skip to main | skip to sidebar

UIA``

UIA``

date``

time``

Salat times for Kuantan, Pahang, Malaysia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Get Your Prayer Times Widget!

thank u ^_^

hit counter
free web counter

followers``

mood``

My Unkymood Punkymood (Unkymoods)

pingu``

ikan``


pusaka``

  • ▼ 2013 (4)
    • ▼ March (1)
      • I miss my childhood days``
    • ► February (1)
    • ► January (2)
  • ► 2012 (20)
    • ► December (1)
    • ► October (1)
    • ► September (2)
    • ► July (1)
    • ► June (2)
    • ► May (7)
    • ► March (6)
  • ► 2011 (26)
    • ► December (2)
    • ► October (12)
    • ► April (2)
    • ► February (3)
    • ► January (7)
  • ► 2010 (57)
    • ► November (1)
    • ► September (4)
    • ► August (11)
    • ► June (1)
    • ► May (3)
    • ► April (10)
    • ► March (16)
    • ► February (11)
  • ► 2009 (185)
    • ► November (5)
    • ► October (5)
    • ► September (6)
    • ► August (3)
    • ► July (17)
    • ► June (38)
    • ► May (46)
    • ► April (37)
    • ► March (9)
    • ► February (12)
    • ► January (7)
  • ► 2008 (31)
    • ► December (28)
    • ► November (3)

tautan``

  • ISMA``
  • PEMBINA PUSAT``
  • PEMBINA JOHOR ^_^
  • PEMBINA PAHANG``
  • DR DANIAL``
  • DR ASRI``
  • USTAZ ZAHARUDDIN``

sahabat-sahabat``

  • Berbahagia dengan TakdirNYA
    best motorcycle for business in kenya Heritage sikh motor kenya liberty source
    3 years ago
  • Norhayati's Thoughts & Ideas
    You are contagious - Vanessa
    8 years ago
  • Di sebalik tabir sekeping hati...
    Be Kind to Unkind People, They Need it Most!
    8 years ago
  • OpticalIllusions...
    wannabeincestual: Mom contemplating if she should go out to...
    10 years ago
  • Memori Kehidupan, Aspirasi Sebuah Perjuangan
    Trip Musafir ke Miri, Sarawak!
    10 years ago
  • titipan mifqiah (^_^)
    Alhamdulillah..graduate!!
    10 years ago
  • ...
    Gambar Lutfi
    11 years ago
  • Ke Arah Mencapai Mardhotillah
    DIMANA LAGI TEMPAT MENGHARAP....
    11 years ago
  • HASANAH
    Persediaan Menyambut Anak - Trimester Pertama
    11 years ago
  • small cottage
    It's a boy!
    11 years ago
  • dari HATI ke HATI
    Yang Patut Kita Ambil Tahu 1 - Gerakan Kristianisasi
    11 years ago
  • APEXTO EFFECTS
    Abg helmi
    11 years ago
  • The_Caliph
    Al kisah viva voce
    11 years ago
  • Kisah Aku...
    Hi new life!
    12 years ago
  • apa yang aku fikirkan...
    Zahirkan Keprihatinan
    12 years ago
  • Expect the unexpected...
    Ubat
    12 years ago
  • MoMenTo SuTeRa
    Hukuman mati
    12 years ago
  • Laman Kehidupanku
    Syukur
    12 years ago
  • Cahaya Mulia ...
    S.Y.U.K.U.R
    12 years ago
  • "A tree was once a seed"
    13 years ago
  • CaHaYa_InsPiRaSi
    Tentang Dia
    13 years ago
  • sarcastic
    sudikah awak terima saya sebagai suami awak??
    13 years ago
  • Kerinduan Syurga
    Menjadi Kanak2 Lebih Indah
    13 years ago
  • ``[Time Flies]``™
    Happy Eid 1432H!
    15 years ago
  • Haza Jihady
    Pakar Audit
    15 years ago
  • Suara HATI
    Taknak baby meragam sgt?
    15 years ago
  • DUNIA PEDULISME
    BERATKAH UJIAN KITA?
    15 years ago
  • The patron is here to help you out!
    Hii!!
    15 years ago
  • aku adalah aku,
    kembara dakwah ke Laos dan Thailand...
    15 years ago
  • setitis tinta
    Kenangan Terindah Part II
    15 years ago
  • ~ Nur malam ~
    Selamat...
    15 years ago
  • jalan mujahadah
    ::lilin seorang murabbi::
    17 years ago
  • ~ Life's Anecdote ~
  • *____eiZaZsaJiDa_____ *
  • .:: | Hikayat Si Janggut Perang | ::.
  • ❁ Ù†ُورٌ عَÙ„َÙ‰ Ù†ُورٍ ❁
  • Enjoy Cooking
  • sugar 2 spice
  • Messages From The Heart
  • My Own Newspaper ^_^ ~ - Home
  • ~incepti0n of my life~
  • M.Y S.E.C.R.E.T R.E.C.I.P.E
  • h a f i z d a s a r . c o m
  • Bicara Minda Luahan Hati
  • A Little Reminder..
  • Menyingkap Tirai Rahsia
  • .::WaSsUp??::.
  • dhuhasakeenah2

release tension``


To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!



