skip to main | skip to sidebar

UIA``

UIA``

date``

time``

Salat times for Kuantan, Pahang, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Get Your Prayer Times Widget!

thank u ^_^

hit counter
free web counter

followers``

mood``

My Unkymood Punkymood (Unkymoods)

pingu``

ikan``


pusaka``

  • ► 2013 (4)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (2)
  • ► 2012 (20)
    • ► December (1)
    • ► October (1)
    • ► September (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► May (7)
    • ► March (6)
  • ► 2011 (26)
    • ► December (2)
    • ► October (12)
    • ► April (2)
    • ► February (3)
    • ► January (7)
  • ► 2010 (57)
    • ► November (1)
    • ► September (4)
    • ► August (11)
    • ► June (1)
    • ► May (3)
    • ► April (10)
    • ► March (16)
    • ► February (11)
  • ▼ 2009 (185)
    • ► November (5)
    • ► October (5)
    • ► September (6)
    • ► August (3)
    • ► July (17)
    • ► June (38)
    • ► May (46)
    • ► April (37)
    • ► March (9)
    • ► February (12)
    • ▼ January (7)
      • ::imtihan::
      • ::S.E.P.I::
      • ::bilakah masanya?? isk3::
      • ::kerana kasut 'buaya'::
      • ::asif jiddan::
      • ::kenyataan rasmi mursyid am tentang Gaza::
      • ~erti kawan~
  • ► 2008 (31)
    • ► December (28)
    • ► November (3)

tautan``

  • ISMA``
  • PEMBINA PUSAT``
  • PEMBINA JOHOR ^_^
  • PEMBINA PAHANG``
  • DR DANIAL``
  • DR ASRI``
  • USTAZ ZAHARUDDIN``

sahabat-sahabat``

  • Berbahagia dengan TakdirNYA
    best motorcycle for business in kenya Heritage sikh motor kenya liberty source
    3 years ago
  • Norhayati's Thoughts & Ideas
    You are contagious - Vanessa
    7 years ago
  • Di sebalik tabir sekeping hati...
    Be Kind to Unkind People, They Need it Most!
    8 years ago
  • OpticalIllusions...
    wannabeincestual: Mom contemplating if she should go out to...
    10 years ago
  • Memori Kehidupan, Aspirasi Sebuah Perjuangan
    Trip Musafir ke Miri, Sarawak!
    10 years ago
  • titipan mifqiah (^_^)
    Alhamdulillah..graduate!!
    10 years ago
  • ...
    Gambar Lutfi
    10 years ago
  • Ke Arah Mencapai Mardhotillah
    DIMANA LAGI TEMPAT MENGHARAP....
    11 years ago
  • HASANAH
    Persediaan Menyambut Anak - Trimester Pertama
    11 years ago
  • small cottage
    It's a boy!
    11 years ago
  • dari HATI ke HATI
    Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi
    11 years ago
  • APEXTO EFFECTS
    Abg helmi
    11 years ago
  • The_Caliph
    Al kisah viva voce
    11 years ago
  • Kisah Aku...
    Hi new life!
    11 years ago
  • apa yang aku fikirkan...
    Zahirkan Keprihatinan
    12 years ago
  • Expect the unexpected...
    Ubat
    12 years ago
  • MoMenTo SuTeRa
    Hukuman mati
    12 years ago
  • Laman Kehidupanku
    Syukur
    12 years ago
  • Cahaya Mulia ...
    S.Y.U.K.U.R
    12 years ago
  • "A tree was once a seed"
    12 years ago
  • CaHaYa_InsPiRaSi
    Tentang Dia
    13 years ago
  • sarcastic
    sudikah awak terima saya sebagai suami awak??
    13 years ago
  • Kerinduan Syurga
    Menjadi Kanak2 Lebih Indah
    13 years ago
  • ``[Time Flies]``™
    Happy Eid 1432H!
    14 years ago
  • Haza Jihady
    Pakar Audit
    15 years ago
  • Suara HATI
    Taknak baby meragam sgt?
    15 years ago
  • DUNIA PEDULISME
    BERATKAH UJIAN KITA?
    15 years ago
  • The patron is here to help you out!
    Hii!!
    15 years ago
  • aku adalah aku,
    kembara dakwah ke Laos dan Thailand...
    15 years ago
  • setitis tinta
    Kenangan Terindah Part II
    15 years ago
  • ~ Nur malam ~
    Selamat...
    15 years ago
  • jalan mujahadah
    ::lilin seorang murabbi::
    17 years ago
  • ~ Life's Anecdote ~
  • *____eiZaZsaJiDa_____ *
  • .:: | Hikayat Si Janggut Perang | ::.
  • ❁ نُورٌ عَلَى نُورٍ ❁
  • Enjoy Cooking
  • sugar 2 spice
  • Messages From The Heart
  • My Own Newspaper ^_^ ~ - Home
  • ~incepti0n of my life~
  • M.Y S.E.C.R.E.T R.E.C.I.P.E
  • h a f i z d a s a r . c o m
  • Bicara Minda Luahan Hati
  • A Little Reminder..
  • Menyingkap Tirai Rahsia
  • .::WaSsUp??::.
  • dhuhasakeenah2

release tension``


To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!



