skip to main | skip to sidebar

UIA``

UIA``

date``

time``

Salat times for Kuantan, Pahang, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Get Your Prayer Times Widget!

thank u ^_^

hit counter
free web counter

followers``

mood``

My Unkymood Punkymood (Unkymoods)

pingu``

ikan``


pusaka``

  • ► 2013 (4)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (2)
  • ► 2012 (20)
    • ► December (1)
    • ► October (1)
    • ► September (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► May (7)
    • ► March (6)
  • ► 2011 (26)
    • ► December (2)
    • ► October (12)
    • ► April (2)
    • ► February (3)
    • ► January (7)
  • ► 2010 (57)
    • ► November (1)
    • ► September (4)
    • ► August (11)
    • ► June (1)
    • ► May (3)
    • ► April (10)
    • ► March (16)
    • ► February (11)
  • ▼ 2009 (185)
    • ▼ November (5)
      • it is lesson``
      • ujian itu kan tarbiah``
      • cerita si kerang``
      • maafkanlah``
      • under construction``
    • ► October (5)
      • ::ajal datang tak kira masa dan tempat::
      • ::kisah rumput::
      • ::langkah tercipta::
      • ::disco ditelan bumi::
      • ::perjuangan::
    • ► September (6)
      • ::siti zulaikha-dehearty::
      • ::susah bukan??::
      • ::home sweet home::
      • ::umpama roda::
      • ::impian dan keperluan::
      • ::nisa'-rijal::
    • ► August (3)
    • ► July (17)
    • ► June (38)
    • ► May (46)
    • ► April (37)
    • ► March (9)
    • ► February (12)
    • ► January (7)
  • ► 2008 (31)
    • ► December (28)
    • ► November (3)

tautan``

  • ISMA``
  • PEMBINA PUSAT``
  • PEMBINA JOHOR ^_^
  • PEMBINA PAHANG``
  • DR DANIAL``
  • DR ASRI``
  • USTAZ ZAHARUDDIN``

sahabat-sahabat``

  • Berbahagia dengan TakdirNYA
    best motorcycle for business in kenya Heritage sikh motor kenya liberty source
    3 years ago
  • Norhayati's Thoughts & Ideas
    You are contagious - Vanessa
    8 years ago
  • Di sebalik tabir sekeping hati...
    Be Kind to Unkind People, They Need it Most!
    8 years ago
  • OpticalIllusions...
    wannabeincestual: Mom contemplating if she should go out to...
    10 years ago
  • Memori Kehidupan, Aspirasi Sebuah Perjuangan
    Trip Musafir ke Miri, Sarawak!
    10 years ago
  • titipan mifqiah (^_^)
    Alhamdulillah..graduate!!
    10 years ago
  • ...
    Gambar Lutfi
    11 years ago
  • Ke Arah Mencapai Mardhotillah
    DIMANA LAGI TEMPAT MENGHARAP....
    11 years ago
  • HASANAH
    Persediaan Menyambut Anak - Trimester Pertama
    11 years ago
  • small cottage
    It's a boy!
    11 years ago
  • dari HATI ke HATI
    Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi
    11 years ago
  • APEXTO EFFECTS
    Abg helmi
    11 years ago
  • The_Caliph
    Al kisah viva voce
    11 years ago
  • Kisah Aku...
    Hi new life!
    12 years ago
  • apa yang aku fikirkan...
    Zahirkan Keprihatinan
    12 years ago
  • Expect the unexpected...
    Ubat
    12 years ago
  • MoMenTo SuTeRa
    Hukuman mati
    12 years ago
  • Laman Kehidupanku
    Syukur
    12 years ago
  • Cahaya Mulia ...
    S.Y.U.K.U.R
    12 years ago
  • "A tree was once a seed"
    13 years ago
  • CaHaYa_InsPiRaSi
    Tentang Dia
    13 years ago
  • sarcastic
    sudikah awak terima saya sebagai suami awak??
    13 years ago
  • Kerinduan Syurga
    Menjadi Kanak2 Lebih Indah
    13 years ago
  • ``[Time Flies]``™
    Happy Eid 1432H!
    15 years ago
  • Haza Jihady
    Pakar Audit
    15 years ago
  • Suara HATI
    Taknak baby meragam sgt?
    15 years ago
  • DUNIA PEDULISME
    BERATKAH UJIAN KITA?
    15 years ago
  • The patron is here to help you out!
    Hii!!
    15 years ago
  • aku adalah aku,
    kembara dakwah ke Laos dan Thailand...
    15 years ago
  • setitis tinta
    Kenangan Terindah Part II
    15 years ago
  • ~ Nur malam ~
    Selamat...
    15 years ago
  • jalan mujahadah
    ::lilin seorang murabbi::
    17 years ago
  • ~ Life's Anecdote ~
  • *____eiZaZsaJiDa_____ *
  • .:: | Hikayat Si Janggut Perang | ::.
  • ❁ نُورٌ عَلَى نُورٍ ❁
  • Enjoy Cooking
  • sugar 2 spice
  • Messages From The Heart
  • My Own Newspaper ^_^ ~ - Home
  • ~incepti0n of my life~
  • M.Y S.E.C.R.E.T R.E.C.I.P.E
  • h a f i z d a s a r . c o m
  • Bicara Minda Luahan Hati
  • A Little Reminder..
  • Menyingkap Tirai Rahsia
  • .::WaSsUp??::.
  • dhuhasakeenah2