ni ala taichi sikit la…

sebagai intro dan warming up..



tiru la macam ni…

untuk melegakan bahu dan leher..



wa..wa..aaa



gerak kekanan kemudian ke kiri..



gerak ke kiri kemudian ke kanan



ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..



tepuk kuat kuat kat dahi..

ni untuk hilang mengantuk..



dah tu buat gerakan tangan dan badan…

buat macam happy aje..



kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…

buat macam takde masalah…



buat secara agresif pula…

jangan peduli apa orang lain kata..




hilangkan semua stress…



pusingkan kepala…



tengok muka kat cermin

sambil goyang2.. lawa tak…



akhir sekali

buat joget kucing…


--------------


kalau tak hilang juga stress tu
ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..


Sekian~

traffic``

life``

Allah did not promise that life would be easy,but He promised that He will be by our side,in every step we take...to support and help us...as long as we are in His path...seeking and hoping...dying to gain His love and mercy....

::muslimah dan gambar,fikirlah sendiri..::

Saturday, August 29, 2009

di kopi dari kak izzah

INTRO : SAYA KEMBALIKAN ENTRI INI KERANA PERISTIWA BERIKUT MASIH LAGI BERLELUASA. JUGA DISEBABKAN KEKANGAN MASA DAN TANGGUGJAWAB YANG TIDAK MEMBERI KESEMPATAN UNTUK MENYEDIAKAN ENTRI BARU. KADANG-KADANG ADA PERKARA YANG KITA PERLU LAKUKANNYA BERULANG-ULANG KERANA MANUSIA TIDAK CUKUP DENGAN SATU AMARAN.

Hati saya tidak senang. Saya membuka beberapa frenster para sahabat untuk melihat perkhabaran sahabat-sahabat yang merantau jauh dari tanah air. Cumanya ada beberapa frenster yang membuatkan muka saya ketat lagi kelat. Ketat kerana melihat gambar-gambar mereka yang suka-suka ditayang-tayang tanpa rasa malu atau bersalah. Saya tidaklah kisah sangat andai yang membuat tayangan itu mereka yang tidak bertudung. Mungkin belum terlintas di fikiran mereka bahawa gambar seorang wanita itu terlalulah peribadi untuk ditonton umum.apatahlgi kalau orang boleh ‘grab’ tanpa izin.

Saya menjadi kesal dan terlalu ghirah kerana ia turut mendapat sambutan wanita bertudung litup dan lebih-lebih saya kesalkan mereka yang berniqab juga turut berjinak-jinak dalam kegiatan ini. Tujuan saya menulis entri tentang ini bukan kerana ingin memalukan mereka, tetapi saya sungguh-sungguh mahu memberi kesedaran kepada mereka, (jika bukan kalian yang terlibat, berpesan-pesanlah kepada ‘golongan’ ini.) tentang rasional dan logiknya menayang gambar sendiri di website atau di internet.


Pertama, tolong tanya hati, waktu anda dengan semangatnya mencari-cari gambar sendiri dengan pose yang menggiurkan, atau pose yang memfokuskan pada bahagian muka atau mata( bagi yang berniqab) untuk diletakkan di internet, untuk apa semua itu anda lakukan? Saya pasti jawapan hanya satu. Tentunya anda mahu dilihat orang. Inilah diri anda. Yang lebih bahaya lagi, anda pasti suka dikomentar :

" comelnya awak”

“ geramnye..cantik”

“ aduhai, lawanya mata"

Setelah dikomentar begini hati berbunga-bunga riang. Kalau boleh dilihat bentuk hati, pasti sudah mengembang macam belon. Bagi kalian yang wanita, uhh, jangan dinafikan persaan ini. Saya juga wanita seperti anda. Siapa yang tidak suka dipuji? Rasa terlambung-lambung di awan bukan? Tapi awas, jika ini adalah tujuannya, ia melambangkan satu pemikiran mentah dan kurang matang anak-anak remaja yang baru hendak kenal dunia. Sedangkan umur kalian sudah di paras dewasa, bahkan dengan nilai agama yang ada, sepatutnya sudah cukup membentuk rasa malu dalam diri. Biar hanya malu untuk sekeping gambar.

Kedua, tolong tanya hati, di mana nilai diri anda? Kenapa begitu mudah menyepahkan gambar di internet untuk tatapan mata-mata yang tidak selayaknya melihat anda? Bagi yang berniqab,( maaf kerana hati saya jadi berang melihat kalian suka-suka hati pose dengan niqab yang dipakai dan difokuskan bahagian mata dengan pandangan yang menggoda), untuk apa kalian menutup muka jika asalnya ingin mengelakkan fitnah, tetapi akhirnya sampai jadi begini. Bukan setakat memberi fitnah pada diri sendiri, bahkan telah memburukkan imej wanita lain yang berniqab yang tidak terlibat dengan kegiatan kalian. Astaghfirullah. Maafkan saya jika ingin saya katakan, jika kalian masih terus begini, dipersilakan untuk tanggalkan niqab kerana fungsi niqab telah terhapus sepenuhnya!