ni ala taichi sikit la…

sebagai intro dan warming up..



tiru la macam ni…

untuk melegakan bahu dan leher..



wa..wa..aaa



gerak kekanan kemudian ke kiri..



gerak ke kiri kemudian ke kanan



ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..



tepuk kuat kuat kat dahi..

ni untuk hilang mengantuk..



dah tu buat gerakan tangan dan badan…

buat macam happy aje..



kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…

buat macam takde masalah…



buat secara agresif pula…

jangan peduli apa orang lain kata..




hilangkan semua stress…



pusingkan kepala…



tengok muka kat cermin

sambil goyang2.. lawa tak…



akhir sekali

buat joget kucing…


--------------


kalau tak hilang juga stress tu
ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..


Sekian~

traffic``

life``

Allah did not promise that life would be easy,but He promised that He will be by our side,in every step we take...to support and help us...as long as we are in His path...seeking and hoping...dying to gain His love and mercy....

::kenyataan rasmi mursyid am tentang Gaza::

Sunday, January 11, 2009


sumber: pak uteh(JIM)

Dengan nama Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan mereka yang berwala' kepadanya (Wala' - tempat kecintaan, rujukan dsb. - pent.)..Firman Allah swt bermaksud, "Allah menetapkan, 'Sungguh Aku akan memenangkan (agama) Aku dan Rasul-rasulKu. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa" (Al-Mujadalah: 21). "Sesungguhnya Kami akan memenangkan Rasul-rasul Kami dalam kehidupan di dunia dan di hari dibangkitkan saksi-saksi" (Ghafir:51). Sabda Rasulullah saw bermaksud, "Akan terus dari umatku mereka yang terang-terang atas kebenaran. Tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang memusuhi mereka sehingga datang ketetapan Allah, sedang mereka dalam keadaan sedemikian'. Sahabat bertanya, 'Di manakah mereka'. Rasulullah saw menjawab, 'Mereka di Jerusalem dan di sekeliling Jerusalem (Palestin).
"Wahai pendokong Dakwah ini ! Wahai mereka yang bersiap siaga di Palestin ! Wahai mereka yang di kepung di Gaza dan di Al-Khalil (Hebron) !
Setiap fasa ada kemenangan. Bila semakin sengit kezaliman dan kuat kepungan yang zalim dan semakin kuat cengkaman musuh dari kalangan bangsa sendiri terhadap pejuang-pejuang Islam, maka kezaliman sanak saudara lebih perit dirasakan ke atas jiwa kita, maka sesungguhnya kemenangan di fasa itu adalah berpegang teguh dengan Prinsip, tidak mengalah untuk mendapatkan Hak-hak, membuat persiapan untuk fasa berikutnya. Kemenangan itu juga adalah kita menang mengatasi jiwa agar tidak menjadi lemah, azam tidak mengendur, bisikan Syaitan dan perbuatan orang-orang munafik.
Imam Al-Banna berkata tentang erti Tsabat, 'Berterusan akh itu bekerja dan berjihad di jalan mencapai matlamatnya, walau sepanjang mana tempoh dan silih berganti tahun demi tahun, hingga dia bertemu Allah dalam keadaan demikian dan dia telah menang dengan mendapat salah satu dari dua Kebaikan, samada Matlamat tersebut atau Mati Syahid di penghujungnya. Firman Allah swt bermaksud, "Dari kalangan orang-orang beriman terdapat mereka yang benar janji mereka kepada Allah. Dari kalangan mereka ada yang telah Syahid. Dan sebahagian lagi masih menunggu dan mereka tidak menrubah sedikitpun janji mereka itu" (Al-Ahzab:23) . Pada kita, waktu adalah sebahagian dari rawatan (penyakit diri dan umat ini). Jalan ini panjang tempohnya, jauh fasa-fasanya, banyak halangan-halanganny a, akan tetapi itulah satu-satunya Jalan yang mnyampaikan kepada apa yang dituju, disamping beroleh pulangan yang besar dan pahala yang indah.
Ya, wahai pendokong Dakwah di Palestin, bahkan dengarlah wahai semua penduduk dunia ini !
Bukan resolusi-resolusi Persidangan Anapolis atau PBB, bukan juga sidang-sidang damai bersiri demi siri, bukan juga janji-janji palsu dan ancaman yang berterusan. Buka semua itu atau seumpamanya yang akan mengembalikan hak-hak dan menamatkan Penjajahan.
Hak-hak kita akan dikembalikan, musuh-musuh kita akan terpaksa mendengar permintaan kita hingga mereka keluar dari negeri kita atau duduk dalam sidang yang serius yang boleh mewajibkan mereka mengembalikan hak-hak kita, hanyalah melalui Penentangan semata-mata, Jihad yang berterusan, berpegang teguh dengan Prinsip-prinsip, perpaduan dalam tanahair, menghidupkan ruh Penentangan dan perasaan yang tinggi, cinta kepada Syahid di jalan Allah dan tidak takut kepada mati.
Wahai para mujahid Gerakan HAMAS,
