AF..Siapa yang tak kenal dengan rancangan realiti yang popular ini.Siapa yang tidak tahu dengan Akademi fantasia???Dan sudah pastinya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum terutama sekali Melayu begitu bersemangat untuk mengudi pelajar2 kesayangan mereka.Semalam,dunia telah menyaksikan Hafiz sebagai juara AF7.eh 7 kan??Aku pun tak tau,ni pun tahu dari roommate.

Masa mereka di dalam AF,kita ni yang berpusu-pusu mengundi mereka.Sanggup menghabiskan kredit semata-mata untuk menjadikan pelajar kesayangan kita juara.Bagi pendapat aku,AF ini tiada faedahnya di sisi Islam.Bermula dari Af pertama,aku dah dapat rasakan ini rancangan maksiat.Tidak kira lelaki atau perempuan,Islam atau tidak,mereka tidak segan silu berpelukan.Kita yang terjerit-jerit dekat rumah,gaduh sana gaduh sini,berpekak sana,berpekak sini,semua hasil yang kita buat itu,adakah pelajar-pelajar AF tu kenal kita??
Adakah mereka layak di puja??Adakah cara begitu ada dianjurkan dalam Islam,agama kita yang suci??Rancangan seperti ini banyak melalaikan kita.Kadang-kadang sanggup menangguhkan solat,semata-mata untuk melihat mereka beraksi.Rasa rugi sangat bila tertinggal melihat persembahan mereka,tapi tak pernah rasa rugi bila menangguhkan atau meninggalkan solat.Pernahkah kita terfikir saudara-saudara kita di negara lain??Kita terlalu mementingkan diri sendiri.Hanya menginginkan keseronokan dunia.Bagaimana saudara-saudara kita di sana yang menjadi kekejaman ISRAEL??Pernah kita terfikir dengan kemiskina mereka??Nikmat harta yang dilimpahkan kepada kita oleh ALLAH SWT,tidak pernah kita berikan pada orang yang memerlukan,malah dikorbankan untuk mengundi pelajar-pelajar AF.betapa zalimnya kita..
Dimanakah janji kita sebelum dilahirkan di dunia ini??Janganlah kerana perkara remeh begini menimbulkan dosa besar kepada kita,menimbulkan kemurkaan ALLAH kepada kita.Aku tulis entry ini untuk renungan kita bersama,dan yang paling penting untuk diri aku sendiri untuk menimbulkan keinsafan untuk diri ini.Marilah sahabat,marilah kita bantu umat Islam.


0 komenan:
Post a Comment