Wanita Muslimah..Diri anda, telah Allah muliakan dan sucikan bahkan diberi darjat yang tinggi dalam Islam. Tetapi apa yang kalian telah lakukan? Memurahkan diri untuk berkongsi diri dengan mereka yang bukan muhrim walau hanya dengan gambar. Jujurnya, saya merasa ‘pelik’ dan terpaksa saya beristighfar apabila melihat gambar-gambar kalian kerana rasa ‘jelek’ telah mengotorkan hati. Tetapi apa saya boleh buat, kalian telah menjemput saya untuk berasa demikian. Logiknya memang begitu. Saya memohon, hadirkanlah walau sekelumit rasa malu untuk hal ini. Jika hati belum terasa apa-apa, timbangkanlah dengan logik, apakah harga diri yang telah kalian letakkan? Itu sahaja.

Akhir, maafkan saya. Seribu maaf andai teguran ini agak keterlaluan. Apa yang saya harapkan ada jiwa yang masih lembut untuk menilai inti tulisan saya kali ini. Wanita muslimah, saya merayu sekali lagi, sayangilah diri, cintailah diri, jangan dibiarkan diri kita menjadi bahan untuk dimaksiatkan. Lindungilah diri, jagalah diri. Diri kalian adalah milik diri sepenuhnya dan nanti akan menjadi hak seorang suami apabila disempurnakan akad. Segala kecantikan itu biarlah dijaga untuk lelaki yang nanti bergelar suami. Yang berhak segalanya atas diri kalian.....
p/s:untuk renungan diri sendiri juga..T_T

Ditulis oleh nur afzan`` at Saturday, August 29, 2009 3 komenan  

::exam sangat sukakan aku::

Mid Term Exam

2/9/2009-Microbiology
6/9/2009-Human Genetics
7/9/2009-Ethics and Fiqh In Everyday Life
8/9/2009-Physiology
11/9/2009-Anatomy(pas exam terus balik rumah,yipi..yipi... ^_^ )

Ditulis oleh nur afzan`` at Saturday, August 29, 2009 4 komenan  

::jasad::

Sunday, August 9, 2009

Salam kerinduan semua…

Agak lama saya bertapa nampaknya daripada menulis. Al-maklumlah, saya sememangnya mempunyai masa untuk melayari internet, tetapi untuk menaip ke tahap yang kritis dalam masa sesendat ini agak menyulitkan juga. Oleh kerana risau sendiri melihat blog ini yang membisu diri, saya mencuri sedikit waktu untuk bercerita.

Sahabat-sahabat..

Sebaik-baik teman, adalah jasad kita sendiri.Berhujan, berpanas; tetap bersama. diejek, dikata; tetap setia. Tersalah melukakan, tersalah menyakitkan; tetap dia. Tak pernah merajuk untuk meninggalkan. Tak pernah membantah. Tak pernah sama sekali..

Pernahkah kita terfikir bahawa, jasad kita ini akan pergi meninggalkan kita kerana katanya dia terseksa dengan kita? atau katanya kita tidak menghargainya? tak terfikirkan pun. Langsung tak terfikir. Mendengar ayat yang saya tulis ni pun buat kamu tergelak agaknya. Dan hati kamu berkata; 'mengarut!'

Tapi saya kira dia lebih layak berbuat begitu daripada pasangan kita melakukannya terhadap kita. Jika jasad kita tekad melakukan itu, dengan alasan begitu, bagaimanakah keadaan kita saat itu?

Hargai jasad kita. Layan dia seperti sebuah kereta import. Mahal. Dihantar servis setiap bulan. Dicuci setiap pagi dan petang. Bahkan diri kita lebih dari itu. Berikan makanan yang halal dah berkhasiat. Berikan rehat yang cukup. Dibersihkan zahir dan batin. Disimpan rahsianya. Dijaga kehormatannya. Muliakan dia. Kerana dia teman yang teristimewa...

Jaga diri. Kerana dirimu begitu berharga....

Ya Rahman, saat diri lokek bersedekah kumohon kaugerakkanlah hati ini untuk memberi saham akhirat.

Ya Rahiim, saat syaitan membisikkan api kebencian, kumohon supaya kau padamkan ia segera dengan sinar kasih-Mu..

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati-hati kami pada agama-Mu dan ketaatan pada-Mu..

Amiin Ya Rabbal ‘aalamiin..