release tension``


To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!



ni ala taichi sikit la…

sebagai intro dan warming up..



tiru la macam ni…

untuk melegakan bahu dan leher..



wa..wa..aaa



gerak kekanan kemudian ke kiri..



gerak ke kiri kemudian ke kanan



ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..



tepuk kuat kuat kat dahi..

ni untuk hilang mengantuk..



dah tu buat gerakan tangan dan badan…

buat macam happy aje..



kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…

buat macam takde masalah…



buat secara agresif pula…

jangan peduli apa orang lain kata..




hilangkan semua stress…



pusingkan kepala…



tengok muka kat cermin

sambil goyang2.. lawa tak…



akhir sekali

buat joget kucing…


--------------


kalau tak hilang juga stress tu
ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..


Sekian~

traffic``

life``

Allah did not promise that life would be easy,but He promised that He will be by our side,in every step we take...to support and help us...as long as we are in His path...seeking and hoping...dying to gain His love and mercy....

it is lesson``

Saturday, November 28, 2009

But I feel drained;
Thinking so much about my carelessness and feeling
Sorry towards others.
But yeah,
I have to be realistic.
That’s impossible.
I should make up my mind
And learn to solve problems realistically
And give myself a chance to improve
And do better next time.

Stop being judgemental to my own self.
I am growing up;
And making mistakes is a part of it.
I should appreciate all that I have experienced;
All that I have learnt.
We can never be assured
That going back to the past will help us do something better and successfully.

No.
In this case, it is not time that matters,
But the will to learn and treat our mistakes,
Faults and weaknesses truthfully;
As the way it should be

So, there must be a second chance for me, Insha’Allah.
“If I can’t learn from good examples, I will learn from mistakes.”
And that’s exactly what I will do now;
To learn from mistakes, Insha’Allah.

Ditulis oleh nur afzan`` at Saturday, November 28, 2009 2 komenan  

ujian itu kan tarbiah``

Tuesday, November 24, 2009


Ujian adalah tarbiah dari Allah, kesenangan yg datang takkan selamanya, begitulah selepas kesusahan ada kesenangan. Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan, setelah kabus berlalu pasti cerah kembali.

Hidup ini perlu di teruskan. Ujian yang datang bukan hanya untuk saja-saja, tapi ada yg menunggu di penghujungnya halwah. Aku tertanya adakah ujian yang aku terima ini sehebat para sahabat di zaman Rasullah S.A.W? Aku renung kembali, adakah ujian aku terima ini sudah cukup untuk aku tergolong dalam golongan orang yang sudah kuat untuk pergi berjihad?

