skip to main | skip to sidebar

UIA``

UIA``

date``

time``

Salat times for Kuantan, Pahang, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Get Your Prayer Times Widget!

thank u ^_^

hit counter
free web counter

followers``

mood``

My Unkymood Punkymood (Unkymoods)

pingu``

ikan``


pusaka``

  • ► 2013 (4)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (2)
  • ► 2012 (20)
    • ► December (1)
    • ► October (1)
    • ► September (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► May (7)
    • ► March (6)
  • ► 2011 (26)
    • ► December (2)
    • ► October (12)
    • ► April (2)
    • ► February (3)
    • ► January (7)
  • ► 2010 (57)
    • ► November (1)
    • ► September (4)
    • ► August (11)
    • ► June (1)
    • ► May (3)
    • ► April (10)
    • ► March (16)
    • ► February (11)
  • ▼ 2009 (185)
    • ► November (5)
    • ► October (5)
    • ► September (6)
    • ► August (3)
    • ▼ July (17)
      • ::lukisan alam::
      • ::seorang lagi 'pergi'::
      • ::malu::
      • ::busy::
      • ::gaya penulisan vs peribadi::
      • ::gaya penulisan melambangkan identiti seseorang??::
      • ::bakti siswa UIAM::
      • ::aku cuma sukakan..::
      • ::coretan seorang sahabat buat bakal suami::
      • ::GOD tells you..::
      • ::laskar pelangi::
      • ::perginya tiada ganti::
      • ::mengemis kasih::
      • ::perginya dua mujahid ALLAH::
      • ::they..::
      • ::horrible,terrible,guilty::
      • ::revolution::
    • ► June (38)
    • ► May (46)
    • ► April (37)
    • ► March (9)
    • ► February (12)
    • ► January (7)
  • ► 2008 (31)
    • ► December (28)
    • ► November (3)

tautan``

  • ISMA``
  • PEMBINA PUSAT``
  • PEMBINA JOHOR ^_^
  • PEMBINA PAHANG``
  • DR DANIAL``
  • DR ASRI``
  • USTAZ ZAHARUDDIN``

sahabat-sahabat``

  • Berbahagia dengan TakdirNYA
    best motorcycle for business in kenya Heritage sikh motor kenya liberty source
    3 years ago
  • Norhayati's Thoughts & Ideas
    You are contagious - Vanessa
    7 years ago
  • Di sebalik tabir sekeping hati...
    Be Kind to Unkind People, They Need it Most!
    8 years ago
  • OpticalIllusions...
    wannabeincestual: Mom contemplating if she should go out to...
    10 years ago
  • Memori Kehidupan, Aspirasi Sebuah Perjuangan
    Trip Musafir ke Miri, Sarawak!
    10 years ago
  • titipan mifqiah (^_^)
    Alhamdulillah..graduate!!
    10 years ago
  • ...
    Gambar Lutfi
    10 years ago
  • Ke Arah Mencapai Mardhotillah
    DIMANA LAGI TEMPAT MENGHARAP....
    11 years ago
  • HASANAH
    Persediaan Menyambut Anak - Trimester Pertama
    11 years ago
  • small cottage
    It's a boy!
    11 years ago
  • dari HATI ke HATI
    Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi
    11 years ago
  • APEXTO EFFECTS
    Abg helmi
    11 years ago
  • The_Caliph
    Al kisah viva voce
    11 years ago
  • Kisah Aku...
    Hi new life!
    11 years ago
  • apa yang aku fikirkan...
    Zahirkan Keprihatinan
    12 years ago
  • Expect the unexpected...
    Ubat
    12 years ago
  • MoMenTo SuTeRa
    Hukuman mati
    12 years ago
  • Laman Kehidupanku
    Syukur
    12 years ago
  • Cahaya Mulia ...
    S.Y.U.K.U.R
    12 years ago
  • "A tree was once a seed"
    12 years ago
  • CaHaYa_InsPiRaSi
    Tentang Dia
    13 years ago
  • sarcastic
    sudikah awak terima saya sebagai suami awak??
    13 years ago
  • Kerinduan Syurga
    Menjadi Kanak2 Lebih Indah
    13 years ago
  • ``[Time Flies]``™
    Happy Eid 1432H!
    14 years ago
  • Haza Jihady
    Pakar Audit
    15 years ago
  • Suara HATI
    Taknak baby meragam sgt?
    15 years ago
  • DUNIA PEDULISME
    BERATKAH UJIAN KITA?
    15 years ago
  • The patron is here to help you out!
    Hii!!
    15 years ago
  • aku adalah aku,
    kembara dakwah ke Laos dan Thailand...
    15 years ago
  • setitis tinta
    Kenangan Terindah Part II
    15 years ago
  • ~ Nur malam ~
    Selamat...
    15 years ago
  • jalan mujahadah
    ::lilin seorang murabbi::
    17 years ago
  • ~ Life's Anecdote ~
  • *____eiZaZsaJiDa_____ *
  • .:: | Hikayat Si Janggut Perang | ::.
  • ❁ نُورٌ عَلَى نُورٍ ❁
  • Enjoy Cooking
  • sugar 2 spice
  • Messages From The Heart
  • My Own Newspaper ^_^ ~ - Home
  • ~incepti0n of my life~
  • M.Y S.E.C.R.E.T R.E.C.I.P.E
  • h a f i z d a s a r . c o m
  • Bicara Minda Luahan Hati
  • A Little Reminder..
  • Menyingkap Tirai Rahsia
  • .::WaSsUp??::.
  • dhuhasakeenah2

release tension``


To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!