Ditulis oleh nur afzan`` at Sunday, August 09, 2009 1 komenan  

::lukisan alam::

Thursday, July 30, 2009

Manusia itu tidak berada di dunia dengan tiba-tiba, tidak tumbuh bersama pokok-pokok dan makhluk aneh sebelum mereka. Sebagai manusia mereka pasti akan di duga, di beri bahagia, di acuh luka rasa kecewa, dan di beri peta. Terkadang ada bahagian yang boleh di lakar. Selalunya ada bahagian cuma di rencanakan ke hadapan mendahului masa realiti mereka, dan Dia Tuhan yang lebih menentukan..

Kehidupan ini bukanlah suatu jaminan, tetapi hanyalah satu peluang . Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.

Moga aku akan bahgia.. Moga sahabat-sahabatku juga akan bahagia.. ingatlah wahai sahabatku, aku tidak pernah menyimpan dendam walaupun ada yg berdendam denganku. Jujur aku katakan aku menyayangi sahabat-sahabatku. Moga persahabatan ini terbina dengan ikatan yg kukuh.

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan "

Ditulis oleh nur afzan`` at Thursday, July 30, 2009 0 komenan  

::seorang lagi 'pergi'::


AL-FATIHAH

buat seorang lagi sahabat saya

yang telah pergi semalam

Allahyarham Maslina
pelajar jurusan Physical Science,UIAM

moga rohnya di cucuri rahmat olehNya
amenn


p/s:siapa pula menyusul selepas ini??

Ditulis oleh nur afzan`` at Thursday, July 30, 2009 3 komenan  

::malu::

Tuesday, July 28, 2009

SIFAT malu adalah alamat dan tanda keimanan seseorang selain menyingkap nilai peribadi seseorang. Itulah juga sifat yang membezakan antara manusia dan binatang. Jika seseorang itu sedang duduk di depan orang, teman atau sesiapa saja, tiba-tiba dia terkentut kemudian dia tersipu-sipu merah padam mukanya dek kerana malu, maka sahlah orang itu ada sifat malu.
Jika ada orang terkentut di depan orang dia ketawa suka pula tak ada segan silu, itu tandanya satu benteng pertahanan peribadi tak lagi kukuh. Maaflah kerana contoh tidak berapa harmonis. Islam menjadikan sifat malu sebagai ciri utama keindahan Islam sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Malik yang bermaksud daripada Rasulullah:

“Setiap agama mempunyai budi pekerti dan budi pekerti Islam adalah sifat malu.Keimanan itu bergandingan selamanya apabila diangkat salah satu daripadanya maka terangkatlah pula yang lain.”Hadis ini menjelaskan betapa sifat malu dan beriman itu saling melengkapi. Remaja hari ini jika ada iman saja belum tentu kuat menghadapi cabaran gelombang remaja yang amat mencabar. Sifat malulah yang akan membenteng keimanan, menjaga amalan beragama, malah yang akan mempertahankan imej Islamnya.

Rasa ada Tuhan, rasa diperhati, kamera (pemerhatian) Allah dan malaikat yang mencatat membuatkan satu rasa tak dapat lari semuanya dalam tilikan Allah.Jika hanya ada sifat malu tapi iman tak ada, jadilah kita malu yang tidak bertempat. Malu bertanya, malu belajar, malu menutup aurat, malu nak solat, malu jika tak buat dosa, rasa kolot bila tak mabuk dalam majlis tertentu, malah pernah malu mengaku Muslim. Ramai pemuda dan pemudi Islam kita dah hilang rasa malu. Buat maksiat secara terang-terangan. Tak malu menagih di hadapan orang, berpeluk cium di khalayak tanpa segan silu, ponteng kelas, berpeleseran tak tentu hala.

Wanita remaja pula kadang-kadang tanpa segan silu “dibawa” ke hulu ke hilir dengan bertukar pasangan demi menagih cinta.Entah cinta apa yang dicarinya. Tak malu lagi menghisap rokok kekadang bertudung pulak tu, berpakaian dah tak terbeza lelaki atau perempuan. Ini semua akibat hilang rasa malu. Ini tak masuk lagi jenayah kolar putih (white color crime) seperti rasuah dah tak malu lagi, minta depan orang, kadang-kadang tawar menawar pulak tu.Jika baca hadis, Nabi Muhammad sangat pemalu. Abu Saeed al-Khudri pernah meriwayatkan bahawa Nabi lebih pemalu daripada perempuan yang malu. Bila hilang sifat malu terbinalah sifat-sifat yang rosak.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Apabila Allah hendak memusnah seorang hamba , maka dicabut daripadanya perasaan malu, maka ia menjadi seorang yang dibenci. Apabila dia menjadi seorang yang dibenci, maka dicabut daripadanya sifat amanah, apabila dicabut sifat amanah, ia akan menjadi seorang pengkhianat dan dikhianati, apabila dia menjadi pengkhianat dan dikhianati, akan dicabut sifat belas kasihan, bila dicabut daripadanya sifat belas kasihan, dia menjadi seorang yang dilaknati, apabila dia menjadi seorang yang dilaknati, dia akan dirungkai daripada ikatan Islam.”