Aku lemah, aku sangat lemah. Pertama kali aku terima ujian seperti ini. Aku memperbanyakkan mengingatiNya, kerana aku yakin tiada yang dapat membantu aku ketika itu kecuali Dia. Aku teringat firman Allah dalam kitab suciNya:

Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan dgn kesanggupannya.

Mafhumnya: "Allah tidak akan memberi ujian pada hambaNya, melainkan dengan tingkat kemampuannya".

Alhamdulillah, aku tidak bertindak melulu. Aku tenangkan fikiran ku. Aku mencari jalan penyelesaian bagi masalah aku ini. akhirnya aku jumpa. Tapi sudah terlambat... Aku terima dengan hati yang terbuka. Mungkin itu takdir dan ketentuanNya. Aku yakin bahawa janji Allah itu adalah benar. firman Allah lagi dlm kitab azimNya:

Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan*Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan.

Sukar bagi aku untuk menerima ujian ini pada mulanya. Akhirnya aku akur...

Ya Allah Engkau lah tempat aku bergantung, dan tempat aku meminta pertolongan, maka Engkau perkenankan lah permintaan ku...

Ditulis oleh nur afzan`` at Tuesday, November 24, 2009 0 komenan  

cerita si kerang``

Thursday, November 19, 2009


Ini cerita seekor kerang...

Cerita pengajaran...

Cerita sastera...

Cerita kita.

Seekor makhluk Allah yang hidup dalam dunianya yang tersendiri. Begitu sukar ditafsir oleh pancaindera manusia.
Kehidupannya sama seperti kita; seandainya kita adalah kerang.

Angin taufan yang melanda pantai laut Mediteranean bulan itu amat kuat sehingga meniupkan tiupan angin yang bukan kepalang, lalu angin itu ditafsir menjadi gulungan ombak yang menggila sepanjang pantai. Ia takut, risau dengan keselamatannya. Lantas ia tetap menyorok dalam cangkerangnya. Lama ia begitu, biarpun kelaparan tetap bertahan. Tanpa melihat keluar walau sejenak pun. Adakalnya ia bergolek-golek; dek kerana hempasan ombak setinggi langit baginya. Lalu ia berdoa, semoga tetap bertahan.

Kembali muhasabah erti sebuah kehidupan. Terkenang ia akan sebulan yang lalu, pantai itu begitu tenang. Pantai yang terletak di salah sebuah daerah Mesir; Dumyat. Keriangan petang itu bersama rakan-rakannya yang lain masih terasa hingga kini. Tika itu, seluruh ahli keluarganya berkumpul bersama-sama, makan bersama-sama dan gelak ketawa silih berganti. Alangkah riangnya hati. Semua kerang membuka luas cangkerangnya, begitu banyak makanan yang dapat diperoleh. Dia dapat melihat seluruh dunianya; dunia terumbu karang.

Namun kini, segalanya berubah. Ingatkan panas hingga ke petang, namun hujan di tengah hari. Pernah sekali ia cuba melihat keluar dalam ngauman ombak tatkala itu. Astaghfirullah... Segala-galanya hancur, mati dan binasa. matanya terpaku kepada sekujur cangkerang; seolah biasa melihatnya. "Maak!.." Itu sahaja kalimah yang terlafaz pada mulutnya. Dalam linangan air mata ia cuba mendekati tubuh itu. Mati. Tiada apa yang boleh diusahakan. Dia lantas menoleh ke sekelilingnya, segala-galanya hancur! cangkerang siput, kerang da
n ketam bergelimpangan di sana-sini. Ia amat takut, trauma melihatnya. Dia lantas pergi dari situ, meninggalkan sekujur tubuh kaku insan tercinta.