Sesungguhnya kamu telah menyambut panji-panji Jihad Penentangan terhadap Penjajahan dari generasi terdahulu. Kami telah mengibarkan panji-panji "Syahid atau Menang". Kamu telah menyumbang para Syuhadak demi para Syuhadak yang diberkati. Betapa pemurahnya kamu menyumbangkan ribuan yang disumbat ke dalam penjara, ribuan yang menjadi luka dan cacat, ribuan janda dan anak yatim. Apabila perasaan lemah dan Wahan (cinta dunia dan takut mati – Hadis) menyelinap masuk ke dalam jiwa orang-orang yang terdahulu dari kamu di jalan Penentangan ini (mereka dulunya berjuang, kini bersekongkol dengan Amerika dan Israel – pent.), kini kamu wahai HAMAS, sehingga ke saat ini, menjadi batu pejal yang menghempap yang memusnahkan angan-angan Penceroboh, Perampas tanah dan Penjajah. Sejak 20 tahun lalu, gerakan mu tersebar di seluruh Gaza yang diberkati, Tebing Barat yang dipenuhi Jihad dan di pelusuk Palestin, dengan mengangkat panji-panji Intifadhah (kebangkitan) bersama-sama mereka yang bangkit, dan panji-panji Penentangan bersama-sama mereka yang menentang. Kamu dapat memastikan kesemua kumpulan di Palestin bernaung di bawah panji-panji Jihad dan bertarung dengan Musuh yang jahat lagi kotor, yang berusaha sepenuh tenaga untuk memecahkan kesatuan barisan rakyat Palestin. Malangnya musuh berjaya dalam banyak aspek di mana di kalangan sebahagian pemimpin Palestin ada yang menyifatkan usaha-usaha Penentangan sebagai sia-sia, Jihad dengan gambaran yang jelek yang Musuh-musuh sendiri tak tergamak untuk menyebutnya.
Ya, musuh telah berjaya membunuh simbol perjuangan Palestin, Yasser Arafat dengan menggunakan racun oleh orang-orang yang rapat dengan beliau supaya kumpulan lain yang disukai oleh musuh pula menguasai medan melalui segala bentuk godaan, ancaman, janji manis dan amaran sehingga kepungan yang zalim ini dapat berjalan dengan kerjasama kumpulan tersebut yang membantu menyiksa umatnya dan menghukun rakyatnya sendiri.
Wahai para Mujahideen HAMAS,
Telah berlalu hari-hari yang perit, dan kamu telah bertahan teguh dengan sebenar-benarnya. Penentang dan ketahanan kamu bersama dengan para penentang, mujahideen dan seluruh pelusuk dunia, telah memberikan kesan dalam menamatkan tempoh pedih dalam sejarah dunia dan Amerika yang dikuasai oleh kumpulan perampok dan orang-orang jahil ditampuk pimpinan Amerika dan antarabangsa sehingga membawa kepada kehancuran dan kerugian. Di penghujung tempoh kumpulan ini dibawah kepimpinan George Bush II, tersebar dari pusat-pusat penyelidikan terhadap jenayah-jenayah mereka terhadap kemanusiaan. Adakah di dunia ini siapa yang akan mengadili mereka di Mahkamah Jenayah Antarabangsa, setelah mereka dihukum di Pilihanraya Amerika, supaya ianya tidak berulang di masa akan datang? Jutaan manusia terbunuh, jutaan tercedera, penyiksaan yang mengerikan, tawanan rahsia, penjara rahsia dan belum lagi penggelapan ratusan bilion dolar, mensia-siakan usaha tenaga perusahan dan perniagaan serta kekayaan di peringkat antarabangsa!
Sesungguhnya tempoh perit dalam sejarah dunia juga tamat bermula di zaman Presiden Reagan. Kini dunia bersedia pula untuk masuk ke fasa baru. Umat Arab dan Islam mestilah mempunyai peranan dan tempat akan tetapi titik permulaannya ialah kita mesti merubah apa yang ada dalam jiwa kita, kemudian kita mendapatkan semula kebebasan dan hak menentu halatuju. Kita hendaklah memiliki kemahuan yang bebas dari sebarang belenggu selain dari ikatan berpegang dengan arahan Allah dan Syariat Islam.
Wahai mereka yang bersiap siaga di Bait Maqdis (Jerusalem) dan di sekeliling Bait Maqdis,
Sesungguhnya kamu bukan sahaja mempertahankan bumi dan tempat suci kamu semata-mata, bahkan kamu mempertahankan maruah umat Arab dan umat Islam seluruhnya, juga mempertahankan tempat-tempat suci umat Islam dan Kristian. Bahkan saya tidak berlebih-lebih bila mengatakan bahawa sesungguhnya kamu mempertahankan nilai kebebasan, kemuliaan dan persamaan demi kemanusiaan seluruhnya, berdepan dengan apartheid, kebencian, pembezaan, pencerobohan yang lahir dari falsafah Sekular yang dihasilkan di kurun lalu oleh benih Nazi, Komunis, Atheis yang dieksploitasikan oleh Apartheid dan Zionis. Zaman sebahagian mereka telah berlalu dan dengan izin Allah dan bantuan mereka yang mulia dan merdeka, akan mengalahkan Zionis, Apartheid dan Atheis.
Sesungguhnya Islam yang agung yang kamu kibarkan panji-panjinya, tidak mengenali perbezaan warna kulit, bahkan ia adalah agama persamaan dan toleransi, tidak membawa apartheid yang sangat dibenci manusia. Bahkan Islam ini adalah apa yang disabdakan Rasulullah saw bermaksud, 'Setiap kamu adalah dari Adam, dan Adam adalah dari tanah".
Kepada Umat Arab dan Islam,

