assalamualaykum..
kwn2 slalu tanye aku"iman ade tak tips2 untuk memilih calon suami?" chewah,cam aku dah khwn je,hehe ^_^ wahai korang,sesungguhnye aku pun tak expert tntg ni sume..tah cam ner terjumpe lak tips2 ni kat dalam lap top aku..so,aku hidangkan tips2 ni untuk korang yang nak cari suami ^_^
tadaaaa~
Kuat agamanya
Biar sibuk macam mana pun, solat fardhu tetap terpelihara. Utamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah saw menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.
Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua begitu ketara.
Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredabiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam seperti ‘rumah urut’, ‘ kelab malam’, pub dan bar?
Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia!
Tidak Boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar kearah perempuan lain yang lalu lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu. Hmm… carilah yang lain ye!
Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas. Inilah yang sepatutnya iaitu dia tidak mudah mengambil kesempatan atas kelebihannya sebagai lelaki.
Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.
Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika keluarganya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab terhadap keluarganya.
Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Dia tidak mudah melenting dan tidak panas baran.
nota kaki:slmt memilih !! :p
::lelaki IDAMAN saya::
Thursday, December 4, 2008
Ditulis oleh nur afzan`` at Thursday, December 04, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 komenan:
Post a Comment