Tiba-tiba ia terlihat seekor kerang yang masih teguh cangkerangnya, cantik, indah. Ia cuba mendekati perlahan-lahan, dengan harapan menemukan kerang hidup yang lain. Ombak menghempas lagi. Cepat-cepat ia masuk ke dalam perlindungannya. Setelah reda ia cuba membuka kembali pintu cangkerangnya. "Ya Allah!..." Alangkah terkejutnya ia, kerang tadi yang begitu indah luarannya terbuka luas mulutnya. Hanyir dan busuk. Kelihatan beberapa ekor ulat sedang memamah jasadnya. Ulat itu menggelitik-gelitik. Menggelikan, matanya melihat, otaknya mentafsir lalu meghasilkan satu emosi yang kurang menyenangkan. Ia mual dan termuntah di situ. Kerang itu sedih dan duka. hatiya benar-benar menangis, pilu mengenangkan nasib diri. Lalu atas tikar kesedihan itu ia bermunajat kepada Ilahi. Biar betapa kuat ombak menghempas, ia tetap bertahan. Ya tetap bertahan dalam cangkerangnya.


Begitulah juga kehidupan seorang manusia wahai sahabatku. Kit
a ini ibarat kerang. Dunia kita ialah pantai. Adakalanya arus laut terlalu tenang, indah, senang dan perlahan. Lantas kita lupa, kita alpa dengan kesenangan yang hanya sementara. Kita juga lupa bahawa kita hanyalah kerang yang lemah, menumpang dalam pentas kehidupan. Sungguh, zaman remaja kita amatlah hebat ombak cabarannya wahai sahabatku, walaupun kita tidak menyedari hakikat ini. Fenomena-fenomea kebejatan sosial dan kehancuran akhlak adakalanya tidak disedari oleh kita.

Jarum-jarum thaghut telah mencucuk hati kita melalui media-media, majalah, surat khabar dan internet. Maka ramai yang hatinya mati, seperti matinya kerang-kerang, siput-siput dan ketam-ketam dalam kisah di atas. Hanyalah bahtera iman yang akan melayarkan kita ke destinasi yang abadi. Perkasakanlah iman dengan al-Quran dan solat malam. Sentiasa berdamping dengan Quran, kerana ia akan menyalakan semangat perjuangan. Manakala solat malam (qiamullail) akan memantapkan hati, meneguhkan jiwa dan melancarkan lidah.

Adakalanya kita perlu beruzlah (mengasingkan diri) dalam cangkerang keimanan kita. Ombak di luar sana amat hebat sahabatku. Berlindunglah dalam cangkerang keimananmu. Semoga hati kita sentiasa bersih dan suci. Kerang itu masih di situ. Berteleku dalam munajatnya di hadapan wajah Tuhan. Kerang itu teguh dan kuat, tatkala yang lain kalah, ia dapat bertahan. Kisah kerang; analogi kehidupan insan. Ada yang kalah dan mati, ada yang hidup dan tetap bertahan. Sekiranya seekor kerang dapat bertahan di pantai ombak ganas yang membinasakan, mampukah kita bertahan dalam arus dunia keremajaan?


Ditulis oleh nur afzan`` at Thursday, November 19, 2009 0 komenan  

maafkanlah``

Tuesday, November 17, 2009


Dalam hidup kita, pasti ada kekhilafan. Maafkanlah perkara yang lalu, kerana semua tu adalah takdir yang tak mungkin dapat diubah. Masa hadapan menanti di depanmu, kuatkan semangat. Letakkan dirimu di tempatnya dan cubalah untuk memahami, insyaAllah setiap kesabaran itu takkan sia-sia. Andai ada dosaku pada sesiapa, kumohon kemaafan, andai ingin sampaikan ketidakpuasan, kita boleh berbincang. Kita semua bersaudara, maka maafkanlah saudaramu.... ^_^

Ditulis oleh nur afzan`` at Tuesday, November 17, 2009 0 komenan  

under construction``

Tuesday, November 10, 2009


assalamualaykum...

maaf sahabat-sahabat..blog ini dalam proses pemulihan..harap bersabar dengan ketidakselesaan apabila membuka blog ini..sekian terima kasih ^_^

Ditulis oleh nur afzan`` at Tuesday, November 10, 2009 2 komenan  

::ajal datang tak kira masa dan tempat::

Wednesday, October 28, 2009

Ditulis oleh nur afzan`` at Wednesday, October 28, 2009 1 komenan  

::kisah rumput::

Monday, October 26, 2009


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pili
h seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.

Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Ditulis oleh nur afzan`` at Monday, October 26, 2009 1 komenan  

::langkah tercipta::

Tuesday, October 20, 2009


Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.


Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta
.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.



isk3.. T_T

Ditulis oleh nur afzan`` at Tuesday, October 20, 2009 0 komenan  

::disco ditelan bumi::

Monday, October 12, 2009

Ditulis oleh nur afzan`` at Monday, October 12, 2009 2 komenan  

::perjuangan::

“ Perjuangan seorang perempuan tidak sama selepas ia berkahwin dan berkeluarga,” pujuk suami di satu hari. Ketika itu, saya agak terusik hati dengan kata-kata beberapa muslimah muda bahawa muslimat yang dulunya aktif di kampus tetapi hilang setelah berumahtangga sebagai ‘hampeh’ dan ‘pancit’.

“ Biarkan mereka. Manusia seringkali memusuhi perkara yang tidak diketahuinya. Apa yang perlu As ingat, seorang ibu yang mengasuh anak-anaknya dan mendidik mereka dengan asuhan agama juga sedang berjuang. Masing-masing ada cara dan situasi tersendiri dalam berdakwah kepada mad’u yang berada di luar rumah. Ada yang turun ke padang bertemu masyarakat dan orang awam, ada menerusi penulisan, juga ada yang melalui ceramah dan lain-lain lagi. Siapa yang paling ikhlas di antara mereka hanya diketahui oleh Allah swt. Akan tetapi, yang tercela adalah mereka yang merendahkan cara dan usaha orang lain. Jadi jangan mencela dan jika dicela, abaikan saja. Serahkan kepada Allah swt menentukannya, ” bicara suami lagi mengubat luka di hati.

Benar kata-kata suami. Dan saya juga tidak menafikan walau siapa pun seorang wanita itu, dia tetap seorang isteri dan ibu. Itu adalah tanggungjawab asas dan tiada sebab untuk mengabaikannya atas alasan ingin menunaikan tanggungjawab yang lain.


“Jangan jadikan perjuangan di luar rumah sebagai ‘excuse’ kepada tanggungjawab di dalam rumah. Bahkan ia perlu dilakukan sekaligus, dengan cara masing-masing dan tentunya menurut kadar yang dimampui mengikut situasi yang ada. Jangan diletakkan perjuangan Islam itu dalam ‘bentuk’ yang stereotype dan mendakwa itulah satu-satunya cara untuk berjuang “ jelas suami panjang lebar.

Sesungguhnya tugas membangun generasi yang menyintai akhirat dalam dunia yang bersifat kebendaan hari ini bukan sesuatu yang mudah dan boleh dilepas tangan begitu sahaja. Tidak cukup sekadar menghantar anak ke sekolah agama atau menggaji guru untuk mengajar anak mengaji al Quran, maka soal halal haram, penerapan akhlak dan nilai-nilai mulia telah langsai. Belum lagi. Kerana ia masih memerlukan pemantauan dan perhatian. Perhatian seorang bapa lebih-lebih lagi seorang ibu.


SEHARUM KASIHMU

Saya masih menatap jambangan wangi penuh warna warni. Hadiah dari seorang lelaki bernama suami. Dia menghulurkannya kepada saya dengan senyuman dan ucapan ringkas, selamat hari lahir.

Saya menerima dengan hati yang berbunga. Saya pandang wajahnya dan kemudian melihat pula kepada empat cahaya mata di depan saya. Setiap sinar mata mereka mewakili harapan dari seorang suami, meletak amanah di bahu saya untuk mendidik mereka agar menjadi penyelamat dari kedahsyatan ‘Yaumul Hisab’.

Dan detik saya menyambut ulangtahun ke-34 ini, saya semakin menginsafi diri. Masih banyak usaha perlu dilaksana. Ada berbagai lagi ilmu perlu digali. Semuanya untuk mencari redha Ilahi agar di sana nanti saya akan tetap bersama suami di kelilingi bidadari syurga, hadiah buat suami tercinta. Ameen, amen Ya Rabbal ‘alamin.