Demikianlah tertib dan telitinya Rasulullah menggambarkan akibat daripada rasa malu. Sifat malu sepatutnya dijaga dalam percakapan, tidak mencarut, memfitnah, bercakap lucah, malu melakukan dosa, menjaga nama baik agama dan keluarga, malu mengambil hak orang lain, malu menderhakai ibu bapa, malu meragut hak orang, malu mendedahkan keburukan orang lain.



Pendek kata malu adalah benteng keimanan dan peribadi.

Ditulis oleh nur afzan`` at Tuesday, July 28, 2009 2 komenan  

::busy::

Monday, July 27, 2009


assalamualaykum..

buat sahabat-sahabat yang bertandang ke blog ini,maaf di pinta andai tiada entry baru..terlalu banyak perkara yang berlaku dalam sem ini,walaupun baru 3 minggu semester baru di buka..sebenarnya banyak cerita dan pengalaman yang ingin dikongsi di blog ini,tapi perasaan takut itu hadir di saat jari-jemari ini terlalu asyik menari di papan keyboard..aku takut andai sahabat yang membaca entry aku berasa kecil hati dengan penulisan aku..

maaf sekali lagi ku pinta andai diri ini pernah melakukan salah dan silap...aku manusia biasa yang sering dan terlalu banyak melakukan dosa..aku butuh waktu untuk menyelesaikan segala keserabutan di dalam kepala ini dan juga amanah yang telah diberikan kepada aku..jika ada kelapangan waktu,insyallah akan ku coretkan sesuatu buat renugan kita bersama..

ku mohon doa kalian moga aku sentiasa sabar dan istiqamah dalam jalan dakwah ini,amenn,insyallah..

Ditulis oleh nur afzan`` at Monday, July 27, 2009 3 komenan  

::gaya penulisan vs peribadi::

Friday, July 24, 2009


assalamualaykum..
entry ini di copy paste dari salah sebuah blog..moga dapat memberi manfaat dan ibrah kepada kita,insyallah ^_^
*******************************************
Saya membuka sebuah lama blog pengunjung blog saya. Ada suatu kelainan yang membuatkan saya tersekat untuk membaca isi- isi tulisan dalam blog tersebut. Entah bagaimana , lidah saya seakan meluncur laju memuji-muji blog tersebut. Sekadar kagum.

” Ha Izzah, kebetulan suka blogging kan. erm.. macam mana kita nak tau orang tu macam apa yang dia tulis?”

Ah, rupanya ada mata dan ada telinga yang mendengar monolog kecil saya. Suasana dalam ’Office Law Society agak sunyi. Hanya tinggal kami berdua. Untuk soalan itu saya sedikit terdiam. Bukan tiada jawapan, tetapi sedang mencari jawapan. Memang ianya pernah terlintas dalam fikiran saya. Apakah pemilik blog itu seperti apa yang ditulisnya. Kalau ya, bagaimana kita hendak tahu?
Bingung juga. Perlukah untuk kita tahu apa sebenarnya ‘akhlak’ pemilik blog untuk dibandingkan dengan tulisannya? Begini. Saya memandang dari dua sudut. Pertama, dari kaca mata seorang pembaca blog, akan apa yang sepatutnya dia harus fikirkan. Kedua, dari kaca mata penulis dan pemilik tersebut, akan apa liabilti yang akan ditanggungmya. Ianya harus berbeza!Baiklah. Saya cuba menyusun pandangan. Tapi ia bukan dalil qat’i. sekadar zonni dari seorang ‘saya’ yang bukan mujtahid.
.......LIHATLAH APA YANG DIKATA…….
jangan lihat orang yang berkata. Itu prinsip saya apabila menjadi pembaca blog. Lihatlah apa yang dikata atau ditulisnya, usah lihat orang yang berkata atau orang yang menulis. Ya, memang benar, pernah juga saya ’terserempak’ dengan pemilik-pemilik blog’ yang tidak berakhlak seperti apa yang ditulisnya. Tidak perlu pergi jauh, walau saya sendiri juga bukanlah yang sempurna seperti apa yang saya tintakan di blog saya. Ah, manusia, keterlupaan dan tidak perasan itu menyebabkan hilang kepercayaan orang pada apa yang kita tulis.
Namun harus ingat duhai pembaca blog! Jika setiap kali kita ’set mind’ untuk melihat siapakah penulis blog ketika membaca blog seseorang, mungkin anda tidak akan dapat mereguk hikmah apa ilmu yang diperturunkan di blognya. Apatahlagi, jika kita memang kenal ’siapa sebenarnya’ penulis blog tersebut. Atau sekiranya kita tidak pernah mengenalinya, namun frasa :” Ah, macamlah orangnya macam apa yang ditulis. Tulisan saja lebih selalunya”akan membataskan penerimaan kita terhadap apa yang ditulis seseorang.Percayalah! Ada juga mereka yang berfikiran begini. Dalam minda mereka sudah mereka pakukan frasa ini sehingga tidak tertanggal-tanggal. Sehinggalah mungkin mereka bertemu sendiri pemilik blog yang benar-benar seperti apa yang ditulisnya. Tetapi, yang fitrah tetap fitrah bukan. Bagi saya, ada satu petanda untuk kita rasai ’akhlak’ sebuah tulisan yang terbias daripada akhlak penulisnya.Hanya tulisan yang ’ber’ iman akan menyentuh iman. Jika kalian membaca dengan hati, kalian pasti merasakannya. Jika sekadar membaca dengan mata, mungkin ia dirasakan sekali lalu dan tiada apa-apa. insyaAllah, berkat sebuah tulisan itu datangnya dari berkat Allah kepada penulisnya.
Simptomnya adalah, mungkin ada mata yang bergenang ketika membaca tulisan tersebut, mungkin ada jiwa yang bergetar saat mengikuti baris-baris tulisannya, mungkin juga sentuhan tulisan penulis tersebut bisa membuat seseorang berubah kepada yang lebih baik. Itulah barakah yang terfitrah dari tulisannya.
....KALIAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN.......
wahai penulis blog. Ini amarannya untuk saya. Saya akan mengulang lagi bagaimana akhlak penulis blog akan terbias kepada tulisannya. Andai kita menulis dengan iman, maka iman itu akan mengalir pada segenap baris-baris ayat yang kita tintakan. Iman tidak boleh ditipu. Bukan kuasa kita meletakkan iman itu pada sebuah tulisan. Tetapi ia akan hadir dengan apa yang telah ada dalam hati. Tulisan yang ’ber’iman itulah yang akan menyentuh iman yang lain. Itulah sebuah tulisan yang ’berakhlak’. Yang menghidupkan iman yang lain.