ni ala taichi sikit la…

sebagai intro dan warming up..



tiru la macam ni…

untuk melegakan bahu dan leher..



wa..wa..aaa



gerak kekanan kemudian ke kiri..



gerak ke kiri kemudian ke kanan



ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..



tepuk kuat kuat kat dahi..

ni untuk hilang mengantuk..



dah tu buat gerakan tangan dan badan…

buat macam happy aje..



kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…

buat macam takde masalah…



buat secara agresif pula…

jangan peduli apa orang lain kata..




hilangkan semua stress…



pusingkan kepala…



tengok muka kat cermin

sambil goyang2.. lawa tak…



akhir sekali

buat joget kucing…


--------------


kalau tak hilang juga stress tu
ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..


Sekian~

traffic``

life``

Allah did not promise that life would be easy,but He promised that He will be by our side,in every step we take...to support and help us...as long as we are in His path...seeking and hoping...dying to gain His love and mercy....

::gaya penulisan vs peribadi::

Friday, July 24, 2009


assalamualaykum..
entry ini di copy paste dari salah sebuah blog..moga dapat memberi manfaat dan ibrah kepada kita,insyallah ^_^
*******************************************
Saya membuka sebuah lama blog pengunjung blog saya. Ada suatu kelainan yang membuatkan saya tersekat untuk membaca isi- isi tulisan dalam blog tersebut. Entah bagaimana , lidah saya seakan meluncur laju memuji-muji blog tersebut. Sekadar kagum.

” Ha Izzah, kebetulan suka blogging kan. erm.. macam mana kita nak tau orang tu macam apa yang dia tulis?”

Ah, rupanya ada mata dan ada telinga yang mendengar monolog kecil saya. Suasana dalam ’Office Law Society agak sunyi. Hanya tinggal kami berdua. Untuk soalan itu saya sedikit terdiam. Bukan tiada jawapan, tetapi sedang mencari jawapan. Memang ianya pernah terlintas dalam fikiran saya. Apakah pemilik blog itu seperti apa yang ditulisnya. Kalau ya, bagaimana kita hendak tahu?
Bingung juga. Perlukah untuk kita tahu apa sebenarnya ‘akhlak’ pemilik blog untuk dibandingkan dengan tulisannya? Begini. Saya memandang dari dua sudut. Pertama, dari kaca mata seorang pembaca blog, akan apa yang sepatutnya dia harus fikirkan. Kedua, dari kaca mata penulis dan pemilik tersebut, akan apa liabilti yang akan ditanggungmya. Ianya harus berbeza!Baiklah. Saya cuba menyusun pandangan. Tapi ia bukan dalil qat’i. sekadar zonni dari seorang ‘saya’ yang bukan mujtahid.
.......LIHATLAH APA YANG DIKATA…….
jangan lihat orang yang berkata. Itu prinsip saya apabila menjadi pembaca blog. Lihatlah apa yang dikata atau ditulisnya, usah lihat orang yang berkata atau orang yang menulis. Ya, memang benar, pernah juga saya ’terserempak’ dengan pemilik-pemilik blog’ yang tidak berakhlak seperti apa yang ditulisnya. Tidak perlu pergi jauh, walau saya sendiri juga bukanlah yang sempurna seperti apa yang saya tintakan di blog saya. Ah, manusia, keterlupaan dan tidak perasan itu menyebabkan hilang kepercayaan orang pada apa yang kita tulis.
Namun harus ingat duhai pembaca blog! Jika setiap kali kita ’set mind’ untuk melihat siapakah penulis blog ketika membaca blog seseorang, mungkin anda tidak akan dapat mereguk hikmah apa ilmu yang diperturunkan di blognya. Apatahlagi, jika kita memang kenal ’siapa sebenarnya’ penulis blog tersebut. Atau sekiranya kita tidak pernah mengenalinya, namun frasa :” Ah, macamlah orangnya macam apa yang ditulis. Tulisan saja lebih selalunya”akan membataskan penerimaan kita terhadap apa yang ditulis seseorang.Percayalah! Ada juga mereka yang berfikiran begini. Dalam minda mereka sudah mereka pakukan frasa ini sehingga tidak tertanggal-tanggal. Sehinggalah mungkin mereka bertemu sendiri pemilik blog yang benar-benar seperti apa yang ditulisnya. Tetapi, yang fitrah tetap fitrah bukan. Bagi saya, ada satu petanda untuk kita rasai ’akhlak’ sebuah tulisan yang terbias daripada akhlak penulisnya.Hanya tulisan yang ’ber’ iman akan menyentuh iman. Jika kalian membaca dengan hati, kalian pasti merasakannya. Jika sekadar membaca dengan mata, mungkin ia dirasakan sekali lalu dan tiada apa-apa. insyaAllah, berkat sebuah tulisan itu datangnya dari berkat Allah kepada penulisnya.
Simptomnya adalah, mungkin ada mata yang bergenang ketika membaca tulisan tersebut, mungkin ada jiwa yang bergetar saat mengikuti baris-baris tulisannya, mungkin juga sentuhan tulisan penulis tersebut bisa membuat seseorang berubah kepada yang lebih baik. Itulah barakah yang terfitrah dari tulisannya.
....KALIAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN.......
wahai penulis blog. Ini amarannya untuk saya. Saya akan mengulang lagi bagaimana akhlak penulis blog akan terbias kepada tulisannya. Andai kita menulis dengan iman, maka iman itu akan mengalir pada segenap baris-baris ayat yang kita tintakan. Iman tidak boleh ditipu. Bukan kuasa kita meletakkan iman itu pada sebuah tulisan. Tetapi ia akan hadir dengan apa yang telah ada dalam hati. Tulisan yang ’ber’iman itulah yang akan menyentuh iman yang lain. Itulah sebuah tulisan yang ’berakhlak’. Yang menghidupkan iman yang lain.

