dah lama jugak aku tak menulis. jauh di sudut hati ada rasa kerugian, kerana setiap rencana dan episod kehidupan itu ada nilainya. tapi kadang-kadang diri terasa gusar untuk menulis. apakah menulis hanya saja-saja? suka-suka? tentang diri sendiri sahaja? untuk tatapan diri sendiri? aku masih mencari, erti hidup pada menulis. ertinya pada expression. apakah hanya meluah yang tak terluah?
berbalik pada kisah hari ni. macam-macam jenis blog. dari seorang pemuda berjiwa islam, yang punya misi dan visi dalam hidupnya. prinsip yang teguh untuk diperjuangkan dalam hayatnya. kemudian beralih kepada blog parenting. aku baca pengalaman-pengalaman ibu-ibu muda yang menceritakan pengalaman mereka mendidik anak-anak. membuka minda ku. apakah aku sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu kelak? apa yang telah aku sediakan untuk impian itu. impian yang memenuhi syarat hadis nabi bahawa hanya anak soleh dan solehah saja yang akan dapat 'menolong' tika di alam akhir sana. dari blog yang jelas punya fikrah islami, dan juga blog seorang ibu juga, yang tak kurang hebatnya walau fikrah islami itu kurang sedikit tapi mesej-mesejnya masih segalanya baik belaka.
tulisan kali ni lebih kepada refleksi diri sendiri. pengalaman itu bukankah berharga? aku jumpa macam-macam jenis orang dalam hidup. ada yang serius dengan kehidupan, ada jugak yang main-main. bersuka ria hampir setiap masa. kadang-kadang aku takut aku tenggelam sama. tenggelam punca. teman, aku rindukan kamu. saatnya kita bersama baru ku sedar betapa berharganya andai kau di sisi. saat kita bertazkirah bersama-sama. berbicara tentang TUhan kita, kebesaran dan keagungan-Nya. bercerita tentang cita-cita dan harapan kita. cerita suka duka kehidupan. kau sahabat, kau teman. ku doakan kau sentiasa menemui jalan kebaikan dalam hidupmu.
suatu luahan dari sudut hati. dan mahu disimpulkan. apa yang aku dapat seharian ni? aku mulakan hari dengan mencari kelebihan solat dhuha. dan aku dapati terlalu banyak kelebihannya. dan saat mencari, aku terjumpa satu hadis. sebaik-baik manusia adalah orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain. manfaat. itulah perkara yang dititiberatkan. apakah perkara yang aku buat ni semua bermanfaat? boleh jadi ya dan tidak. dan aku mahukan ia bermanfaat dan tidak sia-sia. aku mahu buktikan, ia tidak sia-sia.



1 komenan:
salam,
Jika sudi, boleh kongsi bersama link2 blog yg awk ceritakan dlm posting ini. sy teringin nk membaca sama krn tertarik dgn isi kandungan yg awk gambarkan.. trima kasih..
Post a Comment