Assalamualaykum…
Alhamdulillah,aku masih punya nyawa hari ini,dengan nikmat iman dan islam.Alhamdulillah..mata cukup dua biji,tangan cukup dua,dan segala-galanya cukup,syukur alhamdulillah..syukur3..sungguh banyak nikmat Allah sehingga tidak terucap dek mulut kita.Cuba kita fikirkan nikmat-nikmat Allah yang banyak.Keenakannya.Kebahagiaannya.Terkadang kita terlupa untuk mengucapkan syukur atas nikmat-nikmat yang diberikan bukan??Terkadang kita juga lupa siapakah yang memiliki semua ini.. T_T
Sudah dua hari aku tidak menulis entry baru,terasa kekok pula untuk menulis.Coretan kali ini bukanlah untuk mengagung-agungkan diri ini,tetapi ia sekadar luahan rasa yang aku harapkan boleh di ambil iktibar bersama oleh muslimat yang akan berkahwin,yang belum nak kahwin,yang berangan nak kahwin,atau sesiapa saja la..huhu 
Melihat sahabat-sahabat yang sudah mendirikan rumahtangga bisa saja menimbulkan perasaan ghirah dalam hati ini.tetapi,bila aku fikirkan kembali,bersediakah aku??Bersediakah aku jika pasangan aku enggan menyertai aku di medan perjuangan?Bersediakah dia untuk bersama-sama melakukan kerja-kerja dakwah yang memerlukan seribu satu pengorbanan??Bersediakah dia untuk membantuku di kala aku tersungkur di medan perjuangan??terlalu banyak persolan yang harus difikirkan.. T_T
Wahai muslimat,tidak beerti setiap lamaran yang datang harus diterima,dan tidak bermakna setiap lamaran yang datang harus ditolak.Kalian punya hak untuk memilih si dia yang dapat bersama-sama membentuk baitulmuslim.Apa yang terlintas di fikiran kalian jika aku menyentuh tentang baitulmuslim??Sudah pasti anda membayangkan sebuah rumahtangga yang diimarahkan dengan tilawah Al-Quran,dengan solat berjemaah,dengan usrah untuk membentuk peribadi si anak,dan semestinya kalian membayangkan pasangan yang tegas dalam menekankan hukum-hukum agama terhadap si anak. ^_^
Selain itu,aku juga berani mengatakan bahawa penting untuk memilih mereka yang hidup dalam landasan dakwah.Aku juga berani untuk mengatakan bahawa TIDAK CUKUP andai kalian memilih seorang hafiz Al-Quran,berjemaah di masjid,dan sebagainya tetapi ibadah yang dilakukan hanya untuk dirinya sendiri.Bagaimana dengan umat??
Tidak la aku ingin menyalahkan sesiapa mahupun membangga diri,aku hanya ingin buktikan kepada kalian semua,jangan terlalu pesimis dalam kerja dakwah.Kalian tahu bukan kisah Umar ketika dia masih bergelumang dengan dosa??kemudian beliau menjadi seorang khalifah Islam yang sangat mulia.Adakah mustahil untuk menjadi yang lebih baik??mustahilkah??
Kalian tahu bukan,manusia diciptakan bukan hanya untuk memperbaiki dirinya sendiri,malah kalian diciptakan untuk memikul,mengalas satu tanggungjawab yang amat besar,amat berat,sehinggakan gunung pun tidak sanggup memikul amanahnya.Di mana kita??
::baitul muslim::
Friday, May 22, 2009
Ditulis oleh nur afzan`` at Friday, May 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 komenan:
Post a Comment