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam :أَلاَ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْؤُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ،فَالْإِمَامُ الْأَعْظَمُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْؤُولٌعَنْ رَعِيَتِهِ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَمَسْؤُولٌ عَنْ رَعِيَتِهِ، وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى أَهْلِ بَيْتِزَوْجِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْؤُولَةٌ عَنْهُمْ، وَعَبْدُ الرَّجُلِرَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْؤُولٌ عَنْهُ، أَلاَ فَكُلُّكُمْرَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْؤُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِMaksudnya :

Ingatlah setiap kalian adalah pengembala dan setiap kalian akan ditanya tentang pengembalaannya, seorang suami/ayah pengembala atas ahli rumahnya dan dia akan ditanya tentang pengaturannya di dalam keluarganya dan seorang isteri/ibu merupakan pengurus atas ahli rumah suaminya dan anak-anaknya dan dia akan ditanya tentang pengurusannya… (Riwayat Al-Bukhari, kitabul ahkam hal 77-90).


Saya terus memuhasabah diri.


sumber: dari sini

Ditulis oleh nur afzan`` at Monday, October 12, 2009 0 komenan  

::siti zulaikha-dehearty::

Friday, September 25, 2009

Ditulis oleh nur afzan`` at Friday, September 25, 2009 0 komenan  

::susah bukan??::

Friday, September 18, 2009


Salam sayang buat kalian di luar sana..bagaimana imanmu hari ini??Moga sentiasa istiqamah dengan setiap yang kalian lakukan..Terasa sangat cepat masa berlalu..tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita,seperti kebiasaannya tahun berganti tahun,bulan berganti bulan,hari berganti hari.

Sesuatu yang susah bukan untuk menjadi seorang pemaaf?.Pemaaf adalah suatu kata yang mudah di ucapkan tapi susah di-implementasikan.

Definisi secara bebas Pemaaf adalah sebutan bagi seseorang yang mudah sekali memaafkan kesalahan orang lain baik itu yang disengaja ataupun tidak disengaja, sedar atau tidak sedar, besar atau kecil. Pemaaf juga disejajarkan dengan sifat-sifat manusia yang lain seperti, penyabar, penyayang, pengasih dan lain-lain.

Seorang pemaaf tidak akan memilih-milih kesalahan-kesalahan mana saja yang boleh dimaafkan dan kesalahan-kesalahan mana saja yang tidak boleh untuk dimaafkan. Secara arif dia akan memaafkan semua kesalahan-kesalahan orang lain kepada dirinya tanpa syarat.Seperti sifat-sifat manusia yang lain, sifat pemaaf yang dimiliki manusia tidak datang secara sendirinya. Walaupun sifat dasar manusia itu sebenarnya adalah seorang pemaaf.

Untuk menjadikan sifat pemaaf itu tumbuh dalam diri seseorang maka sifat itu haruslah di-latih secara rutin dan terus menerus. Salah satunya adalah dengan latihan dan mempraktekan "pemaaf" itu dalam kehidupan sehari-hari. Kerena dengan demikian "pemaaf" akan menjadi suatu kebiasaan bagi diri seseorang dan memaafkan adalah bukan sesuatu yang aneh dalam hidupnya.

Tips lainnya adalah seperti apa yang pernah disampaikan oleh Rasulullah SAW. Beliau bersabda apabila ingin menjadi pemaaf makan ingatlah dua perkara dan lupakanlah dua perkara. Perkara apakah yang dimaksud oleh Rasul SAW itu??

pertama, ingat-ingatlah kebaikan orang lain dan lupakanlah kebaikan kita kepada orang lain.kedua, ingat-ingatlah keburukan kita kepada orang lain dan lupakanlah keburukan orang lain kepada kita.

Bila dua perkara ini sudah menjadi sebahagian dari sikap kita dalam pergaulan sehari-hari, insyAllah kita akan menjadi seorang yang pemaaf.