Kadang-kadang, kita ini bersungguh-sungguh menulis. Mencari bait-bait kata yang dapat menyentuh jiwa. Menghampar dalil-dalil sebagai penyokong hujah. Tulisannya tidak kurang panjang juga. Ada juga antara penulis blog ini punya motto ’madah-madah islami’ sebagai trademark setiap tulisannya. Gayanya seperti seorang yang sangat islamis. Tetapi, hanya kerana tiada keberkatan pada tulisannya, yang sebenarnya jika diamati punya seni tulisan yang sangat baik, tulisannya bagai terasa kontang dan kering. Hanya sekadar ilmu yang menyapa seperti angin lalu, kemudian pergi begitu sahaja.Hukumannya tidak tertangguh. Penulis yang berlagak baik dengan tulisannya, tidak sukar untuk Allah untuk membongkarkan apa akhlak sebenarnya. Ini kerana, apa yang kita tuliskan punya liabiliti. Bukan senang-senang hendak tulis. Bukan seronok-seronok ada blog sendiri. Dalam islam tiada apa yang main-main. Semuanya harus serius. Satu dua ayat yang ditulis pasti masuk akaun. Ya, kita tidak sempurna.
Kadang-kadang kita terlupa apa yang kita sudah tuliskan sehingga ia menjadi fitnah pada diri sendiri.Tetapi, setelah itu harus lebih hati-hati. Lebih perhatikan akhlak yang dibawa. Apatahlagi, ramai yang mengenali anda sebagai penulis blog. Bukan setakat satu blog, ada juga yang menulis di laman blog-blog popular yang lain. Lihat! Tanggungan kita begitu berat. Rujuk sendiri Surah As-Saff : 2. ayat itu saya tujukan untuk diri saya. Kalau kita tulis tentang ikhtilat, harus buktikan dengan iman! Kalau kita kata tentang bahaya lidah, harus buktikan juga dengan iman! Kalau kita katakan tentang infak, harus buktikan dengan iman! Apatahlagi kalau kita hebat menulis tentang dakwah, itu kerja para nabi. Lebih-lebih lagi wajib kita buktikan dengan iman.
Tetapi hendak buktikan bagaimana? Kita sendiri tahu apa yang kita lakukan. Kita boleh menipu pembaca, tetapi kita tidak boleh menipu diri sendiri. Apatahlagi Allah. Banyak antara kita ini mahu membuktikan yang kita ini baik di hadapan manusia. Padahal terlupa pula hendak buktikan ‘baik’ di depan Allah yang bahkan setiap perkatan yang terdetik hati dapat dibacaNya. Apalagi kalau akhlak yang kita cuba sembunyikan.

Jadi sekarang apa yang kita harus lakukan wahai penulis blog? Sekarang, sila buka dan baca kembali entri-entri yang ditulis. Buat check and balance tentang akhlak yang dibawa samada sejajar dengan apa yang ditulis. Jangan delete entri tersebut jika dirasakan bertentangan dengan peribadi kita! Jadikan tulisan kita sebagai Reminder untuk lebih menjaga akhlak. Juga sebagai motivasi untuk lebih perbaiki diri. Ingat, jika kita mahu tulisan kita terkesan oleh pembaca, kita harus memberi kesan dengan iman yang sentiasa ditingkatkan .


Ditulis oleh nur afzan`` at Friday, July 24, 2009  

4 komenan:

Syahida _Masri said...

suke baca post enti yg nih...
betul2...sokong2 ape yg enti katakan..
boleh ana knal enti dgn lebih mndalam?

Friday, August 14, 2009  
nur afzan`` said...

salam..sila2..salam ukhuwah.. :)

Tuesday, September 08, 2009  
Syahida _Masri said...

dah lama x jenguk blog nih...
ok2, ana nk ym enti boleh??

Saturday, September 12, 2009  
nur afzan`` said...

buleh2..insyallah.. :)
afzan_an

Saturday, September 12, 2009  

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License