Agak lama saya bertapa nampaknya daripada menulis. Al-maklumlah, saya sememangnya mempunyai masa untuk melayari internet, tetapi untuk menaip ke tahap yang kritis dalam masa sesendat ini agak menyulitkan juga. Oleh kerana risau sendiri melihat blog ini yang membisu diri, saya mencuri sedikit waktu untuk bercerita.
Sahabat-sahabat..
Sebaik-baik teman, adalah jasad kita sendiri.Berhujan, berpanas; tetap bersama. diejek, dikata; tetap setia. Tersalah melukakan, tersalah menyakitkan; tetap dia. Tak pernah merajuk untuk meninggalkan. Tak pernah membantah. Tak pernah sama sekali..
Pernahkah kita terfikir bahawa, jasad kita ini akan pergi meninggalkan kita kerana katanya dia terseksa dengan kita? atau katanya kita tidak menghargainya? tak terfikirkan pun. Langsung tak terfikir. Mendengar ayat yang saya tulis ni pun buat kamu tergelak agaknya.
Dan hati kamu berkata; 'mengarut!'Tapi saya kira dia lebih layak berbuat begitu daripada pasangan kita melakukannya terhadap kita. Jika jasad kita tekad melakukan itu, dengan alasan begitu, bagaimanakah keadaan kita saat itu?
Hargai jasad kita. Layan dia seperti sebuah kereta import. Mahal. Dihantar servis setiap bulan. Dicuci setiap pagi dan petang. Bahkan diri kita lebih dari itu. Berikan makanan yang halal dah berkhasiat. Berikan rehat yang cukup. Dibersihkan zahir dan batin. Disimpan rahsianya. Dijaga kehormatannya. Muliakan dia. Kerana dia teman yang teristimewa...
Jaga diri. Kerana dirimu begitu berharga....
Ya Rahman, saat diri lokek bersedekah kumohon kaugerakkanlah hati ini untuk memberi saham akhirat.
Ya Rahiim, saat syaitan membisikkan api kebencian, kumohon supaya kau padamkan ia segera dengan sinar kasih-Mu..
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati-hati kami pada agama-Mu dan ketaatan pada-Mu..
Amiin Ya Rabbal ‘aalamiin..


1 komenan:
salam... semooga apa yang dibaca dan diharapkan menjadi kenyataan... amin....
Post a Comment