thailand, Vietnam, Singapore, and Malaysia have all reported an increase in cases. According to the World Health Organization, there are an estimated 50 million cases of dengue fever with 500,000 cases of dengue hemorrhagic fever requiring hospitalization each year. Nearly 40% of the world's population lives in an area endemic with dengue.

How is dengue contracted?

The virus is contracted from the bite of a striped Aedes aegypti mosquito that has previously bitten an infected person. The mosquito flourishes during rainy seasons but can breed in water-filled flower pots, plastic bags, and cans year-round. One mosquito bite can inflict the disease.
The virus is not contagious and cannot be spread directly from person to person. There must be a person-to-mosquito-to-another-person pathway.

Ditulis oleh nur afzan`` at Sunday, December 14, 2008 0 komenan  

Labels: kesihatan

::kematian::

Saturday, December 13, 2008


assalamulaykum..

sesungguhnya kematian itu semakin hampir dgn kita...... :( bersediakah kita?di mana tempat kita kelak di sana nanti??syurga??neraka??wallahualam..isk3


nota kaki:cam mana kalo kita mati esok? :(

Ditulis oleh nur afzan`` at Saturday, December 13, 2008 0 komenan  

Labels: muhasabah

::buhsan+ujan=buhjan::

Friday, December 12, 2008

assalamualaykum..
dear blog..
aku ngah bosan duk kat library OUM(OPEN UNIVERSITY MALAYSIA)..tak tau dah nak wat ape..mak cik aku ngah exam,pasni nak g shopping,yeye ^_^ dah lame dah tak g shopping..

nanti dah khwn sian kat hubby aku,asyik kene bawak g shopping je haha..jauhnye angan-angan ^_~

nota kaki:majula sukan untuk negara :p

Ditulis oleh nur afzan`` at Friday, December 12, 2008 1 komenan  

::salam aidiladha::

Sunday, December 7, 2008


Ditulis oleh nur afzan`` at Sunday, December 07, 2008 0 komenan  

Labels: ape2 aje

::kisah pemuda beribu-bapakan babi::

Friday, December 5, 2008

assalamualaykum..

cite ni d copy and paste untuk dkongsi ngan antum sume..harap dpt pengajaran dari cte ni..insyallah.. ^_^ ameenn..

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah.

"Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.

"Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

nota kaki:aku nak jadi anak yg solehah :(

Ditulis oleh nur afzan`` at Friday, December 05, 2008 1 komenan  

Labels: tazkirah

Aplikasi pengepam telaga untuk kegunaan masjid

Thursday, December 4, 2008

pada 3hb yang lalu.. aq bekesempatan meluangkan masa dengan rakan utk beriadah di daerah Labis.. "bekok" sebut je perkataan bekok pasti org2 johor kenal dgn tmpt mandi sungai. hmmm.. pendekkan cerita selps beriadah dan sebelum pulang ke parit raja aq dan rakan2 smpt menunaikan solat di masjid yg berada di Chaah, Labis, Johor. sumber air yg digunakan utk mengambil air wudu adlh air perigi.. yg menarik adlh.. ini


ini adalah alat yg dimaksudkan.. alat ini bertujuaan untuk mengepam sumber air perigi dari bawah masjid. bagaimana ia berfungsi??


secara kasar, beginilah konsep alat pengepam ini berfungsi..

hmmm... untuk tujuan penambahbaikan.. ni cadangan tmbahan:-
1). sumber air ini perlu dirawat dengan menggunakan tawas supaya air perigi itu tidak rasa payau.

2). sumber air itu perlu dipam dan sisimpan didalam tangki yang tinggi supaya tekanan air adlah tinggi dan mampu menyalurkan kesemua pili air tmpt mengambil wudu dlm masa puncak spt solat jumaat.

berdasarkan temubual dgn rakan, kaedah ini bnyak d praktikkan di kelantan. iaitu sumber perigi yang sama tetapi alat pengepam berlainan di setiap rumah.. di perak dan di johor, kaedah ini belum dipraktikkan di masjid atau di surau jika adapun aq xpnah nmpk lg spnjg hidup 22thun.. hik3.

penggunaan pengepam perigi ini bagus kpd surau dan masjid yg memiliki laluan air bawah tanah di kawasan kariah.. utk ketahui samada ada laluan air bawah tanah, boleh hubungi "site investigator" jika xsilap istilahnya.. hik3..

p/s: utk makluman, perbelanjaan utk air bg kegunaan di masjid dan surau adlh tinggi.

