Langkahku makin lesu.Itulah keadaanku sekarang.Buntu.Jiwa kosong.Aku merasakan kemerosotan iman sejak akhir-akhir ini.Fikiran bercelaru.Tidak dapat tumpu 100% di dalam kelas.Ahh!! begitu banyak untuk aku senaraikan.Buka sahaja mata,aku gagahkan jua langkahku ke bilik air walaupun dalam keadaan malas.Aku harus meneruskan langkahku untuk menyempurnakan amanah yang sedia menanti.Kan best kalau dapat jadi superman kan3?? :p
Dan aku dapat melihat,bagaiman sesuatu yang aku tidak pernah terfikir untuk mampu melakukan dapat aku lakukan dengan keizinan dan kekuatan yang diberikan Allah SWT.Dan bagaimana sesuatu yang sangat mampu aku lakukan akhirnya tidak dapat aku kecapi hanya kerana hati yang kotor,kerana jauhnya dari nur Ilahi.Aku tahu,aku yang bersalah.Seharusnya seorang mukmin itu menjadi ikan di laut masin.Benar enggak?? ^_^
Masinnya air laut tidak mampu menyerap ke dalam isi ikan, tetapi apabila ikan itu mati,secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya..Begitulah hati.. Hati yang hidup sangat sukar dinodai, tetapi apabila hati telah mati, mudahnya dipengaruhi..
Moga Allah sentiasa pelihara hati kita..Hati yang dipilih Allah untuk mendapat hidayahnya sudah tentu hati yang menyesali akan dosa-dosanya..
Wallahualam
p/s:Doakan aku kuiz sok,nsb baik open book :p
::langkahku makin lesu::
Tuesday, May 12, 2009
Ditulis oleh nur afzan`` at Tuesday, May 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 komenan:
Post a Comment