Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
Walaupun tak mampu untuk berubah secara drastik, pastikan ada satu azam yang kita tanamkan setiap hari ataupun setiap minggu.Misalnya, hari ini kita menanam azam, membaca al-Quran satu muka setiap hari.Pegang ia erat-erat dan amalkannya secara berterusan.InsyaAllah, akhirnya ia akan menjadi konsisten dan sebati dalam jiwa, mungkin juga menjadi tabiat.
Cara ini juga boleh diaplikasikan kepada cara kita menjalani kehidupan sehari-hari.Renung kembali dalam-dalam diri kita, agar kita tersedar akan mana-mana kekurangan kita.Kemudian, tanamkan azam, kita hendak berhenti berkelakuan sebegitu demi menyelesaikan misi menjadi seorang yang lebih baik daripada semalam.Satu per satu, akhirnya ia akan membentuk sistem nilai yang kita pegang dan yakini tanpa goyah.
Kadang-kadang kita lemas dan hilang hala tuju kerana berasa begitu terbeban dengan diri yang serba penuh kelemahan.Tak tau nak mula dari mana. Hilang semangat, tak ada kekuatan, walaupun ada keinginan.Di situlah konfliknya berlaku.Kita mula kecewa dengan diri kita. Kita mula putus asa. Kita kebuntuan.Jangan begitu.
Jangan berhenti melangkah, walaupun bergerak se’pantas’ siput.



0 komenan:
Post a Comment