"Taqabalallah minna waminkum, Taqabalallahu Ya Kariim - Mohon Maaf Zahir dan Batin.

Ditulis oleh nur afzan`` at Friday, September 18, 2009 1 komenan  

::home sweet home::

Saturday, September 12, 2009


alhamdulillah dah sampai rumah jam 4.++ petang tadi..sangat seronok first day buka puasa dengan family..bahagia..sangat letih..macam2 yang ingin dikongsikan..akan dicoretkan kelak apa yang nak dikongsikan itu nanti..insyallah...

selamat mencari malam Lailatul Qadar..moga ibadah kita diterima olehNya..amenn.

Ditulis oleh nur afzan`` at Saturday, September 12, 2009 3 komenan  

::umpama roda::

Tuesday, September 8, 2009

Kegembiraan..senyum dan tawa

Kesedihan..tangis dan air mata

Baru sahaja bergembira tentang sesuatu, rupanya diuji selepas itu. Hidup ini bagaikan roda, bila bergerak, titik di atas jalan mula bergerak ke atas, dan sebaliknya titik teratas sekali mula menghampiri jalan. Kegembiraan bukan bererti ketenangan dan kesenangan. Kegembiraan tak semestinya apa yang terbaik untuk kita.

Hanya boleh berdoa supaya diberikan kekuatan, dijauhkan rasa duka dan diberikan jalan keluar. Berdoa supaya ada hikmah di sebalik setiap ujian.Pandai menasihati orang lain di kala mereka kesulitan dan kekecewaan tak bererti boleh mengendalikan masalah sendiri. Nasihat-nasihat itu datang dari jiwa yang mahu menolong.Entah mengapa tak sanggup menitiskan airmata di depan orang-orang tersayang. Entah mengapa mahu menyimpan dan memendam semuanya sendiri, hanya mengadu kepadaNya.

Bila masalah dipendam, tekanan mula memuncak. Susah mahu dikendalikan tapi sedaya upaya cuba dikawal. Allah masih ada. Dia maha mengetahui. Dia sumber kewarasan dan ketenangan yang masih ada.

Tiada kekuatan untuk meluahkan perasaan yang terbuku tanpa mengalirkan airmata dan kelihatan tabah. Kadang-kadang terfikir mengapa dilahirkan dengan jiwa yang begitu halus. Sehingga berdoa diberikan ilham untuk memujuk hati yang lara sendiri tanpa menyusahkan orang lain. Jiwa yang halus inilah yang tidak mampu berlapang dada dan tidak mudah melupakan. Entah bila dan bagaimana ia dapat menjadi kental, hanya doa yang mampu dipanjatkan.

Buat diriku..la tahzan... ^_^

Ditulis oleh nur afzan`` at Tuesday, September 08, 2009 6 komenan  

::impian dan keperluan::

Sunday, September 6, 2009


Aku memohon kekuatan
Namun Tuhan memberikanku kesulitan
Untuk menjadikan aku gagah


Aku memohon cinta kekasih
Lalu Tuhan mempertemukan aku dengan mereka yang bermasalah
Untukku mencari penawar duka
Aku memohon keteguhan hati
Lalu Tuhan memberikanku bahaya
Untukku tangani


Justeru itu,
Aku tidak peroleh apa-apa yang aku impikan
Namun aku dapat segala yang aku perlukan..


MAHALLAH TALHAH
6.23PM
16 RAMADHAN

Ditulis oleh nur afzan`` at Sunday, September 06, 2009 0 komenan  

::nisa'-rijal::

Saturday, September 5, 2009

Segala puji bagi Allah yang masih mengizinkan aku untuk bernafas di setiap corong yang memudahkan aku untuk menghembus dan menghirup oksigen Tuhan yang hanya meminjamkan padaku di alam buana-Nya yang fana ini. Selawat dan salam buat Muhammad beserta keluarga dan para sahabat baginda yang tanpa mereka, mungkin Islam takkan tertegak seperti sekarang ini.