Kadang-kadang, kita ini bersungguh-sungguh menulis. Mencari bait-bait kata yang dapat menyentuh jiwa. Menghampar dalil-dalil sebagai penyokong hujah. Tulisannya tidak kurang panjang juga. Ada juga antara penulis blog ini punya motto ’madah-madah islami’ sebagai trademark setiap tulisannya. Gayanya seperti seorang yang sangat islamis. Tetapi, hanya kerana tiada keberkatan pada tulisannya, yang sebenarnya jika diamati punya seni tulisan yang sangat baik, tulisannya bagai terasa kontang dan kering. Hanya sekadar ilmu yang menyapa seperti angin lalu, kemudian pergi begitu sahaja.Hukumannya tidak tertangguh. Penulis yang berlagak baik dengan tulisannya, tidak sukar untuk Allah untuk membongkarkan apa akhlak sebenarnya. Ini kerana, apa yang kita tuliskan punya liabiliti. Bukan senang-senang hendak tulis. Bukan seronok-seronok ada blog sendiri. Dalam islam tiada apa yang main-main. Semuanya harus serius. Satu dua ayat yang ditulis pasti masuk akaun. Ya, kita tidak sempurna.
Kadang-kadang kita terlupa apa yang kita sudah tuliskan sehingga ia menjadi fitnah pada diri sendiri.Tetapi, setelah itu harus lebih hati-hati. Lebih perhatikan akhlak yang dibawa. Apatahlagi, ramai yang mengenali anda sebagai penulis blog. Bukan setakat satu blog, ada juga yang menulis di laman blog-blog popular yang lain. Lihat! Tanggungan kita begitu berat. Rujuk sendiri Surah As-Saff : 2. ayat itu saya tujukan untuk diri saya. Kalau kita tulis tentang ikhtilat, harus buktikan dengan iman! Kalau kita kata tentang bahaya lidah, harus buktikan juga dengan iman! Kalau kita katakan tentang infak, harus buktikan dengan iman! Apatahlagi kalau kita hebat menulis tentang dakwah, itu kerja para nabi. Lebih-lebih lagi wajib kita buktikan dengan iman.
Tetapi hendak buktikan bagaimana? Kita sendiri tahu apa yang kita lakukan. Kita boleh menipu pembaca, tetapi kita tidak boleh menipu diri sendiri. Apatahlagi Allah. Banyak antara kita ini mahu membuktikan yang kita ini baik di hadapan manusia. Padahal terlupa pula hendak buktikan ‘baik’ di depan Allah yang bahkan setiap perkatan yang terdetik hati dapat dibacaNya. Apalagi kalau akhlak yang kita cuba sembunyikan.

Jadi sekarang apa yang kita harus lakukan wahai penulis blog? Sekarang, sila buka dan baca kembali entri-entri yang ditulis. Buat check and balance tentang akhlak yang dibawa samada sejajar dengan apa yang ditulis. Jangan delete entri tersebut jika dirasakan bertentangan dengan peribadi kita! Jadikan tulisan kita sebagai Reminder untuk lebih menjaga akhlak. Juga sebagai motivasi untuk lebih perbaiki diri. Ingat, jika kita mahu tulisan kita terkesan oleh pembaca, kita harus memberi kesan dengan iman yang sentiasa ditingkatkan .


