Ku pandang sekeliling,hari telah gelap.Selimut malam telah menyelimuti hari dan menghantar sang mentari ke tempat peraduan.Bintang-bintang sudah mula menampakkan diri dengan kerlipannya yang indah,seakan tersenyum padaku.Sang cengkerik sudah mula memecah kesunyian malamApa khabar imanku hari ini??entahlah..satu persoalan yang aku sendiri tidak pasti jawapannya..
Tidak terasa 6 minggu sudah berlalu,membuktikan bahawa semester pendek aku di UIA akan berakhir tidak lama lagi.Aku masih punya baki 6 hari lagi untuk menghadapi peperiksaan akhir bagi semester ini.Entahkan sempat atau tidak aku membuat ulangkaji bagi kedua-dua subjek yang aku ambil..hemm..aku berharap,dan terus berharap dan berdoa agar segalanya dipermudahkan..amenn..T_T
Tidak biasa aku menghampiri malam seperti ini.Sunyi.Sepi.Otakku seakan tidak berfungsi.Terasa seperti neuron-neuronku seakan mati.Ya!!Mati!!Aku ingin berkongsi sesuatu bersama sahabat-sahabat,tapi aku tidak tahu harus mulakan dari mana.Ahh..Perit..perit..sungguh perit..
Ya Rabbi,hati ini tidak tenang.Tidak tenang sama sekali.Di saat aku menghayati terjemahan surah Al-Baqarah,bisa saja air mata ini gugur sekali lagi.Mengapa aku terlalu lemah dengan seorang lelaki??Seharusnya aku berlapang dada dengan apa yang di katakan..Ahh..kalian tidak faham bukan??sungguh,aku sendiri tidak faham apa yang sedang berlaku..mana mungkin aku membawa kalian bersama merasainya bukan??
Allah did not promise that life would be easy,
but He promised that He will be by our side,
in every step we take...
to support and help us...
as long as we are in His path...
seeking and hoping...
dying to gain His love and mercy... 
Ya Ilahi,andai ini sebahagian daripada keadilanMu,akan aku redha.Moga sinar kebahagiaan menanti aku esok amenn..
::6 days to go::
Tuesday, June 16, 2009
Ditulis oleh nur afzan`` at Tuesday, June 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


3 komenan:
mengapa perlu lemah dengan seorang lelaki..yang tiada kaitan dengan awak pun...kenapa datang perasaan lemah tu? cuba check balik apa yang tak kena...
yelahhhh~~~
biasalh tu asma' bila syaitan main peranan kan..
pepun afzan, muhasabah diri kita selalu, jgn biar syaitan melonjak kegirangan.
Post a Comment