Lama tidak menulis. Bukan tidak punya idea, terlalu banyak. Tetapi, sibuk dengan membaca. Sekarang, masih dalam exam week(mid term exam)... banyak yang perlu dibaca lagi. Banyak buku sedang menanti untuk dimulakan pembacaan. Tapi, rasa tak senang pula jika jari-jari ini tidak menyentuh keyboard untuk menulis.Terima kasih kepada semua sahabat kerana sudi singgah ke blog saya yang serba kekurangan ini. Mudah-mudahan apa yang saya tuliskan di sini dapat dikongsikan bersama lalu dikutip apa sahaja ilmu yang dianggap bermanfaat..insyallah..

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan istrinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.” (An-Nisa)


Kedudukan wanita sama tingginya dibandingkan dengan lelaki. Tetapi, adakah sama bermaksud harus berlakunya kesamarataan dalam semua perkara? Telah termaktub di dalam lembaran Al-Quran di mana Allah berfirman;

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita)..” (An-Nisa’: 34)


Ternyata, Allah melebihkan kaum lelaki dari segi kepimpinan. Maka, apakah tujuan Sister In Islam ditubuhkan? Sewaktu zaman Rasulullah dahulu, memang banyak kaum wanita yang ikut berperang. Tetapi, apakah mereka dibenarkan untuk menjadi pemimpin?Maka, perempuan seharusnya boleh saja menjadi pemimpin kecuali dalam 3 keadaan, iaitu:


1. Dalam peperangan
2. Dalam pemerintahan khilafah
3. Dalam solat


Tetapi, boleh menjadi pemimpin dalam solat sekiranya kesemua makmum terdiri oleh perempuan. Itu tiada masalahnya. Tetapi apakah layak sekiranya perempuan diberikan kebebasan terlalu luas untuk bersuara? Memimpin yang majoriti yang ingin dipimpinnya adalah lelaki? Maka, apakah relevan sekiranya seorang perempuan menjadi pemimpin negara?

Disebutkan dalam Al-Quran:


“Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang makruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada istrinya.” (Al-Baqarah : 228)


Kelebihan di sini bermaksud pemeliharaan dan perlindungan di mana, golongan yang lemah seharusnya wajib mendapatkan perlindungan. Sudah terang-terang fizikal seorang perempuan itu bersifat lemah berbanding lelaki, maka kerana itulah relevannya lelaki berkuasa menjadi pemimpin di kalangan perempuan, bahkan layaklah sekiranya dalam ketiga-tiga keadaan di atas perempuan tidak dibolehkan menjadi pemimpin.


Namun, ada juga kelebihan yang dinyatakan oleh Allah untuk wanita, sepertimana dalam sebuah hadis, disebutkan bahawa pernah ada seorang laki-laki datang kepada Rasulullah dan berkata,


"Wahai Rasulullah, siapa orang yang paling berhak bagi aku untuk berlaku kebajikan kepadanya?” Nabi menjawab, “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi, “Kemudian setelah dia siapa?” Nabi menjawab, “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi, “Kemudian setelah dia siapa?” Nabi menjawab, “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi, “Kemudian setelah dia siapa?” Nabi menjawab, “Ayahmu.” (HR. Bukhari, Kitab al-Adab no. 5971 juga Muslim, Kitab al-Birr wa ash-Shilah no. 2548)

Lihatlah betapa pentingnya berbuat kebajikan kepada seorang ibu, sehingga Rasulullah menggambarkan keistimewaan yang patut dipatuhi oleh seorang anak kepada seorang ibu sebanyak 3 kali lebihnya berbanding seorang bapa.
Dalam ketetapan Islam sendiri, tidak ada syariat yang melarang perempuan untuk tidak bekerja, belajar untuk menjadi para ilmuan, menjadi ahli sufi dan sebagainya. Silakan jika ingin menjadi doktor, engineer, polis dan sebagainya. Lebih bagus sekiranya banyak doktor di kalangan perempuan yang memudahkan pesakit terutamanya dalam kondisi melahirkan anak.
Renungkanlah...














Ditulis oleh nur afzan`` at Saturday, September 05, 2009 0 komenan  

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License