Rasa macam tengah naik roller-coaster.
Sekejap gembira, sekejap lagi sedih.
Diuji berkali-kali. Apakah saya akan bersabar mahu pun mengalah dan menurut rasa?
Tadi pun sedih.
Merasakan diri ini disalah erti. Merasakan tiada siapa yang boleh membela diri yang kerdil ini.
Usai solat maghrib, bersolat hajat dua rakaat. Mengadu kepadaNya sambil menangis.
Lalu mencapai Quran. Menyambung bacaan harian.
Selesai satu muka, terjemahnya dirujuk. Sungguh terkejut bila terjemah pertama yang dibaca adalah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain…”
Al-Hujurat: 12
Sungguh Al-Quran itu penawar hati dan jiwa. Teguran buat jiwa saya yang sedang resah dan lemah.
Berfikiran positif, pasti jiwa kan tenang.
Baru sahaja meminta jalan keluar dari permasalahan, Allah sudah memberikan bantuanNya. Sungguh, Dia maha Mendengar.
Betapa besar kasihNya terhadap kita walaupun dosa-dosa kita tidak terhitung.
Betapa, perjalanan menuju redhaNya ini masih terlalu jauh.
Moga Allah mengasihani ummat akhir zaman ini. Ameen.



1 komenan:
Salam,
yup.. setuju.
Post a Comment