Janganlah kamu diperolok dan diperdayakan oleh kempen hitam dan media yang punah diperlakukan sekehendak Syaitan. Mereka memerangi tanpa henti bersama dalam barisan musuh-musuh umat Islam. Dengarlah suara hati nurani kamu yang tidak boleh menerima tindakan berdiam diri tanpa menolong pihak yang benar, saudara mara kamu di dalam kemanusiaan, agama dan Arab. Mereka dikepung oleh semua pihak agar memaksa mereka untuk tunduk menyerah diri kepada ketamakan musuh dan perancangan Zionis.
Wahai pemimpin dan kerajaan Arab,
Tiba masa kamu harus sedar dari lamunan, dan mengambil pendirian yang sebenar-benarnya. Kembalilah menilai pendirian dan strategi politik kamu sejak berdekad-dekad lalu. Bukalah lembaran baru bersama-sama rakyat kamu demi mencapai kemuliaan dan keagungan buat umat ini.
Kepada kamu wahai Mujahideen, wahai mereka yang berada di medan batalion Syuhadak di Gaza Intifadah, Gaza yang dijajah, Gaza yang dibebaskan, Gaza yang diberkati …
Bergantunglah kamu kepada Allah swt. Yakinlah terhadap kemenangan dan pertolonganNya. Ikhlaskanlah wajah kamu hanya kepada Nya semata-mata. Ketahuilah bahawa Kemenangan itu datang bersama Kesabaran. Kesatuan barisan dalam rakyat Palestin adalah mesti demi mencapai kemenangan. Bersabarlah terhadap pembangkang kamu. Tanggunglah kesakitan yang dilakukan oleh mereka yang sebangsa dengan kamu. Haapkanlah senjata kamu ke arah musuh sahaja semata-mata dan ke arah dada-dada Zionis yang menjajah.


Dengarlah seruan Ilahi dari tujuh petala langit bermaksud, "Wahai orang-orang beriman, bersabarlah, kuatkanlah kesabaranmu, bersiap siagalah dan bertaqwalah mudah-mudahan kamu berjaya" (Ali Imran:200).

Allahu Akbar, walillahi Hamd.

Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan para Sahabat.Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.------------ --------- --------- -

Ustaz Mahdi Akef,Mursyid Am Ikhwan Muslimin,Kaherah.

Ditulis oleh nur afzan`` at Sunday, January 11, 2009  

0 komenan:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License