assalamualaykum..
Tadi jenjalan,jumpa entry menarik kat bawah ni,selamat membaca dan moga kita sama-sama dapat ambil iktibar dari entry tersebut,insyallah.. -_-
Memblog boleh diiktibar sebagai penyakit sekiranya blogger menyalahgunakan blog-blog mereka.
1. Menggunakan blog sebagai tempat mengadu domba, umpat mengumpat dan fitnah memfitnah sesama manusia.
2. Menulis blog untuk mendapat kemasyuran diri (populariti) dan dikenali oleh orang ramai. Mengharapkan pujian dan mencari pengikut-pengikut.
3. Rasa ujub dengan tulisan dan artikel yang disiarkan. Syok sendiri dengan hasil kerja dan mendakwa telah cukup menjalankan kewajipan dakwah kepada masyarakat tanpa menerjah ke
4. Menjadikan blog sebagai tempat memperagakan aurat kepada kaum ajnabi dengan meletak tayang gambar-gambar peribadi, rakan-rakan, artis-artis dan sebagainya..(nasib baik saya tergerak hati nak delete gambar,alhamdulillah)

5. Menggalakkan segala bentuk maksiat secara sedar atau tidak, sengaja atau tidak yang akhirnya memberi idea kepada pembaca untuk melakukan perkara yang sama. Tidak kira melalui penulisan, video, gambar aktiviti atau mana-mana wasilah sekalipun. Saham dosa yang terus menerus diterima tanpa putus.
6. Dilekakan oleh blog daripada mengingati Allah, menunaikan kefarduan seorang muslim dan daripada kewajipan seharian yang sepatutunya diselesaikan (Seperti belajar bagi yang masih menuntut ilmu, mencari rezeki halal bagi yang bekerja, solat berjemaah di masjid dan sebagainya).
7. Mengajak kepada kebaikkan tetapi lupa untuk dikerjakan oleh diri sendiri dan menyeru kepada meninggalkan kemungkaran tetapi bersama dengan kemungkaran yang ditegah dalam tulisan di dada-dada blog.
8. Menggunakan kata-kata, perkataan yang tidak sesuai dengan norma-norma agama Islam.
Dapatkan vaksin secepat mungkin sekirannya ada symptom-symptom terbabit...


0 komenan:
Post a Comment