redup, sayup, jauh membayang
antara dia dan aku
bezanya bukan pada waktu
antara dia dan aku
bezanya antara rindu
antara dia dan aku
bezanya pada transisi cinta yang kudus
walau ada hari yang mendung
namun jangan biar ia selamanya luput sinarnya
kembalilah mencari cahaya
aku tidak semulia dia
aku masih mencari Dia
aku belum mengenali Dia
ku perlu pemangkin menggapai cinta-Nya
ku perlukan sayap untuk terbang kepadaNya
terimalah aku seadanya
aku hanyalah insan biasa
bukan sempurna
kerana aku bukanlah diri mereka
ربنا هب لنا من أزواجنا وزريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما
8.05pm
Mahallah Talhah
Kuantan,Pahang