Ditulis oleh nur afzan`` at Friday, July 24, 2009 4 komenan  

::gaya penulisan melambangkan identiti seseorang??::

Tuesday, July 21, 2009

Benarkah gaya penulisan seseorang itu melambangkan identiti seseorang??
dari situ juga kita dapat mengetahui sedikit sebanyak sikap seseorang,erkk betul ke???

Ditulis oleh nur afzan`` at Tuesday, July 21, 2009 3 komenan  

::bakti siswa UIAM::

Monday, July 20, 2009


kak adah
che pah hehe :p

angah

kak adah lagi..dia buli baby fahmi hehe :pbaby fahmi kene buli main bola
kumpulan 4 yang menang sukaneka
baby fahmi kene paksa tendang bola ngan Amad
baby fahmi :)









Ditulis oleh nur afzan`` at Monday, July 20, 2009 0 komenan  

::aku cuma sukakan..::

Sunday, July 19, 2009


Aku cuma sukakan ketenangan
Kerana ia bisa menghantarkanku dekat dengan Tuhan

Aku cuma suka dengarkan ayat-ayat zikir
Kerna ia bisa menimbulkan keinsafan dalam lubuk hatiku

Aku suka bersendirian
Kerana ia cepat mendatangkan aku merasa serba salah

Mungkin aku telah melakukan dosa tanpa ku sedari
Walau macam mana bosannya mereka melihat ketenanganku
Dengan berkata; "Kenapa kau tenang sangat?"
Aku cuma diam, senyum.Hatiku berkata; "Ini duniaku."

Lemas ditenggelami dalam keramaian yang tidak menentu
Dengan bersendirian tiada teman
Aku akan memilih sendiri
Biarpun keseorangan.

Riuh,
berbicara,
ketawa,
keseronokan tanpa tujuan
Dengan diam tanpa sesiapa di sisi
Aku akan memilih diam
Biarpun tanpa teman.

Ditulis oleh nur afzan`` at Sunday, July 19, 2009 0 komenan  

::coretan seorang sahabat buat bakal suami::

Saturday, July 18, 2009

assalamualaykum..

Segala puji bagi Allah yang masih menghidupkan aku, yang masih mengizinkan urat-urat nadi ku berdenyut, jantungku untuk berdegup, kakiku untuk berjalan, mata ku untuk melihat, telingaku untuk mendengar, tanganku untuk menulis serta menaip. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta sahabat-sahabat dan keluarga-keluarga baginda yang bersusah payah memperjuangkan Islam dengan begitu peritnya.

Sudah lama rasanya aku membiarkan blog ini tidak di update.Tidak berminat lagi sebenarnya untuk berblog semenjak template telah bertukar warna.Tapi,atas desakan beberapa orang sahabat,aku teruskan juga.. (susah kan nak istiqamah)

Sebenarnya post kali ni,aku copy paste je cerita.Maaflah,coretan yang aku copy ni,sudah lama sebenarnya berkurung di dalam laptop,cuma aku tidak punya masa untuk ini.Moga ianya dapat memberikan ibrah buat sahabat-sahabat di luar sana,insyallah..(aku tak ingat copy cerita ni kat blog mana,maaf kepada tuan punya blog :p) selamat membaca ^_^

**********************************************************
Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali.

Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya kukhususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang kujaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.



Aku telah dididik ibu sejak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu daripada mereka. Jadi, kau telah wujud di dalam diriku sejak dulu lagi.

Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku untuk mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku daripada mengenali mereka kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka.

Kerana itulah, aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih bersifat 'perumahan' kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi bagiku, lebih baik berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata.

Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan kubuat expressionless face dan cool. Akan kupalingkan wajahku dari lelaki yang ralit merenungku ataupun cuba menegurku. Aku cuba sedaya mungkin melarikan pandanganku dari ajnabi kerana pesan Sayyidatina Aisyah, sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang. Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku berasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai disoal? Adakah itu sumbanganku pada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, akulah yang terlebih dahulu perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Andainya aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku aku juga perlu menjadi perempuan yang baik untuknya. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Setiap kali perasaan itu datang setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah di bahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak. Berbagai-bagai dalil kukemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ sebaliknya sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh kehidupanku yang ceria selama ini telah dirampas dari diri ini. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan.

Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kurasakan seolah-olah dirimu wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Kutahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, woman intuitionku yang mengatakan lelaki itu bukan untukku.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih berlian sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang bisa wujud di mana-mana. Namun, aku juga punya keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasanmu itu padaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syarak. Aku bimbang perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada jalan mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk kau berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan kukesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.

Aku pasti berendam airmata darah andainya kau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang kumimpikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga .

