skip to main |
skip to sidebar
Manusia selalu sahaja kecewa. Bila kecewa kita akan tertekan, marah,celaru dan pelbagai lagi nilai-nilai yang buruk. Hari ini ramai yang menderita dan merasakan hidup tidak bahagia kerana banyak kekecewaan yang wujud di dalam hidup kita.Kenapa kita kecewa ?
Kita kecewa kerana kita hanya meletakkan harapan. Apabila harapan tidak dapat direalitikan maka kita akan kecewa.
Mungkin anda kan menyoal, jika tidak diletakkan harapan,bagaimana mahu memotivasikan diri dan memajukan hidup ?
Baik,meletakkan harapan tidak salah, malahan dialu-alukan. Cuma, satu aspekyang amat penting, kita sering terlupa untuk meletakkan perisai. Perisai ? Apabila kita meletakkan harapan, kita mesti memikirkan keberkecaian harapan itu dalam tahap yang paling teruk dan bersedia menerimanya. Selepas itu berusaha semampu mungkin, berdoa dan berserah pada Tuhan agar harapan itu mampu dicapai.
kejayaan sebagai galakan.
kegagalan sebagai cerminan.
Wallahu'alam.
1 komenan:
Salam,
Awk, jgn bersedih.
Post a Comment