Ditulis oleh nur afzan`` at Thursday, December 04, 2008 0 komenan  

Labels: Idea

::lelaki IDAMAN saya::

assalamualaykum..

kwn2 slalu tanye aku"iman ade tak tips2 untuk memilih calon suami?" chewah,cam aku dah khwn je,hehe ^_^ wahai korang,sesungguhnye aku pun tak expert tntg ni sume..tah cam ner terjumpe lak tips2 ni kat dalam lap top aku..so,aku hidangkan tips2 ni untuk korang yang nak cari suami ^_^

tadaaaa~

Kuat agamanya
Biar sibuk macam mana pun, solat fardhu tetap terpelihara. Utamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah saw menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua begitu ketara.

Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredabiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam seperti ‘rumah urut’, ‘ kelab malam’, pub dan bar?

Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia!

Tidak Boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar kearah perempuan lain yang lalu lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu. Hmm… carilah yang lain ye!

Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas. Inilah yang sepatutnya iaitu dia tidak mudah mengambil kesempatan atas kelebihannya sebagai lelaki.

Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika keluarganya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab terhadap keluarganya.

Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Dia tidak mudah melenting dan tidak panas baran.

nota kaki:slmt memilih !! :p

Ditulis oleh nur afzan`` at Thursday, December 04, 2008 0 komenan  

::hooray!!::

Tuesday, December 2, 2008


assalamualaykum..

alhamdulillah,segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam..result dah keluar,alhamdulillah sangat memuaskan ^_^ tp ada sikit tkilan la..huhu...ape2 pun aku kene pasrah dengan sgala takdir yg dah tertulis untuk aku..sesungguhnya,Dialah sbaik2 perancang..pasti ada hikmahnya.. (",) mood menulis belum ada lg(alasan lagi kuang3 :p )..c u..


nota kaki:edit gambar lg best ^_^



Ditulis oleh nur afzan`` at Tuesday, December 02, 2008 1 komenan  

Labels: bebeling

::minat baru::

Monday, December 1, 2008

sepupu2 kecik aku

petunangan kak ain(aunty to be) wif my uncle syahidin

time nenek sarung cincin

kak ain n hantaran

hantaran

assalamualaykum..
hoho aku ade minat baru time cti ni..meng'edit' gambar org,men'komen' gambar org kat fs n amek gambar yg tah ape2 ^_^ hehe interesting rite?pasne ni nak explore cam ner nak gune adobe lak..pastu nak blaja skill2 nak amek gambar yg mantop :p amboi bnyknye perancgan??
takut angan2 je lbh,nti habuk pun tarak..hihi

ni sume gmbr ms ptunagan pak cik kat shah alam,23 november yg lepas..harapnye hbgan mereka smpai ke jinjang pelamin..insyallah.amenn..^_~ tak lame lg aku plak hehe,amen

kak ain adalah anak kelahiran sabah,baru hbs wat diploma kat Islamic International College(IIC) dan akan sambung wat degree insyallah thn dpn..beza umur antara kami adalah setahun!!ayoyo nak panggil ape ni?mak cik?akak?nenek hihi??ape2 je la..asalkan pgln yg hormat hoho

p/s:Ya Allah,permudahkanlah segala urusan aku di dunia dan akhirat isk3 :(

Ditulis oleh nur afzan`` at Monday, December 01, 2008 1 komenan  

Labels: bebeling

::b.o.r.e.d::



assalamualaykum..

sepatutnye ari ni nak tls tafsir yg aku dah bc..tp dsbbkan aku ngah tak de mood+skt mate+pening+sakit hati+sakit mulut+sakit perut+risau sok result keluar+bla bla bla (bnyknye alasan) ^_^ so untuk itu aku tunda 4 da next3 entry :p tguuu~

ish ..hati sgt kacau bilau,sok result akan keluar..tah cam mane la tu,takutnye nak mghadapi hari esok :(

p/s:Ya ALLAH bantula aku untuk mdapatkan keputusan yg cmlg dlm imtihan fi dunye wal akhirah..amenn isk3 :(

Ditulis oleh nur afzan`` at Monday, December 01, 2008 0 komenan  

Labels: bebeling

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License