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapaku. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agama. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Ditulis oleh nur afzan`` at Saturday, July 18, 2009 1 komenan  

::GOD tells you..::








Maha Besar Ya Allah..
Walau di mana pun kita berada,Allah ada di mana-mana..
Allah sedia mendengar luahan hati kita,
malah Allah amat rindukan suara hambaNya..
Jika dulu, sekarang dan selamanya kita menyintaiNya dan selalu mengingatiNya..
Dia juga pasti!
Tidak akan pernah melupakan kita saat kita amat memerlukan belas kasihan dan pertolonganNya..
Kerana Allah itu Maha Adil..
bersabarlah sahabatku kerana Allah bersama-sama dengan orang yang bersabar..
InsyaAllah..^_^



Ditulis oleh nur afzan`` at Saturday, July 18, 2009 0 komenan  

::laskar pelangi::

Tuesday, July 7, 2009

Saat hidup terasa penuh dan sempit dengan segalanya, dan saat mata di sekat dengan tembok dinding batu yang mengganggu penglihatan menuju ruang angkasa dunia, juga saat udara sekeliling menjadi sejuk biru menyatu bersama debu kota seribu menara. Diri sendiri di dalamnya terasa begitu kosong dan tidak bersuara sepatah kata. Mengintai peluang mengingati Mu dalam setiap sedutan nafas kehidupanku adalah suatu anugerah yang amat berharga dalam hidup aku ketika itu..

Manusia kalau di imbas kembali kepada lumrah kehidupannya, pasti ada satu waktu dan ketika mereka rasakan pada diri masing-masing sangat “lost” dengan diri sendiri dan hilang keperkasaannya serta-merta. Perasaan itu sering menyerang aku semenjak dua ini. Bahang yang sama itu juga menghimpit dan melemaskan aku berkali-kali. Dan bermulanya entiti “lost” itu tadi menguasai diri sendiri, lalu membawa bersamanya jasad kosong ke tanah bumi UIA ini.

Hari-hari yang datang bertamu di ruang hidup ini menyedarkan aku akan bait kata-kata seorang pemikir agung tentang goncangan hidup dunia realiti. Katanya “ketenangan dan kebahagiaan itu adalah hembusan dari langit, di turunkan ke lubuk hati orang beriman, dan mereka tetap berhati teguh di kala orang lain dalam kegoncangan”. Sangat menusuk ke dalam lubuk hitam jiwa. Terasa diri sendiri begitu jauh dengan perumpamaan yang di lakarkan..

Alhamdulillah,berakhir sudah sesi induksi untuk Bakti Siswa.Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar mengikut apa yang dirancang(walaupun agak stress bila dipanggil untuk memberi tazkirah di hadapan brothers)Esok..masa agak terluang.Rancangnya mahu ke bandar.Membeli sedikit keperluan buat bekalan sepanjang program itu nanti.Tidak dapat dibayangkan perasaan aku saat ini.Gembira.Sangat gembira.Dan semestinya tidak sabar untuk mengikuti program tersebut.Entahlah..Moga segalanya berjalan dengan lancar.Aku sedar aku ini manusia biasa-biasa. Kewujudanku tidak menggetarkan hati sesiapa. Tempatku hanya sebagai pemuja yang mengintai kisah hidup lama dari tabir alam khayalan masa silamku.

“Mereka merancang, dan Allah juga merancang, dan(ingatlah) Allah sebaik-baik perancangan”(Maksud ayat al-Quran 03:54).

Aku terhenti di lampiran agung kalam Pencipta.Biar lafaz ini sudah berjuta kali di ungkapkan dan di lontarkan.Mengaku dengan rasa bersalah.Hampir pengsan memohon maaf kepada semua atas segala-galanya.Atas segala dosa yang telah dilakukan.Ini hakikat dan realitinya. Aku memang seorang manusia yang sering melakukan kesalahan dan kesilapan.Maafkan aku ya Tuhan..Astaghfirullah

Ditulis oleh nur afzan`` at Tuesday, July 07, 2009 1 komenan  

::perginya tiada ganti::

Sunday, July 5, 2009


assalamualaykum..

alhamdulillah,jam 4.00 petang tadi aku sudah selamat sampai ke Taman Ilmu dan Budi aka UIA.sayu hati ini apabila melangkah masuk ke UIA.perasaan bercampur-aduk menjadi satu-kecewa,sedih,gembira dan sebagainya.Pemergian Allahyarham Nabil masih terkesan lagi di hati ini.Mungkin aku bukan sesiapa pun bagi arwah,tapi arwah adalah qudwah hasanah bagi aku.Pemergianya membuatkan aku tersedar.tersedar dari lena yang panjang bahawa hidup ini adalah sementara.Astagfirullah...Ya Allah,bagaimana mungkin selama ini aku gunakan waktuku untuk hal yang sia-sia??untuk hal-hal yang menjauhkan aku dariMu..jika Engkau mengambil nyawaku saat ini,aku tidak tahu bekalan apakah yang akan ku bawa T_T


Ya Ilahi..

Pandanglah kami dengan cintaMu dan kumpulkanlah kami bersama orang-orang yang mencintaiMu.Kuatkan hati kami untuk selalu ingat kepadaMu T_T

Ditulis oleh nur afzan`` at Sunday, July 05, 2009 0 komenan  

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License